Ramai tahu asap rokok sangat membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada perokok itu sendiri tetapi orang sekelilingnya juga. Bagaimanapun masih ramai lagi yang buat acuh tak acuh serta langsung tak menghiraukan dan menghormati orang ibu bapa yang ada anak-anak.

Perkongsian dari seorang bapa, Amran Husni mengenai anaknya penghidap asma kronik sejak bayi. Paling sedih apabila orang sekeliling tidak ambil peduli mengenai asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan anaknya.

Luahan Hati Seorang Bapa. Anak Ada Alahan Teruk Pada Asap Dan Bau Rokok. Tolonglah Hormat!

Ramai sahabat tanya Qaseh sakit apa dan sebab apa boleh jadi camtu. Let me tell you why…

Dia penghidap asma kronik sejak bayi.  Kalau nak ceita berapa kali masuk hospital kena bantuan oksigen cucuk wayar bagai rasa nak lebih dari sepuluh kali, sampai ejen takaful pernah cakap “lah admitted lagi ke?”

Bronchitis? Pneumonia? semua dia dah merasa.

Ads

Dan dia ada alahan teruk pada asap rokok dan bau rokok tu sendiri. Sebagai ayah aku cuba sedaya protect dia. Educate family members kau bahaya sentuhan, tinggalan bau rokok atas baju dan tangan pada qaseh, apatah lagi asap rokok tu sendiri.

Yup, aku dikurniakan family yang majoritinya adalah perokok. Dan aku sendiri adalah bekas perokok tegar dan alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk berhenti lama sebelum Qaseh lahir lagi.

Isteri aku tak pernah bising sebenarnya aku hisap rokok, tapi aku macam ada satu perasaan yang kau ni pengecut dan lemah bila ketagihan rokok ni pun kau tak boleh lawan apatah nak lawan masalah-masalah besar dalam hidup kau kelak.

Luahan Hati Seorang Bapa. Anak Ada Alahan Teruk Pada Asap Dan Bau Rokok. Tolonglah Hormat!

Sebab tu bila kau berhenti atas sebab isteri suruh, anak tak sihat atau awek marah tu yang ramai je jenis belakang hisap sorok-sorok.

Ads

Setiap kali keraian atau perjumpaan kaum keluarga, kau akan dapat saksikan betapa pesta naga berasap berlaku.

Aku terpaksa divert atau bawak qaseh sumwhere else supaya dia tak terdedah pada asap rokok.

Aku sangat menghormati hak perokok-perokok ini supaya mereka dapat menikmati hak berhari raya, bersembang, bermajlis tahlil dengan selesa dan aman.

Demi mengajar rasa hormat dan menjaga silatrahim, aku juga biarkan Qaseh cium bersalaman dengan tangan mereka yang penuh bau tembakau dan bahan kimia tersembunyi itu.

Ads

Luahan Hati Seorang Bapa. Anak Ada Alahan Teruk Pada Asap Dan Bau Rokok. Tolonglah Hormat!

Dan ada yang usaha duduk merokok di luar rumah aku sangat berterima kasih atas concern macam tu.

Aku dah penat sebenarnya dengan benda-benda macam ni. Sebab aku rasa tiba masa aku tulis posting ni walaupun aku tahu, ramai hati terasa dan marah dengan apa aku sampaikan ni.

Dan aku tak mengharap untuk mereka ni berubah. Tapi cukup sekadar faham dan dengar, kerana Qaseh amanah Allah pada aku.

Sumber: Amran Husni

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI