Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bacalah Surah Taha Ayat 1-5 Setiap Kali Anak Tidur & Cium Dahi. Besar Manfaatnya!
Percayalah apa yang dihajatkan oleh ibu bapa itu akan dapat pada anak-anak kita. Asalkan niat yang elok dan pastikan selepas solat jangan lupa doakan kesejahteraan anak.
Bagi ibu bapa yang selalu bertanya apa rahsia untuk melembutkan hati anak boleh amalkan lima langkah ini ketika anak tidur. Luangkan masa 5 minit pun dah memadai.
Untuk melembutkan hati anak. Ketika anak sedang tidur, letakkan tapak tangan kanan ibu atau bapa di atas dada anak sambil baca ayat-ayat ini👇
1. Selawat 7x.
2. Al-Fatihah 1x.
3. Surah Taha Ayat 1-5, seperti gambar di bawah.
4. Doalah apa yang dihajatkan (contoh: Ya Allah lembutkn hati anak aku, jadikanlah dia, anak yg soleh/solehah, berikan dia kesihatan yang baik dan lindungi dia dari segala gangguan jin dan syaitan. Aamin…
5. Cium dahi anak.
Semasa membaca ayat-ayat di atas, usap perlahan-lahan dada anak itu.
Sumber: TRB
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didik Anak No 2 Jiwa Harus Kental. Sifatnya Lain Tapi Betul Caranya Jadi Hebat!
Mak kita atau orang tua-tua pernah cakap, nak didik anak nombor 2 ni jiwa harus kental dan kuat. Sebab anak nombor 2 ni lain sifatnya.
Anak no 2, mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi. Istighfarnya banyak. Akalnya panjang. Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu.
Pergilah mana-mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut. Itulah istimewanya anak nombor 2..
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan. Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang-kadang tiada kesabaran.
Lagi satu, ibu ayah perlu bersyukur dan ingat, anugerah anak yang dikurniakan buat kita suami isteri ada ganjaran pahalanya. Cuma bagaimana kita membentuk anak kita adalah dari acuan dan didikan yang diterapkan sejak awal. Ingatlah pesanan ini:
Anak orang baik, anak kita belum tentu jahat…
Anak orang banyak memberi, anak kita mungkin banyak mendoa…
Anak orang pandai belajar, anak kita mungkin punya adab…
Anak orang cantik, anak kita mungkin berakhlak…
Siapa pun anak kita…Tetaplah bersyukur…
Bahagialah punya mereka sebagaimana mereka bahagia punyai kita…
Sama-samalah kita jadi ibu bapa yang sentiasa bermuhasabah diri dan yang terbaik di hati anak-anak. Insya-Allah!
Kredit: Adawiyah Abdul Rahman
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Bergelar Ibu Sabarnya Ada Limit. Suami Kena Faham, Jangan Biar Isteri Merana Dalam Diam
Bila bergelar suami isteri dan dikurniakan anak, cabarannya sangat besar. Jangan biarkan isteri hilang sabar dan merana dalam diam.
Dalam hal ini bukan nak menyalahkan mana-mana pihak tapi percayalah tanggungjawab, persefahaman dan tolak ansur kena ada.
Sebagai suami dan ayah, perasaan hormat tu kena ada pada isteri, dan isteri pun sama. Apabila kerukunan rumah tangga ini kukuh, tak mustahil anak-anak pun akan membesar dengan sempurna.
Perkongsian daripada kisah yang dikongsikan oleh Dr Nur Zurairah Shahidan di Facebooknya cukup bermanfaat dan boleh dijadikan pengajaran bersama.
“Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh? Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah 2 malam asyik menangis tak mau tidur.”
Tersentak saya mendengar permintaan itu.
Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke 5 mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.
ICU= Intensive Care Unit
Unit Rawatan Rapi.
Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit di kira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu di rujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.
“Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal.”
Demamnya masih tinggi, 39.6oC.
Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.
Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan.
Jantung berdenyut sangat laju.
Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.
Antibiotic yang di berikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.
“Susah doktor..anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya..”
Adei..parah..
“Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen..macamana awak nak balik rumah?”
Dia terdiam. Angguk.
“Boleh ka doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi..”
“Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat..kesihatan awak tu lebih penting..Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?”
Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dah lah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga?? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya??
Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.
Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.
Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.
Isteri Bukan Orang Gaji
Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami lah tolong dia uruskan rumah. Awak sebagai bapa lah tolong uruskan anak-anak.
Ini tidak.
Anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.
Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.
Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.
Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.
Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.
Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.
Sumber: Dr Nur Zurairah Shahidan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI