Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Ibubapa ‘Show up’. 4 Perkara Ini Boleh Dicapai Untuk Anak-Anak Berkembang!
Anak-anak memerlukan empat perkara untuk berkembang, Rasa selamat – dilindungi dari bahaya, Rasa wujud – dipedulikan, Rasa tenang – ditenangkan apabila terluka atau kecewa dan Rasa aman – percaya akan dibantu.
Semua ini boleh dicapai apabila ibubapa ‘show up’ atau hadirkan diri dalam hidup anak apabila diperlukan. Ibubapa yang ‘show up’ adalah ibubapa yang memberi sepenuh perhatian dan kesedaran apabila berada bersama anak.
Ibubapa yang ‘show up’ bukan hanya hadir secara fizikal, malah juga hadir mental dan emosi untuk anak pada masa tersebut. Ibubapa masa kini tidak ‘show up’ kerana:
> Waktu kerja yang panjang dan berlebihan.
> Memenuhi tuntutan dan gaya hidup moden.
> Membiarkan masa skrin mengambil tempat masa yang selama ini diluangkan bersama anak-anak.
Peranti digital menjadi penghalang untuk ibubapa ‘show up’ dalam hidup anak. Walaupun ibubapa hadir secara fizikal tetapi tidak ‘engage’ dengan anak.
Perkara ini mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku anak-anak masa kini.
‘History is not destiny’.
Masa lalu bukan penentu masa hadapan. Kesilapan ayah atau ibu kita kerana tidak ‘show up’ bukannya salah kita. Tetapi kita bertanggungjawab akan apa yang kita lakukan sekarang ini dengan anak-anak kita.
Dengan merenung masa lalu kita, bagaimana kita dididik dan dibesarkan dahulu akan membolehkan kita menjadi ibubapa yang kita impikan.
Bagaimana kita dibesarkan adalah sejarah masa lalu.
Bagaimana kita membesarkan dan mendidik anak kita adalah masa hadapan. Walaupun mungkin kita melalui zaman kanak-kanak yang tidak menyenangkan , tanpa rasa selamat, tanpa rasa wujud, tanpa rasa tenang dan tanpa rasa aman, kekurangan itu bukanlah penghalang untuk kita mewujudkan perhubungan yang rapat dengan dengan anak.
Kita tidak perlu membiarkan pengalaman masa lalu mendominasikan cara kita meneruskan kehidupan kita kini dan bagaimana kita membesarkan anak-anak kita kini.
Yang diperlukan oleh anak-anak bukannya ibubapa yang sempurna, tetapi ibubapa yang hadir fizikal, mental dan emosi secara konsisten setiap kali apabila diperlukan.
Manusia boleh berubah untuk mengubah keadaan.
“History is not destiny”- Siegel & Bryson.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panik Tiba-tiba Anak Melecur, Jangan Guna Ubat Gigi Redakan Luka. Ini Cara Betul Nak Urus Sebelum Bawa Ke Hospital!
Malang memang tak berbau, kadang dah ambil langkah berjaga-jaga tapi situasi seperti anak terkena air panas memang tak dapat dijangka. Bila ini yang berlaku pastinya ibu ayah rasa panik tambah pula bila ia melibatkan anak yang masih kecil. Serba tak kena dibuatnya.
Seperti juga satu situasi yang dikongsi oleh Dr Ahmad Samhan bila ada anak yang melecur terkena benda panas. Jelasnya jangan sesekali menggunakan ubat gigi untuk luka melecur kerana itu adalah langkah yang salah.
Dr Ahmad Samhan turut berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah sebelum membawa anak ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan segera!
Anak Melecur, letak ubat gigi?
“Ya Allah, anak aku!”
Sekuat hati ibunya menjerit. Baru saja dia lihat anaknya yang berusia 16 bulan bermain-main di sudut dinding.
Sesekali dia kalih untuk memastikan anaknya masih leka bermain. Baru sekejap dia membaca beberapa pesanan dari whatsapp,
“Pang!”
Bunyi sesuatu jatuh dari dapur. Dia terus bergegas ke dapur. Anaknya terbaring di lantai dan meraung kesakitan.
Badannya dibasahi kopi panas. Alas meja tertarik ke bawah. Kopi panas sengaja dibiarkan atas meja biar sedikit sejuk untuk sarapan nanti.
Baju anaknya terus dibuang. Habis merah dada anaknya. Melecur.
Panik. Apa yang terbayang difikirannya adalah ubat gigi. Lantas dicapainya ubat gigi dari tandas dan sapukan di seluruh dada anaknya.
Ini langkah yang SALAH!
Ingat 3B + 3C
Saya kongsikan cara betul untuk urus anak melecur.
Ingat 3B + 3C!
“BURN STOP”
Alihkan objek panas dari mangsa. Jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju.
“BREATHING MAINTAIN”
Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan.
“BODY EXAMINE”
Periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.
“COOL”
Sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air paip sekurang-kurangnya 10 minit.
“COVER”
Tutup bahagian yang terbakar dengan kain atau plastik bersih.
“CARRY”
Bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
JANGAN BUAT!
- Jangan menyapu sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap apatah lagi tepung gandum. Ini akan meningkat risiko jangkitan.
- Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
- Jika kurang pasti tahap kebakaran, jangan tangguh bawa anak jumpa doktor untuk pemeriksaan.
- Jangan beri mangsa makan atau minum kerana ia mungkin perlu mengambil ubat bius(anesthetic)
Situasi ini boleh berlaku pada anak kalian jika kalian cuai. Tambah lagi di musim PKPB ini. Anak-anak semuanya ada dirumah dan sukar untuk dikawal.
Kongsikan supaya lebih ramai yang dapat manfaat dan dapat belajar cara betul untuk dibuat jika hadapi situasi sebegini.
Dr. Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-
#FormulaRawatanAwalKecemasanUntukSiKecil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak. Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap, Tapi Kena Biasakan!
Penjagaan gigi anak sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Perkongsian doktor ini boleh dijadikan panduan.
Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia berkongsi tentang cara penjagaan gigi yang dilakukan kepada anaknya, Imtiyaz. Melalui penerangan beliau, jelaslah peranan ibu bapa sangat mustahak untuk menjadikan ia rutin dan seterusnya dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi.
Rutin membersihkan gigi anak perlu diteruskan sehingga kanak-kanak berusia 6 tahun! Berikut ialah perkongsian Dr Iqbal;
Imtiyaz mula tumbuh gigi agak lewat juga. Umur 10 bulan baru tumbuh gigi pertama. Biasanya gigi pertama tumbuh sekitar umur 6 bulan. Tak apa, dah 4 bulan tak perlu fikir gigi rosak, betul tak?
10 BULAN
Masa ini cuma bersihkan gigi dia gunakan kain lampin lembap. Bukan susah pun. Sapu sikit je. Yang penting, mesti buat. Kalau mak ayah tak biasakan diri, masukkan dalam jadual seharian untuk ambil masa tak sampai 1 minit untuk bersihkan beberapa batang gigi anak, nanti mesti jadi ralat. So, bukan anak sahaja kena biasakan, mak ayah pun kena biasakan juga untuk bersihkan gigi anak.
Bila gigi sudah ada beberapa, saya gunakan finger toothbrush. Ada dijual di mana-mana kedai. Benda ini lembut dan selesa untuk gigi dan gusi bayi. Tak nak beli finger toothbrush pun tak apa. Gunakan kain lembap lagi. Yang penting, mesti buat.
1 TAHUN 3 BULAN
Bila gigi sudah makin banyak, kami mula gunakan berus gigi kanak-kanak. Kepala berus gigi sangat kecil, bulunya lembut, sesuai untuk keselesaan mulut baby kita. Saya letak kepala Imtiyaz di riba saya, peluk badan dia, satu tangan pegang berus gigi dan satu tangan lagi tolak bibir supaya mudah gosok gigi.
Masa ini anak memang menangis. Tak biasa. Kita kena gagahkan juga. Ibarat macam perang. Nak senang, saya mandi sekali dengan anak. Pujuk dia. Bagitahu ini berus gigi. Tunjuk kat dia. Nak berus gigi adik bagi cantik. Dia tak faham pun. Tapi lama-lama dia akan tahu dan faham sendiri. Bila kita ambil berus gigi, dia dah siap-siap nganga mulut. Tunggu kita baringkan je. Anak lambat nak faham, tak apa. Yang penting, mesti buat.
1 TAHUN 6 BULAN
Bila semua gigi 20 batang hampir keluar, saya tak tunggu lama. Saya terus kenalkan ubat gigi. Masa ini, sudah tidak leceh. Sebab anak dah tahu kena baring dan buka mulut untuk gosok gigi. Nampak tak? Kita biasakan dari awal.
Ya, saya gunakan ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi flourida. Sebab saya yakin. Saya yang akan tolong beruskan gigi anak saya. Saya gunakan sikit sahaja kuantitinya. Sangat-sangat sikit. So, tak ada isu tertelan atau tak pandai meludah. Tak mahu gunakan ubat gigi dulu tak ada masalah. Yang penting, mesti mak ayah yang tolong gosokkan. Mesti tolong gosokkan sampai umur 6 tahun.
1 TAHUN 8 BULAN
Sudah 12 batang gigi susu tumbuh penuh. Lagi 8 dah hampir siap tumbuh. Alhamdulillah semua elok.
Belum besar lagi anak saya nak banding dengan anak orang lain. Belum pandai makan coklat dan jajan. Tapi setakat ini memang saya jaga dan bersihkan. Malulah kan asyik sembang gigi anak orang, gigi anak sendiri tak cantik.
Sumber: Iqbal Rosali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI