Meluangkan masa bersama keluarga memang membahagiakan! Salah satu aktiviti yang boleh kita lakukan bersama orang-orang tersayang di rumah adalah menonton filem. Ada berita baik buat peminat Roald Dahl kerana anda dapat menyaksikan The Witches, sebuah filem baharu yang dibikin semula. Lebih best lagi, anda boleh menontonnya mulai 29 Januari ini secara ekslusif melalui HBO GO dan Astro Demand!
Pelakon & Kru Hebat, The Witches Janjikan Yang Terbaik!
Filem hebat ini dibintangi oleh pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy. Filem klasik ini turut membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dan mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar, Robert Zemeckis (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”).
The Witches pastinya sebuah filem yang hebat kerana disutradarakan oleh pasukan impian termasuk penerbit Alfonso Cuarón (“Harry Potter dan Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”), penulis skrip Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).
Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, kombinasi hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma, Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.
Ads
Menonton filem ini bersama keluarga menjanjikan pengalaman baharu kerana selain pemilihan barisan pelakon yang hebat, setiap perincian seni layarnya juga amat mengagumkan! Pereka set, pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan kesan khas untuk membuatkan anda sekeluarga percayakan kewujudan ahli sihir. Hebat kan?
Ads
Cerita Ahli Sihir Glamor & Jahat
Pa&Ma dedahkan sikit jalan cerita filem ini, ia berkisarkan tentang seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel.
Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus. Tak bolehlah beritahu semua, anda kena tonton sendiri untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya okay?
Ads
Tengok trailer pun dah teruja, jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton bersama keluarga di hujung minggu ni!
Macam Mana Nak Langgan Filem Ini?
Muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan INI. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV – dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.
Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan.
Ikuti HBO Asia di laman sosial dan gunakan #TheWitches dan #HBOGOExclusive untuk menyertai perbualan:
Facebook: HBOAsia
Instagram: @hboasia
Twitter: @HBOAsia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam usaha untuk memberi penghargaan kepada pembaca Pa&Ma dan Keluarga, pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma dan Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga telah berjaya diadakan secara virtual.
Ini sejajar dengan norma baharu selepas negara dilanda dengan wabak Covid-19 hingga memberi sedikit kekangan untuk mengadakan program seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pemenang Himpunan Cita-Cita bergambar bersama Editor Keluarga, Puan Marliana
Buat pengetahuan semua, pertandingan Bakat Cilik Tik Tok anjuran Pa&Ma ini telah berlangsung pada 1 hingga 30 November lalu manakala untuk Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga pula bermula 1 hingga 27 November.
Walaupun pertandingan secara virtual ini julung kali diadakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan ibu bapa juga cukup bagus.
Bagi kedua-dua pertandingan ini, pemenang dipilih oleh juri jemputan yang menilai dari pelbagai aspek termasuklah kreativiti masing-masing, costume yang digaya, editing video dan sebagainya.
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok bergambar bersama Editor Pa&Ma, Puan Emy Haznida
Jadi pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik dan bertuah kerana berjaya menambat hati semua juri.
Bagi pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, sebanyak tiga hadiah utama diberikan iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga serta lima hadiah saguhati termasuk satu hadiah khas iaitu Peserta Favourite.
Juara Bakat Cilik Tik Tok, Lee Xue YingWakil Naib Juara Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, Muhammad DanishPemenang tempat ketiga Bakat Cilik Tik Tok, Farish Nurhan
Bagi tempat pertama dimenangi oleh Lee Xue Ying, tempat kedua, Muhammad Danish dan tempat ketiga, Farish Nurhan.
Peserta Favourite Bakat Cilik Tik Tok & Pemenang Saguhati Pertama, Lyn Qaisara
Manakala lima hadiah saguhati pula dimenangi oleh Lyn Qaisara, Wan Khayrah Farzana, Nur Qaseh Qhairiena, Wan Nur Hannah dan Hiteshrao Subramaniam. Bagi peserta favourite yang dipilih berdasarkan Like tertinggi pula dimenangi oleh Lyn Qaisara.
Sementara itu, untuk Himpunan Cita-Cita pula, hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom, tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar dan tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.
Juara Himpunan Cita-Cita dan Like Teringgi, Nurlisha Humaira Bt ShahromNaib Juara Himpunan Cita-Cita, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful AnuarPemenang tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar
Untuk like tertinggi yang dipilih oleh followers Majalah Keluarga, Nurlisha Humaira Bt Shahrom menjadi pilihan ramai.
Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Pa&Ma dan Keluarga berharap akan terus dekat di hati rakyat Malaysia walaupun tidak dapat turun padang bermesra dengan pengikut setia buat masa sekarang.
Kemenangan ini juga dianggap platform untuk peserta menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat seterusnya dan berjaya mencapai impian.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Babyhood Malaysia akan mengadakan Hot Warehouse Sale! Nikmati Great Deals yang ditawarkan di mana diskaunnya adalah sehingga 70% bagi mana-mana produk bayi yang ada di jualan gudang berkenaan.
Produk yang diual adalah terdiri daripada unit pameran dan prelove. Malah, stok lama yang belum digunakan dan bukannya set pameran pun akan dijual.
Selain daripada itu, ada bermacam-macam item turut sama dijual pada harga diskaun yang menarik.
Jika mahu dapatkan pelbagai kelengkapan bayi, anda boleh berkunjung ke 37, Jalan Pendamar 27/90, Taman Bunga Negara, Shah Alam, Selangor pada 28 Oktober dan 29 Oktober 2017 nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak bercerita tentang journey kehamilan membuatkan saya teringat momen ketika mengandung anak saya, Wan Dini Tihani, tiga tahun yang lepas. Saya merasa bertuah kerana terpilih dari komuniti Pa&Ma Moms To Be untuk berkongsi tentang kisah saya. Terima kasih Pa&Ma! Sebenarnya, lama juga saya menunggu untuk menimang cahaya mata. Selepas empat tahun usia perkahwinan, saya masih belum ada rezeki untuk hamil.
Disahkan PCOS Selepas Enam Bulan Berkahwin
Ketika itu, badan saya agak berisi dan saya disahkan menghidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) selepas enam bulan berkahwin. Saya perlu mendapatkan rawatan dan diarahkan untuk makan pelbagai jenis ubat. Akibatnya, saya tidak datang haid sehingga enam bulan. Doktor turut meminta saya untuk menurunkan berat badan sekiranya saya berusaha untuk hamil.
Berjaya Turunkan 15kg!
Sebenarnya ketika menerima rawatan, saya masih tiada kesedaran untuk menurunkan berat badan sehinggalah pada tahun 2019. Saya mula mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat sehingga berjaya menurunkan 15kg! Selepas turun berat badan, saya perasan yang haid saya mula teratur dan kemudian saya disahkan hamil.
Syukurlah sepanjang kehamilan, saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Namun, saya menghidap GDM ketika mengandung. Seawal usia 12 minggu kehamilan, saya terus ‘sangkut’ GDM dan terpaksa ke klinik untuk buat pemeriksaan darah setiap seminggu sekali. Apabila bacaan gula semakin baik, perlu ke klinik dua minggu sekali pula.
Semasa saya hamil 25 minggu, saya terpaksa makan ubat untuk mengawal gula dalam darah. Pun begitu, saya tidak mempunyai sebarang masalah lain ketika hamil selain kencing manis. Syukur, ketika kandungan semakin membesar pun saya cuma mengalami sakit pinggang yang biasa-biasa.
Ketika kehamilan mencecah 35 minggu, air ketuban pecah dan saya terus ke hospital. Pada waktu itu, memang gelabah sebab belum sampai waktu untuk bersalin. Apabila doktor periksa, ‘jalan’ masih belum terbuka. Doktor juga mengesahkan kebocoran air ketuban saya tidak serius dan saya ditahan di hospital selama 10 hari.
Mahukan Yang Terbaik Untuk Anak
Apabila kandungan dah masuk 37 minggu, pakar memberitahu yang keadaan dan berat bayi dalam keadaan baik untuk saya bersalin. Jadi, saya telah diindius dan akhirnya bersalin selepas 12 jam. Memandangkan saya ada kes kebocoran air ketuban, bayi terpaksa ditahan dalam NICU untuk doktor monitor keadaannya.
Tambahan pula memang bayi saya juga diberikan ubat antibiotik ketika itu. Memandangkan bayi saya juga mengalami jaundis, dia terpaksa ditahan lebih lama. Sebagai ibu, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.
Dari apa yang saya tahu, sangat penting untuk anak mendapat khasiat dari susu ibu. Jadi saya berusaha untuk menyediakan stok susu untuk anak saya. Usaha saya berhasil walaupun bukan mudah untuk saya melakukannya pada awalnya.
Ketika bayi sudah dibenarkan menyusu terus dari badan, saya agak kekok kerana ini pengalaman pertama sebagai ibu. Anak juga masih belum biasa, jadi kami berdua mengambil masa untuk menjayakan proses penyusuan.
Disebabkan itu, ketika dalam tempoh berpantang saya selalu stres dan menangis kerana merasakan gagal untuk menyusukan anak. Mujurlah kakak saya membantu dengan meminta kaunselor penyusuan untuk mengajar tentang teknik penyusuan yang betul kepada saya. Selepas itu, saya merasa lebih selesa dan anak pun berjaya menyusu. Selepas 21 hari, akhirnya bayi saya bebas demam kuning.
Antara Keluarga & Kerjaya
Itulah sedikit-sebanyak kisah kehamilan saya. Memang ada naik turunnya, tapi saya dan suami sangat bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan sihat. Menjadi seorang ibu bekerjaya tidak mudah. Saya perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja. Percayalah, ia tidak mudah. Dengan bebanan kerja serta anak yang masih kecil dan perlukan perhatian, saya memang mudah letih dan merasa stres.
Saya berpendapat sebagai seorang ibu, tidak salah untuk kita merasa letih dan jangan sesekali pendam perasaan. Jika perlukan bantuan, mintalah dari orang yang kita percayai seperti suami. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban saya.
Dengan bantuan dari suami tercinta, saya dapat menikmati me-time yang sangat berharga walaupun hanya sekadar di rumah. Macam mana tu?
Kulit Nampak ‘Tua’ Selepas Bersalin
Sekiranya saya merasa letih dan tidak bermaya, me-time saya mudah saja. Saya akan belai kulit wajah! Mungkin disebabkan stres dan saya juga tidak cukup rehat, kesannya sangat ketara pada kulit wajah saya.
Ia menjadi kering dan kelihatan kusam. Biarpun ditutup dengan solekan, kulit kering tidak dapat ditutup. Paling ketara, mungkin kerana faktor usia juga ada garis halus di bahagian tepi mata! Bukan itu sahaja, tona kulit wajah saya juga akan menjadi tidak sekata.
Jumpa Solusi, Good Virtues Co Yang Terbaik!
Bila bercerita tentang produk penjagaan wajah, saya tak pernah beli yang mahal-mahal. Cukuplah ia mampu untuk membersihkan kulit muka, saya dah berpuas hati. Selain harga, biasanya saya tertarik dengan produk yang unik.
Disitulah saya bertemu dengan Good Virtues Co, orang kata jatuh cinta pandang pertama. Packaging yang cantik dan terasa segar membuatkan saya tertarik. Tak terhenti di situ, saya terus cari rangkaian produknya yang bersesuaian dengan kulit wajah saya.
Aha! Saya terus pilih Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series. Sesuai sangatlah untuk saya yang dah masuk pertengahan 30-an ni. Bila rujuk pada label bahan-bahan, saya tertarik kerana ia diperkaya dengan sumber semula jadi.
Pada awalnya saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Maklumlah saya pun bukan jenis yang berdisiplin. Kalau rajin saya buat, kalau malas saya abaikan saja. Entah mengapa dengan produk Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series ni saya berkobar-kobar. Saya cari masa untuk me-time supaya saya dapat membelai kulit wajah saya biarpun setakat 10-15 minit sahaja.
Saya jadi rajin dan konsisten. Tak perlu masa yang lama untuk saya nampak kesannya pada kulit wajah. Selain kulit menjadi lebih lembut, kedutan di sekitar bahagian dahi dan tepi mata mula berkurang. Masalah kulit kusam dan tanda penuaan seperti tompok gelap juga dapat diatasi.
Rangkaian Produk Yang Best!
Mula-mula sekali nak basuh muka, saya gunakan Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Facial Cleanser. Tidak menyebabkan iritasi dan teksturnya sungguh lembut. Yang bagusnya, ia menghasilkan buih lembut dan bila disapukan pada wajah rasa ‘sedap’. Baunya harum dan lembut. Apabila dibilas, kulit jadi ringan dan segar.
Selesai cuci kulit muka, saya gunakan pula Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Toner. Tak ada alkohol dan sangat mudah dipakai. Hanya perlu disembur pada wajah. Ekstrak cendawan di dalam toner ini membantu menghaluskan liang roma. Ia mudah meresap dan tidak melekit pada kulit. Memang menyegarkan!
Sebelum bersolek, kenalah pakai Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Day Moisturizer. Ia melindungi kulit dari sinar UV kerana didatangkan dengan SPF30 PA+++. Biarpun ia krim, tetapi tidak melekit atau menyebabkan kulit berminyak jadi tidaklah menyebabkan mekap bercapuk.
Nak tidur malam pun kena pakai Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Night Moisturizer. Barulah kulit wajah dapat dilindungi dan ‘direhatkan’. Yang bagusnya, pelembap malam ini mengandungi struktur ‘kristal cair’ jadi bila dioleskan pada wajah ia akan meresap dengan segera. Kulit pun terasa segar kerana ia bertekstur gel yang tidak berminyak. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan pH semula jadi yang bagus untuk mengekalkan kesihatan kulit.
Sekarang, hari-hari saya teruja nak jaga kesihatan kulit wajah! Semuanya kerana saya dah jumpa rangkaian produk Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series yang sememangnya berkualiti. Tambahan pula, harga produk-produknya juga sangat affordable. Jadi, checklist saya untuk produk penjagaan kulit wajah memang jenama ini semuanya approved!
Bagi mama-mama yang nak mencuba rangkaian produk Good Virtues Anti-Aging Hydarting Series ini bolehlah dapatkan di Watsons atau mana-mana pasar raya berdekatan. Nak beli di Watsons secara online pun boleh, klik SINI
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...