Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Aliff Syukri Berbakat Buat Makeup Special Effect Walaupun Ada Disleksia
Anak Aliff Syukri berbakat besar rupanya. Qadejah El-Zahra, 12, mempunyai masalah gangguan kognitif berkaitan membaca iaitu disleksia.
Walaupun ada kekurangan tetapi dia mempunyai bakat kreatif melukis dan membuat solekan kesan khas atau lebih popular sebagai makeup special effect.
Ibunya, Datin Sri Shahida pernah mendedahkan simptom disleksia yang ditunjukkan oleh anak keduanya itu ketika Qadejah berusia 8 tahun di laman Instagram milik beliau.
Mengikut terma perubatan disleksia atau masalah perkembangan pembacaan ialah gejala yang berkait dengan kesukaran dengan belajar membaca lancar dan kefahaman yang tepat sungguhpun memiliki kecerdasan yang normal atau melebihi purata.
Anak Aliff Syukri Berbakat & Kreatif
Biarpun mempunyai kekurangan tetapi ia tidak menghalang Qadejah untuk membesar sebagai anak yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Sepertimana pernah dikongsi oleh Shahida berkenaan ciri-ciri disleksia yang dimiliki oleh anaknya iaitu suka pakai kasut terbalik, suka menulis huruf terbalik, sukar fokus pada sesuatu perkara dalam masa yang lama, dia juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu imaginasi tinggi, suka melukis, berfikiran di luar kotak yang orang lain tak terfikir.
Tak hairanlah Qadejah mempunyai bakat besar dan kreatif sehingga boleh menghasilkan idea solekan kesan khas pada wajah ibunya.
Walaupun si ibu beranggapan anaknya mempunyai minat yang pelik tapi sebagai ibu dia tetap memberi sokongan.
Bahkan Datin Sri Shahida sendiri yang dari peringkat awal prihatin pada kekurangan Qadejah dan menghantarnya ke Pusat disleksia bagi mendapatkan rawatan dan terapi sehingga anaknya mampu membaca, menulis seperti normal selain mengasah bakat yang dimiliki.
Tengok sahaja bagaimana hasil kreativiti tangan Qadejah menyolek muka ibunya dengan kesan khas yang ala-ala seram seperti dikongsi dalam Instagram Datin.
Ramai followers memuji bakat yang dimiliki oleh Qadejah dan memberi saranan agar dia terus menggilap bakat tersebut supaya lebih berjaya di masa akan datang.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Garang Pun Anak Tetap Manja Dengannya. Kena Tegas Baru Anak Jadi Orang
Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara didikan anak-anak membesar. Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Bukan bermaksud ayah tiada peranan dalam mendidik anak tetapi sikap semulajadi ibu yang lebih prihatin, penyayang dan lemah lembut membuatkan anak lebih cepat mendengar kata jika ibu yang menasihatkan.
Jadi ibu-ibu perlu ada sisi garang yang mempengaruhi cara didikan anak supaya menjadi orang. Selain suka memanjakan anak, ibu kena bersikap tegas supaya anak tak naik lemak dan pijak kepala ibu.
1) Kena sentiasa ingatkan anak untuk solat
Biarlah berbuih mulut ibu hari-hari bebelkan anak suruh solat kerana ingatan tersebut akhirnya akan menjadikan anak orang yang tidak meninggalkan solat. Mungkin pada awalnya dia bersolat kerana takut ibu marahkannya tapi bila sudah semakin matang, dia tahu itu tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
2) Jaga adab
Kalau tengok anak orang yang beradab, kita mesti cakap ‘pandai mak ayah dia ajar’, jadi penting bagi ibu untuk sentiasa berpesan kepada anak bagaimana menjadi manusia yang beradab dan berakhlak mulia.
3) Kawal anak dari tengok TV dan gajet
Ibu yang tegas dan sayangkan anak pasti tidak akan membenarkan anaknya menonton TV dan melihat gajet melampaui batas. Biarlah orang kata kita ibu yang garang dan tak kasihan pada anak tapi sebenarnya itulah ibu yang mahu anaknya tidak rosak dan menjadi orang!
4) Paksa anak tidur awal
Disiplin kena diajar supaya anak tak mudah buat perangai. Antara disiplin yang perlu dibiasakan pada anak iaitu kena tidur awal. Kadang kala ibu kena paksa anak untuk tidur awal. Tujuannya sudah tentu tak mahu anak kurang tidur dan akhirnya ganggu kesihatan tumbesarannya.
5) Jangan beri anak jajan setiap hari
Mungkin bagi sesetengah orang, ibu yang mengawal anak makan jajan kelihatan tak sporting tapi hakikatnya dia adalah ibu yang penyayang dan prihatin pada kesihatan anaknya untuk jangka masa panjang.
6) Beri mereka jam
Ajar anak menghargai masa dan menepati masa. Ia boleh dilakukan dengan cara memberi mereka sebuah jam. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak suka membuang masa dan selalu menepati masa.
7) Jangan selalu belikan barang terbaru dan terbaik
Jangan manjakan anak dengan selalu membelikannya barangan terbaru dan terbaik. Memang kita sayangkan anak tapi sikap tersebut hanya akan membuatkan anak tidak menghargainya.
8) Mengaku salah bila buat silap
Jangan sekali-kali manjakan anak dengan cara melindungi kesalahan yang dia lakukan. Ajar anak untuk berani mengaku salah bila buat silap serta sedia terima hukuman atas kesilapan tersebut.
Ibu adalah orang yang paling rapat dengan anak. Biarkan mereka menjadikan ibu sebagai orang pertama yang menjadi rujukan dan tempat anak mengadu masalah dan berkongsi kegembiraan. Mainkan peranan penting dalam mendidik anak menjadi insan yang berakhlak dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber: Tvceramah.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sama-Sama Kahwin, Sama-Sama Pikul Tanggungjawab. Ibu Ayah Idola Anak-Anak
Masuk ke alam perkahwinan tidak semudah yang dijangka. Jika dahulu hidup bersendirian, kini berkongsi hidup bersama pasangan pula. Bahagianya rumah tangga apabila suami isteri bekerjasama dalam menguruskan perihal rumah.
Lebih-lebih lagi bila munculnya zuriat penyeri kehidupan, banyak perkara yang perlu diuruskan di rumah. Tetapi dengan adanya kerjasama dan bersefahaman yang baik, semua urusan nampak mudah dan hubungan kekeluargaan juga semakin erat.
Seperti yang dikongsikan oleh Blogger dan insta famous, Yuyu Zulaikha di laman instagram miliknya, walaupun perkahwinannya baru mencecah 6 tahun, namun apa yang Yuyu belajar sepanjang perkahwinan adalah sikap bekerjasama antara suami isteri.
Tahu Tanggungjawab Masing-Masing
Bila dah nak masuk 6tahun berkahwin (baru 6tahun, awal lagi), apa yang yuyu belajar, suami isteri kena saling bekerjasama.
Tak ada istilah suami tolong isteri. Tak. Suami isteri bekerjasama. Bila bekerjasama, suami pun tahu tanggungjawab dia sebagai ayah untuk besarkan anak-anak bukan setakat bagi duit saja tapi sama-sama bertolak ansur hal keluarga. Isteri bekerjasama dengan suami untuk uruskan hal rumah, kerja rasa lebih mudah.
Isteri mandikan anak, suami pakaikan baju anak. Isteri masak, suami sapu sampah. Kalau isteri nak buat semua pun tak ada masalah kalau rasa semua ok, tapi suami pun kena ambik part juga dalam rumah tangga. Suami kerja, isteri cari side income untuk tingkatkan lagi pendapatan keluarga.
InsyaAllah, tak ada lah yang isteri tungganglanggang mandikan anak sambil masak, suamk hisap rokok, melepak memanjang, main game serupa bukan laki orang
Sama-Sama Kahwin, Sama-Sama Ambil Tanggungjawab
Kita sama-sama kahwin. Kita sama-sama ambik tahu tanggungjawab.Sama-sama ringankan beban pasangan. Isteri happy, suami lagi lah happy insyaAllah.
Yuyu & suami praktikkan benda ni, bila tengok ramai yang suami isteri bekerjasama, masing-masing tak mengeluh pasal pasangan. Kan?
View this post on InstagramA post shared by Yuyu Zulaikha Eswan (@yuyuzulaikha) on
Anak Jadikan Ibu Ayah Sebagai Contoh
Bagi anak-anak kecil, semestinya ibu ayah menjadi individu penting untuk mereka jadikan contoh. Aura positif ibu ayah dalam menguruskan keluarga dan tempat tinggal akan beri kesan kepada anak-anak. Antaranya:-
1. Anak dapat rasa kasih sayang antara ibu ayah
-Melihat ibu ayah membantu antara satu sama lain dapat membuktikan mereka saling melengkapi dan menyayangi satu sama lain.
2. Anak turut serta membantu uruskan rumah
– Anak-anak kecil sentiasa ada perasaan ingin tahu dalam diri mereka. Dengan melihat apa yang dilakukan oleh ibu ayah akan mendorong mereka untuk ikut serta. Ini dapat melatih mereka untuk menjadi lebih berdikari kelak.
3. Hubungan baik antara adik beradik
– Melihat hubungan baik antara ibu ayah mendidik anak-anak untuk saling menyayangi dan bertolak ansur antara satu sama lain.
SUMBER: Yuyu Zulaikha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI