Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!