Cucur atau dipanggil juga jemput-jemput antara hidangan yang paling sedap untuk sarapan pagi mahupun makan petang. Nak lagi sedap hidangkan bersama teh panas ataupun kopi panas!
Jom cuba resipi jemput-jemput ikan bilis yang cripsy di luar dan lembut di dalam.
Amalkan 7 Susu Ini Untuk Ibu Hamil, Bukan Hanya Bagus Untuk Ibu Tetapi Juga Untuk Janin!
Jemput-Jemput Ikan Bilis 🐟
Jadi la untuk makan petang..Luar dia crispy dan dalam pulak memang lembut.
Bahan-bahannya:
* 3 cawan tepung gandum(cap rose)
* 3 1/2 cawan air panas
* 1 1/2 sudu kecil garam
* Carrot
* Bawang merah
* Daun bawang
* Cili merah
* Ikan bilis segenggam
Caranya:
1. Carrot, daun bawang, sup dan cili dipotong kecil. (daun sup dan daun bawang rahsia jemput-jemput jadi lebih sedap)
2. Tumbuk halus ikan bilis.
3. Gaul tepung bersama bahan yang dipotong dengan ikan bilis serta garam. Kacau sebati
4. Bentukkan lubang di tengah tepung dan tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
5. Biarkan bancuhan sejuk dahulu baru goreng yea.
Siap! 🙂
Credit : Fatien Zaini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI