Lubang Apa Di Depan Telinga Anak Ni? Selalu Bengkak, Merah. Ini Jawapan Doktor

Share

“Apa ni lubang-lubang kat depan telinga anak saya ni, doktor? Setiap dua tiga bulan aje mesti bengkak, merah, sakit.. risau saya.”

Jangan risau!

Ia bukan tanda-tanda kanser atau ketumbuhan yang perlu ibu bapa bimbangkan.

Menurut Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, preauricular sinus atau cyst merupakan salah satu ‘congenital anomaly’ yang berlaku semenjak lahir ketika pembentukan embrio lagi. Kajian menunjukkan hampir 1% bayi lahir mengalami masalah ini, dan populasi di Afrika lebih ramai berbanding di Asia.

Jadi, kenapa ia boleh membengkak, merah dan sakit?

Akibat adanya cyst, sinus atau kantung… apabila berlakunya jangkitan di situ, ia akan menyebabkan berlakunya gejala seperti kemerahan, sakit dan pengumpulan nanah boleh berlaku!

Jika ini terjadi, ubat antibiotik perlu diberi bagi menghentikan jangkitan dan pembedahan kecil mengeluarkan nanah perlu dilakukan.

Adakah ia akan selesai?

Tidak.  Pembedahan untuk membuang keseluruhan sinus dan kantung tersebut perlu dilakukan sebaik sahaja jangkitan tiada bagi memastikan tiada lagi serangan berulang.

Okey, lepas ni boleh check kat anak-anak. Ada tak lubang seperti ini pada telinga mereka?

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

Published by
Wan Amy