Lucu Tapi Tersentuh Hati Tengok Video Anak Fasha Sandha Minta Adik Kecil Daripada Ibunya

Share

Pelakon wanita popular Fasha Sandha baru-baru ini berkongsi satu video gelagat lucu anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli, 5 di Instagramnya.

Dalam video berdurasi seminit tersebut, Rayfal kelihatan menangis dan meminta ibunya mendapatkan seorang adik (baby) untuknya.

Bila Fasha bertanyakan kepada anaknya bagaimana untuk mendapatkan baby, Rayfal yang bijak menyuruh ibunya berkahwin semula.

Fasha sendiri terkejut melihat gelagat anaknya yang sangat tidak disangka bahkan hairan dari mana si kecil tahu memberikan pendapatnya berkenaan hal tersebut.

Kehairanannya diluahkan menerusii tulisan kapsyen di posting tersebut.

Rayfal oh Rayfal, baru 5 tahun… Dah pandai mintak macam2 pelik2. Entah siapa ajar? Ibu tak faham. Takkan budak 5tahun dah tau benda macam ni?? Apakata mintak je kat Dada adik baru. Haih. ? Off late ni, Almost everyday mintak baby in ibu’s tummy, help! 

Memang bijak Rayfal ni. Agaknya dia pun teringin nak mempunyai adik kecil lain seperti abang Rayqal yang sudah mempunyai adik NeyNey.

Selain dari itu mungkin juga si kecil ini rindukan kehadiran seorang ayah di sisinya setiap hari.

Memang normal kanak-kanak sebaya Rayfal meminta ibu memberikannya seorang adik kerana sifat penyayang yang ada dalam dirinya selain ia juga menunjukkan kematangan si kecil yang selama ini mungkin memerhatikan hidup yang dilalui oleh ibunya tanpa suami di sisi.

Video lucu tapi menyentuh hati tersebut mendapat tontonan ramai netizen dan kebanyakannya memberi komen sokongan kepada Fasha dan anak-anaknya.

Sumber: Instagram fashasandha

Published by
Hasnita Sawal