Lufya daftar anak perempuan kelas taekwondo, geram sebab kerap kena buli. Berasa marah apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah, pelakon dan penyanyi Lufya mengambil keputusan untuk mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
Lufya Daftar Anak Perempuan Kelas Taekwondo, Geram Sebab Anak Kerap Kena Buli
Menerusi satu hantaran di Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, mendedahkan bahawa anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu dipukul oleh rakan sekolah.
“Saya mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebelum ini, saya sudah ke sekolah dan berjumpa dengan ibu bapa seorang pelajar lelaki yang telah menendang serta menumbuk Haura.
“Namun, setiap kali pulang dari sekolah, dia tetap mengadu perkara yang sama. Pelajar yang sama masih mengganggunya.
“Saya juga telah bertemu dengan ibu pelajar berkenaan, dan dia telah meminta maaf walaupun cara penerimaannya kurang meyakinkan. Tapi saya terima juga. Malangnya, kejadian tersebut terus berulang.
Ads
“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan Haura ke kelas taekwondo. Kalau selepas ini anak saya yang lembut dan manja ini bertindak balas, tanggunglah akibatnya,” tulisnya.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu juga berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura terpaksa mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini.
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.
Untuk info mangsa adalah seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis.
Menerusi hantaran penuh emosi di TikTok, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap individu yang dikatakan telah membuli anaknya sambil menyertakan gambar keadaan anaknya yang menyayat hati, sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.
“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.
“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu si Zara sebut…,” demikian petikan luahan tersebut.
Dalam pada itu,Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejadian tragis itu kini dalam siasatan pihak polis.
Di samping itu, memetik laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan kenyataan media penuh berhubung siasatan insiden tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan, mangsa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pelajar tersebut berasal dari Sipitang, namun belajar di sebuah sekolah agama di Papar.
“Saya memandang serius perkara dan peristiwa seperti ini yang melibatkan kematian pelajar di sekolah. Info daripada pengetua dan guru-guru di sekolah itu dan dari kronologi peristiwa tersebut tidak jelas penyebabnya.
Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi.
“Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi, walaupun bilik pelajar tersebut bersama pelajar-pelajar lain berada di Tingkat Tiga, tetapi tiada siapa yang melihat kejadian tersebut sama ada terjatuh atau bersama dengan individu lain kerana pelajar-pelajar masa itu sedang tidur,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, bedah siasat telah dibuat untuk menentukan sebab kematian dan ia masih dalam siasatan polis sama ada ada unsur jenayah atau tidak.
“Jabatan Pendidikan pula perlu menyiasat dan mencari fakta dari segi keselamatan tempat, status psikologi dan kesihatan pelajar dan lain-lain faktor seperti ada unsur buli atau tekanan fizikal juga mental. Jadi, kita tunggu hasil siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad meminta supaya tidak membuat tanggapan awal secara melulu mengenai insiden tersebut.
“(Dakwaan buli) itu saya serahkan kepada pihak polis. Kita tak boleh buat tanggapan awal secara melulu. Pihak polis akan datang dengan hasil siasatan,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Konvensyen Pendidikan ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam dan betapa pantasnya masa berlalu, anak kesayangan Mira Filzah dan suami, Wan Khair Amir rupanya kini sudah pun berusia dua tahun.
Menerusi Instagramnya, Mira memuat naik momen bahagianya sepanjang dua tahun bergelar ibu malah turut membingkiskan ucapan penuh bermakna buat Amir.
“Dua tahun cukup cepat berlalu. Syukur Alhamdulillah, anakanda membesar dengan cepat dan sihat.
“Wahai Wan Khair Amir putera kesayangan kami, anakanda membawa tawa dan suka dalam setiap hari kita bersama. Ada masa kami gelisah sewaktu melindungimu dari luka, mengingatkan kami betapa besarnya jasa dan pengorbanan orang tua kami.
“Kini, tanggungjawab kami untuk besarkan anakanda, sebagai permata untuk masa depan ummah, insha’Allah,” tulisnya.
Malah Mira juga turut berkongsi momen Amir ketika waktu kecil sehingga kini sudah pun berusia dua tahun dan semakin membesar.
Ibu cantik jelita ini juga turut mendoakan perjalanan anak kesayangannya itu agar menjadi insan yang berguna buat bangsa dan agama kelak.
“Moga doa semua mengiringi ulangtahun kelahiran anakanda, untuk menjadi anak yang soleh dan insan berguna untuk bangsa dan negara.
“Tidak terkata sayang Papa & Mama buat anakanda Wan Khair Amir. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang kedua wahai cinta hati Papa Mama,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Mira turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Amir malah mendoakan kesejahteraannya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Farhatul Fairuzah, Johan Qariah Antarabangsa Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90. Memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat tingkatan enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.
Berikut perkongsian Nor Farhatul di laman Instagramnya;
Alhamdulillah syukur pada Allah atas segalanya.
Terima kasih ya Rabb.. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, lecturer Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawab yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni.. doakan Farha untuk masa mendatang.
Setiap perjalanan pasti ada cabarannya.. yang penting yakin pada Allahh kita mampu laluiNya.
Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu.
Perkongsian Nor Farhatul mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain pula, Nor Farhatul turut memberi penghargaan kepada keluarga dan kawan-kawannya yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
MY SOUL.TERIMA KASIH KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN. TULANG BELAKANG SAYA SELAMA INI.
Tidak hanya cemerlang akademik, juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu baru-baru ini menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun!