Jangan main ikut suka kalau bersalin melalui pembedahan, nak cepat sembuhkan luka diletakkan macam-macam. Ikut petua itu ini dengan harapan luka cepat kering, padahal membahayakan. Luka dari pembedahan ketika bersalin sangat fragile, mudah sangat dijangkiti kuman atau terbuka semula jika tersalah cara menjaganya. Kalau kena jangkitan kuman, seksa ya!

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi mengenai pengalamannya mengendalikan kes wanita selepas bersalin yang mendapat jangkitan pada luka pembedahan caesarean. Selain itu, Dr Izzat turut berkongsi empat golongan ibu yang berisiko untuk mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan.

Artikel Menarik: [Tak Semestinya Makan Haruan Cepat Baik, Yang Penting Jangan Biar Luka Basah]

Luka Caeser Ni Sensitif, Mudah Jangkit Kuman. Jangan Pandai-Pandai Sapu ‘Benda Pelik’ Di Situ

“Awak sapu ubat apa pada luka operation ni ?”

Luka pembedahan caesarean kelihatan kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. Bila dirasa guna tangan, lukanya panas dan bengkak

“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah. Lepas sapu tu luka saya jadi merah merah dan bengkak. Sampai tak boleh tidur sakitnya. Tak tahan dah, tu yang saya jumpa Dr ni”

Pemeriksaan dilakukan untuk kenal pasti sebab luka bengkak dan lebam. tangan saya ditepis

“Doktor sakit sangat, jangan pegang luka tu”

“Luka awak ni da bernanah, bila picit je memancut nanah keluar. Sib baik tak kena muka saya”

Luka Caeser Ni Sensitif, Mudah Jangkit Kuman. Jangan Pandai-Pandai Sapu ‘Benda Pelik’ Di Situ

“Menyesal dah saya sapu benda bukan bukan kat luka ni. Taubat dahhh”

Ads

Dalam nada berseloroh,

Nanti dalam wad, sapu serbuk kari plak tau, mana lah tau cepat sembuh…. serbuk kayu manis jangan lupa, dah alang-alang tu kan ? 

 

PENINGKATAN KELAHIRAN MELIBATKAN CAESAREAN

Dalam standard praktis obstetrik, kadar caesarean telah meningkat dalam 20 tahun lepas dengan 20% baby dilahirkan secara caesarean.

Dengan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kelahiran secara caesarean ini, tiada bukti atau pun ura-ura menunjukkan kadar caesarean ini akan menurun dalam masa yang terdekat.

Maka, masalah berkaitan seperti duduk hospital lama, dan cara untuk merawat jangkitan pada luka pembedahan caesarean adalah perkara yang penting dan menjadi tugas utama doktor sakitpuan dan perbidanan selain menguruskan hal-hal kesihatan wanita dan kehamilan.

Luka Caeser Ni Sensitif, Mudah Jangkit Kuman. Jangan Pandai-Pandai Sapu ‘Benda Pelik’ Di Situ

Ads

6 DARI 10 WANITA BERSALIN CZER AKAN ALAMI INFEKSI PADA LUKA BEDAH

Secara keseluruhan, jangkitan kuman berlaku 6 dalam 100 wanita yang menjalani pembedahan caesarean – ini adalah komplikasi yg sangat biasa berlaku dan telah dimaklumkan kepada pesakit sebelum pembedahan caesarean dilakukan.

Dalam kajian terbaru menyatakan 9.6% wanita mengalami jangkitan selepas pembedahan caesarean di UK (untuk data Malaysia saya takda). Majoriti dlm 88% jangkitan ini melibatkan lapisan atas kulit dan baki 12% melibatkan lapisan lebih dalam termasuklah organ dalaman.

Artikel Menarik: [Baru Suruh Teman Isteri Bersalin, Suami Dah Berpinar Sebab Mabuk Darah]

Luka Caeser Ni Sensitif, Mudah Jangkit Kuman. Jangan Pandai-Pandai Sapu ‘Benda Pelik’ Di Situ

PERHATIKAN SIMPTOM-SIMPTOM INI

Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean :

  • Luka menjadi kemerah-merahan
  • Kadang-kadang ada nanah mula keluar
  • Luka menjadi bengkak dan lebam

IBU YANG BERKEMUNGKINAN MENDAPAT JANGKITAN KUMAN

Ads

Siapa yang senang dapat jangkitan kuman pada luka caesarean?

  1. Mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan risikonya tinggi sedikit untuk dapat jangkitan kuman berbanding mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif
  2. Bayi yang mengalami obesiti.
  3. Ibu ada kencing manis
  4. Pernah mengalami pembedahan caesarean sebelum ini.

Luka Caeser Ni Sensitif, Mudah Jangkit Kuman. Jangan Pandai-Pandai Sapu ‘Benda Pelik’ Di Situ

JENIS RAWATAN

Bila sudah berlakunya jangkitan kuman pada luka caesarean ini, sampel (swab) akan diambil pada luka ini utk mengetahui kuman apa yang ada menyebabkan jangkitan itu. Penyiasatan darah juga turut dilakukan.

Kalau jangkitan kuman baru nak bermula dan tak berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5-7 hari, biasanya pesakit boleh makan kat rumah. Selepas seminggu pesakit ini akan dijumpa semula untuk melihat sama ada jangkitan ini sudah sembuh atau tidak.

LEBAM-LEBAM TANDA JANGKITAN TERUK PADA LUKA

Kalau jangkitan pada luka teruk, sehingga ternampak lebam lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah ( intravenous ) kemudian proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.

Artikel Menarik: [Pengorbanan Terbesar Isteri Untuk Suami, Lahirkan Anak. Badan Pun ‘Berubah Bentuk’]

DOKTOR PESAN JANGAN SAPU SEMBARANGAN PADA LUKA PEMBEDAHAN

Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu la serbuk kari la serbuk kunyit lah kat luka operation. Bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi dah cukup. Tak perlu sapu apa apa.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI