Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, luka episiotomi atau luka jahitan bersalin paling perit sekali dirasai sementara nak betul-betul pulih. Ia memerlukan penjagaan yang rapi agar luka tersebut cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan.
Boleh dikatakan, kebanyakan wanita yang melahirkan bayi secara normal akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Tujuan prosedur ini dilakukan adalah untuk membantu ibu bersalin dengan lancar dan mudah, di samping mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti koyakan atau bayi lemas (fetal distress).
Bukan itu sahaja, buat ibu yang melahirkan melalui pembedahan juga turut perlu menjaga luka jahitan.
4 JENIS PERINGKAT LUKA BERSALIN
Sebelum tahu tips penjagaan luka bersalin, jom kita fahami setiap peringkat luka bersalin:
1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.
2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.
3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.
Ads
4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.
TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN
1- Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
Ads
2- Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja atau air suam.
3- Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Sebaiknya biarkan kering secara semula jadi.
4- Jangan gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
5- Pastikan ibu menukar tuala wanita dengan kerap.
6- Kalau pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, ibu digalakkan untuk tak pakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
APA KESANNYA KALAU JAHITAN BERSALIN TERBUKA?
Ramai ibu yang berjaya sembuhkan luka jahitan dalam masa kurang 2 minggu dan biasanya tak ada apa-apa masalah. Tak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat anak lelaki dan juga anak perempuan. Barulah terasa lengkap satu keluarga. Impian setiap ibu, kalau dah ada anak perempuan pasti nak juga anak lelaki walaupun seorang dan begitulah sebaliknya.
Sama seperti Puan Najwa, dia mengimpikan untuk memiliki anak perempuan setelah melahirkan 5 anak lelaki. Namun dia tetap bersyukur jika rezekinya hanyalah anak lelaki, malah dia tetap positif dan bersangka baik pada Allah.
Baginya mungkin jika dikurniakan anak lelaki, dia tetap akan mendapat anak menantu perempuan. Akhirnya dengan doa yang tidak putus-putus dan sentiasa positif, tuhan hadirkan 2 cahaya mata perempuan buat keluarga ini.
Bila ank sulung lelaki.. saya syukur sangat-sangat.. ini rezeki yang Allah bagi dekat saya..
Bila bersalin anak kedua lelaki.. Alhamdulillah.. boleh la jadi kawan abgnya..
Bila anak ke tiga lelaki Alhamdulillah.. boleh ramaikan jemaah solat di rumah surau masjid..
Bila anak keempat lelaki Alhamdulillah.. bila saya dan suami meninggal nanti dah ada hero dan pahlawan yang boleh usungkan setiap penjuru keranda jenazah kami..
Bila anak kelima lelaki..Alhamdulillah boleh bacakan talkin untuk mama baba nanti.. boleh bantu jaga angkat mama baba kalau kami sakit..
Tapi tak pernah putus harapan.. berdoa pada Allah supaya Allah beri peluang untuk merasai ada anak perempuan sendiri..
Waktu kandungan ke6 memang sentiasa positif. Kalau ditakdirkan zuriat ini lelaki InsyaAllah nanti dapat juga menantu perempuan.. Alhamdulillah Allah maqbulkan doa kami suami isteri.. zuriat ke 6 perempuan.. Alhamdulillah syukur.. sebab bbay girl ada ramai body guard..
Sekarang tengah mengandung zuriat ke7.. mama doakan zuriat mama sihat sempurna..bila tanya abang-abang nak baby apa.. ada yang nak girl ada yang nak boy.. mama sempat dengar abang yang sulung kata kalau dapat baby girl abag menang.. adik-adik kena gilir-gilir jadi imam solat.. tapi kalau dapat baby boy.. abang kalah.. abang jadi imam solat selama sebulan😂😂😂😂😂
Alhamdulillah Lahirlah puteri kedua penyeri keluarga.. pelengkap hidup kami.. zuriat ke 7.. moga menjadi anak yang solehah.. penyejuk hati mama baba🥰🥰
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ibu muda ini tabah menghadapi ujian apabila anak pertamanya mengalami jantung berlubang manakala anak kedua pula jantung berlubang dan bengkak hati.
Apa sahaja demimu anak. Demikian yang dikatakan ibu tunggal tabah,Puan Normala Syakilla Arman ini tatkala bercerita tentang dua cahaya mata comelnya, Muhammad Harraz, 2 tahun & MUhammad Harizz, 2 bulan yang mengalami sakit kronik.
Kedua-duanya mengalami penyakit jantung berlubang sejak lahir. Namun si adik, Harizz tidak sekadar mengalami jantung berlubang, dia juga mengalami hati membengkak yang menyebabkan dia perlu dirujuk kepada pakar perubatan & pusat perubatan jantung di ibu negara hampir saban bulan. Manakala si abang pula perlu dirujuk ke IJN setiap 3 bulan sekali.
Syakilla yang dulunya bekerja terpaksa melepaskan jawatannya demi menjaga kedua-dua amanahnya itu yang sememangnya perlukan lebih perhatian. Dia mengakui sukar untuk mendapatkan orang yang boleh menjaga anaknya yang memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi darinya. Lebih menyedihkan ialah apabila anak-anak tidak diberikan nafkah oleh bekas suaminya.
RUTIN HARIAN & KEKERAPAN MEMBERIKAN UBAT
Ibu muda ini memulakan rutin harian seawal 6 pagi. “Setiap hari rutin saya selepas solat Subuh, kedua-dua mereka akan saya berikan ubat & dimandikan. Harizz diberikan susu menerusi tiub khas.
“Harazz makan 2 jenis ubat setiap 6 jam sekali manakala Harizz pula perlu diberikan ubat setiap 3 jam. Oleh kerana dia makan ubat & minum susu 3 jam sekali, maka tiub susu memang perlu kerap dibersihkan. Begitulah rutin saya menguruskan Harizz sehingga ke malam dan keesokkan harinya. Harazz minum susu formula dan hanya perlu diberikan ubat seperti biasa,” kata Syakilla.
PEMERIKSAAN RAPI
Kata ibu muda ini, si sulung Harraz perlu ke IJN setiap 3 bulan dan perlu dibawa untuk pemeriksaan di sebuah hospital di Pahang setiap bulan. Manakala si kecil Harizz perlu mengambl 5 jenis ubat setiap 3 jam. Dia perlu meminum susu menggunakan tuiub dihidung untuk mengelakkn jantungnya semakin lemah bila menyusu menggunakan botol susu melalui mulut.
REDA & TERIMA UJIAN ALLAH
Apabila ditanya bagaimana dia begitu tenang menghadapi ujian ini, Syakilla mengakui dia reda semua yang berlaku walau pun pada awalnya sukar menerima kenyataan. “Saya seperti ibu-ibu lain, perasaan sedih kecewa semua ada, Yelah anak sulung pun belum sihat sepenuhnya lagi, sudah diuji dengan anak kedua dengan penyakit yang sama. Memang sedih, tapi saya reda dan terima dengan hati terbuka ujian Allah beri kepada saya ini.”
KOS TINGGI
Syakilla turut mengakui kos pembedahan dan prosedur rawatan Harraz & Harizz dianggarkan sebanyak RM30 ribu untuk setiap seorang. Tidak termasuk kos ulang alik ke IJN setiap seorang rm200, minyak kereta dan sebagainya.
“Saya ibu tunggal membesarkan ank tanpa nafkah dari suami. Penceraian terjadi semasa saya mengandungkn Harizz. Kini apabila tidak bekerja saya hanya bergantung kepada ayah yang bekerja kilang. Selain itu saya ada adik 4 orang adik yang masih bersekolah yang perlu ditanggung oleh ayah,”kata Syakilla.
Bagi anda yang ingin meringankan beban ibu ini,bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Normala Syakilla Binti Arman melalui akaun Bank Islam 06037023296993.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru.
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, Consultant Paediatrician and Technical Committee Chairman of Immunise4Life melalui temuramah secara dalam talian “Making Flu Prevention My New Normal” National Pledge Campaign, Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera. Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa.
Simptom jangkitan influenza, seperti:
-Demam panas
-Kesakitan sendi dan otot
-Rasa keletihan yang kronik
-Sesak nafas
-Selesema atau hidung tersumbat
-Sakit kepala
Vaksin untuk bayi bawah 6 bulan?
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail “Tiada vaksin untuk bayi dibawah umur 6 bulan. Bagi mengelakkan bayi terkena jangkitan influenza pastikan anak anda tidak dicium oleh orang yang bergejala dan pastikan anda menjaga kebersihan dan ‘protect’ bayi anda kerana daya imunisasi mereka masih lemah.”
Suntikan setiap tahun
Mungkin ada diantara anda atau anak sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat?
Kematian
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.
Wabak itu juga amat aktif pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Ia juga mudah tersebar di kawasan beriklim sederhana.
Jika diamati, laporan tahun penularan wabak berkenaan oleh WHO agak menakutkan. Dianggarkan tiga hingga lima juta kes dalam kategori sakit teruk yang mana 250,000 ke 500,000 kes melibatkan kematian.
Di negara perindustrian misalnya, kebanyakan kes kematian berkaitan dengan influenza sering direkodkan oleh golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas.
Kajian juga menunjukkan, kira-kira 99 peratus kes kematian dalam kalangan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berumur di bawah umur lima tahun.
Melihat data WHO berkenaan, wajarlah kita semua berasa bimbang dengan situasi penyakit semasa itu.
Pun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap demam, batuk dan selesema merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil. Cukupkah sekadar memberi si kecil ubat demam secara berterusan? Adakah pendekatan itu tepat? Atau kita dalam kategori ‘tunggu dan lihat’ meskipun anak sudah lebih seminggu demam? Jika ya, anda perlu segera mengubah sikap itu.
Sertailah ikrar ‘Cegah Flu, Norma Baharu’ sebagai tanda ingin melindungi diri masing-masing dan orang tersayang daripada influenza hanya dengan satu klik www.actoflove.ifl.my. Para selebriti seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Alyssa Dezek, Dr Say Shazril, Betty Rahmad dan Dr Halina Mohd Yunos turut bersama berikrar untuk mencegah flu; jom ikrar bersama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...