Luka Jahitan Bersalin Normal Cepat Sembuh Follow Tip Ini. Tak Bengkak & Cepat Kering!

Share

Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, luka episiotomi atau luka jahitan bersalin paling perit sekali dirasai sementara nak betul-betul pulih. Ia memerlukan penjagaan yang rapi agar luka tersebut cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan.

Boleh dikatakan, kebanyakan wanita yang melahirkan bayi secara normal akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Tujuan prosedur ini dilakukan adalah untuk membantu ibu bersalin dengan lancar dan mudah, di samping mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti koyakan atau bayi lemas (fetal distress).

Bukan itu sahaja, buat ibu yang melahirkan melalui pembedahan juga turut perlu menjaga luka jahitan.

4 JENIS PERINGKAT LUKA BERSALIN

Sebelum tahu tips penjagaan luka bersalin, jom kita fahami setiap peringkat luka bersalin:

1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.

2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.

3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.

4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.

4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.

Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN

1- Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.

2- Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja atau air suam.

3- Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Sebaiknya biarkan kering secara semula jadi.

4- Jangan gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.

BACA JUGA:

[“Ibu Halalkan Segalanya..Masa Keluar Tiada Tangisan, Ibu Tahu Muhammad Dah Pergi.”]

[“Sakit Pun Tenang Je Muka..”Elfira Kongsi Tip ‘Push’ Saat Baby Dah Nak Keluar]

[Bab Rezeki Jangan Berkira. Isteri & Anak-Anak Pintu Rezeki Yang Sangat Powerful!]

5- Pastikan ibu menukar tuala wanita dengan kerap.

6- Kalau pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, ibu digalakkan untuk tak pakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.

APA KESANNYA KALAU JAHITAN BERSALIN TERBUKA?

Ramai ibu yang berjaya sembuhkan luka jahitan dalam masa kurang 2 minggu dan biasanya tak ada apa-apa masalah. Tak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.

Kredit: Twitter @myheartcommunity; Sirap Limau

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy