Luluh Hati Ibu Bila Anak Tiba-tiba Tak Boleh Berjalan, DiKesan Ada Kanser Otak Tahap 4

Share

Tarikh 6 julai 2019 pasti akan sentiasa menjadi ingatan buat Nurul Ashiqin Abd Rahman, 29 tahun dan pasangannya. Pada Tarikh itulah anak sulungnya Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan, yang berusia 3 tahun 5 bulan ketika itu dikesan mempunyai penyakit kanser otak tahap 4.

Hati ibu manalah yang tak sedih dan sebak saat dimaklumkan oleh doktor dengan perkhabaran sedemikian. Namun Ashiqin dan pasangan reda dengan segala Ketentuan dari Maha Pencipta kerana DIA lebih mengetahui segala-galanya.

Dalam perkongsian Ashiqin di laman Facebook miliknya, dia dan keluarga yang tinggal di Pulau Pinang menyatakan sehingga kini Huzaifah sudah dua kali menjalani pembedahan untuk kanser otak yang dihidapinya itu.

Ibu ini berkongsi perkembangan anaknya itu dilaman Facebook miliknya. Ternyata ia satu perkongsian yang cukup meruntun hati. semoga segalanya dipermudahkan!

“Anak sulung saya Muhammad Al-Huzaifah Bin Ahmad Farhan pada awalnya sama seperti kanak-kanak biasa yang aktif berlari sana sini, petah berbicara dan bijak. Namun kami sekeluarga telah di uji apabila tiba-tiba kaki Huzaifah tidak dapat berjalan setelah bangun dari tidur.”

“Doktor telah melakukan X-ray, dan ambil ujian darah. Keputusan adalah normal. Pihak hospital kemudiannya melakukan CT scan di bahagian otak dan ujian susulan saraf tunjang. Tadi doktor dah bagi result, walau pahit terpaksa aku telan jua.”

“Doktor cakap air dalam kepala Huzaifah berlebihan sehingga block saluran yang mana pun mereka belum tahu. Ia menyebabkan Huzaifah tak boleh jalan.”

“Selepas itu ujian MRI dilakukan untuk memastikan apa yang block saluran air dalam otak dia. Lepas buat MRI doktor masukkan VP SHUNT, iaitu tiup kekal untuk salur air dari otak ke perut.”

“1st operation andai dari keputusan MRI ada ketumbuhan yang menghalang, doktor plan akan buat 2nd operation iaitu operation besar-besaran selama 4-6jam. Bermaksud Huzaifah akan menjalani 2 operation.”

Ada ketumbuhan kecil pada otak

“Huzaifah ada ketumbuhan kecil di bahagian otak iaitu di tempat yang kecil, jadi maksud doktor risikonya sangat tinggi. Kemudian Huzaifah dimasukkan ke wad, doktor dari bahagian okologi (kanser) dah buat appointment dan abang mungkin start kimo lepas ni apa-apa pun tunggu keputusan doktor macam mana.”

“Semalam appointment dengan doktor neurology, Huzaifah nampak lemah sangat, nak minum pun selalu tersedak, air liur meleleh, badan lemah. Doktor cakap tu adalah progress kanser tu.”

Kanser tahap 4

“Ibu tanya doktor, kalau ikutkan Huzaifah stage berapa, doktor cakap Huzaifah stage 4. Luluh hati ibu nak, ibu harap abang kuat tau! Semua sayang dan doakan abang. Keputusan MRI menunjukkan otak dia bengkak, doktor dah on ubat streriod 2 weeks nak bagi kurang bengkak.”

“Kemudian, ibu dapat call dari Dr. Shoba (doktor onkologi), result sample ketumbuhan yang baru ini adalah confirm kanser. Alhamdulillah sekurangnya semua terjawab, dari tertanya-tanya, kali ini ibu lebih tabah dan kuat.”

InsyaAllah Allah janjikan yang terbaik

“Ibu sempat tanya adakah rawatan untuk abang, doktor suruh datang pada 19 september untuk bincangkan. Pada hari itu (19 September) adalah hari jadi ibu pula tu. Ya betul! Allah SWT tak akan uji jika hambanya tak mampu.”

“Semua ini dugaan buat ibu dan abi supaya lebih kuat, lebih tabah dan lebih sabar. Orang tak lalui tak akan merasai, memang semua orang cakap redha. Ya kami akan ikthiar sehabis boleh dan apa saja ketentuan kami redha Insyaallah Allah janjikan yang terbaik.”

Kanser dah merebak

“19 September hari jadi ibu dan juga tarikh appoinment abang tentang result hari tu. Hari ni juga break news, semua doktor neuro kelilingkan abang, gosok kepala abang, doakan yang baik-baik buat permata hati ibu ini.”

“Doktor cakap kalau dia tak buat rawatan boleh tahan dalam 6 bulan kalau follow rawatan boleh lambatkan process mungkin dalam 1 tahun lebih ke 2 tahun. Sekarang doktor suggested radiotherapy tapi cuma lambatkan process dan akan arrange untuk jumpa paliatif.”

“Kanser abang dah pergi banyak tempat, doktor cakap kes abang rare sangat, kes pertama dalam fail dia untuk kanak-kanak seusia dia.”

Harap segalanya dipermudahkan

“Doktor cakap dengan masa yang ada gembirakanlah hati abang. Insyaallah sayang, ibu akan buat yang terbaik untuk abang dan selebihnya kuasa Allah SWT.”

“Berharap anda mendoakan anak saya yang menghidap kanser otak stage 4 supaya dipermudahkan segala urusan dan di angkat segala kesakitan serta sentiasa berharap ada kejaiban buatnya, Amin!”

Dengan keadaan Huzaifah yang memerlukan sepenuh perhatian daripada ibunya, tentu sahaja wanita ini tidak dapat meneruskan pekerjaan yang sebelum ini dilakukan bagi membantu menampung keperluan keluarga.

Menurut Ashiqin lagi, Huzaifah juga kini sudah tidak mampu untuk makan dan bergantung sepenuhnya dengan susu khas. Tambahnya lagi susu khas yang berharga RM75 setin itu hanya mampu bertahan selama 4 hari untuk memenuhi keperluan Huzaifah.

Justeru itu pastinya keluarga ini butuhkan bantuan daripada orang ramai untuk menampung kos-kos yang ada untuk merawat anaknya yang sedang menderita kanser otak tahap 4 itu.

Bagi yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan bantuan ke Maybank: 158051452929 Atas Nama: AHMAD FARHAN NOR AZMI CIMB: 7002838630 Atas Nama: AHMAD FARHAN BIN NOR AZMI

Sama-sama kita bantu mendoakan dan bagi yang mampu boleh sumbangkan seikhlas mungkin untuk keluarga Huzaifah. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.

Sumber/foto: Oh Bulan & Facebook Mrss Mamaa

Published by
SAHR