Luluhnya Hati Ibu.. Masih Dalam Pantang, Bayi Berusia Sebulan Positif Ujian Covid

Share

Ibu mana yang tak sedih dan risau apabila bayi berusia sebulan dan masih dalam pantang disahkan ujian saringannya positif Covid-19 sehingga terpaksa berada di wad berasingan untuk betul-betul bebas dari virus ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Nur Azeila Selamat, ibu kepada bayi Nur Aishah Zahra, berita yang diterima dari pihak hospital beberapa hari lalu benar-benar buatkannya rasa terkejut.

Zahra baru genap sebulan

Ami n ddy org paling excited sangat nk tengok zahra membesar .. Tapi kita semua diduga dengan berita yang paling menakutkan .. Luruh hati kami bile pihak KKM call dan bagitahu result saringan covid19 zahra POSITIF.. AllahuAkhbar.. paling meruntun hati staff nurse bagitahu zahra usia paling muda yang positif dekat hospital ni.

Allah sesungguhnya kami yg Kau pilih untuk diduga, Maka Kau kuatkanlah hati kami, Kau kuatkanlah fizikal dan mental kami ya Allah untuk lalui smua ini .. Kau berikanlah kekuatan dalam diri kami untuk melawan Virus Covid19 ni ya Allah .. Kau angkatlah virus ini kembali dari diri kami, negara kami dan bumi ini ya Allah .. Aamiin ya Rabb.

Mintak kalian doakan kesembuhan dan kesihatan zahra .. dan doakan ami zahra kuat jaga zahra.

Allah pilih Zahra dan mangsa Covid lain untuk diuji

Dalam coretan Azeila lagi, apa yang cukup menyedihkan apabila baju bunga-bunga yang sepatutnya di pakai oleh Zahra ini adalah untuk ke klinik atas tujuan buat pemeriksaan dan ambil suntikan sebulan.

Namun semua perancangan itu berubah apabila baju ini dipakaikan Zahra ketika berada dalam wad untuk lawan virus Covid-19 ini.

Maafkan ami sayang. Ami tak sempat nak belikan awak baju banyak-banyak dan cantik-cantik sebab ami tak sangka dunia jadi huru hara dek kerana virus ni lepas awak lahir.

Dari hadirnya Zahra dalam rahim ami sampai awak lahir ami bayangkan yang indah-indah saja. Tapi tak pe nakk .. Allah pilih Zahra dan mangsa-mangsa Covid lain untuk diuji, semoga baik-baik hikmah yang Allah beri selepas ni.

Zahra kena kuat, ami kuat, daddy pun kuat. Nanti kita kumpul semula macam selalu ye nak.

Kalau ada simptom cepat buat saringan

Menurut Azeila lagi, dari mana Zahra dapat virus ini biar mereka dan pihak KKM je tahu. Bagaimanapun dia menasihatkan orang ramai yang rasa ada simptom awal, segera buat ujian saringan untuk tindakan selanjutnya.

Diharapkan keluarga ini diberikan ketabahan untuk mengharungi ujian ini dan Zahra akan terus kuat dan bebas dari virus Covid.

Sumber : Nur Azeila Selamat

Published by
Wan Amy