Lumrah bagi kanak-kanak, suka sepahkan rumah dengan pelbagai mainan. Belum habis lagi dah bawa berbakul-bakul mainan lain pula untuk dituang depannya. Masa ni antara nak marah dan sabar sama banyak dalam diri ibu bapa.

Memang benar banyak pendapat yang nyatakan anak sepahkan rumah, bermakna dia sedang meneroka dan belajar sesuatu. Namun sebagai ibu bapa kita juga boleh mendidik dan meletakkan syarat tertentu pada anak supaya ada satu disiplin dalam diri anak.

Maksudnya anak tahu apa yang patut dilakukan dan ada rasa tanggungjawab dalam diri melakukan sesuatu perkara.

Apa yang dikongsikan oleh seorang bapa, Firdaus Shakirin dia setuju anak sepahkan rumah menunjukkan kita adalah ibu bapa hebat kerana beri kebebasan untuk anak meneroka masa kecilnya tapi bersyarat.

“Anak Sepahkan Rumah Tanda Anda Ibu Bapa Hebat”

I agree…but need to add a bit more words to that sentence…

Anak sepahkan rumah tanda anda ibu bapa hebat, dan anda akan nampak lebih hebat jika anak kemaskan apa yang dia sepahkan.

IKLAN

Tiada larangan dari saya jika anak-anak nak bermain…ada 3 bakul mainan untuk dia main dan sepahkan…but the moment they stop playing all the ‘mainans’, i said, what u all need to do?

Lumrah Anak Suka Sepahkan Rumah. Tapi Lagi Hebat Jika Kita Ajar Kemas Lepas Main

Kemas balik…!!!

Tak susah nak ajar sebenarnya, cuma mula-mula tu kena bertegas sikit dengan diaorang…saya dah pun dedicated bilik mainan, tapi diaorang main dari bilik sampai ruang tamu, bersepah, berterabur merata mainan sampai kita sendiri terpijak mainan diorang.. Tak sakit  tak apa, ini sakit kot…pastu wife kemas-kemas and letak balik kat tempat asal. Tak sampai 5 minit, diaorang pergi ambil dan sepahkan balik.

It’s ok…saya ambil satu plastik hitam, kutip semua mainan-mainan tu, masukkan dalam plastik, then letak kat tepi tong sampah.

IKLAN

“Abah buang ke mainan kami?”

Haa, abah nampak macam tak ada orang guna dah, jadi abah buang la…kurang la bersepah sikit rumah…abah tak suka sepah-sepah ni…kalau orang datang macam mana? Berapa kali dah abah pijak mainan-mainan tu.

“Tapi tu mainan kakak dengan abang.”

Mainan kena letak mana lepas main? Dalam bakul kan…akak, abang, adik letak mana? atas lantai? bawah sofa? kalau akak tak nak abah buang, kutip semua mainan-mainan tu, simpan balik setiap kali akak habis main dengan abang, dengan adik boleh?

IKLAN

“Abah nak balik dah, sekejap lagi abah sampai rumah, kemas cepat”

Berlari dan kalut diaorang kemas mainan-mainan yang disepahkan bila dengar ibu diaorang cakap abah nak balik dah sebab tak nak mainan-mainan diaorang kena buang.

Kena ajar, jangan biar…

Umah bersepah tanda anak itu bijak, tapi jika dia tahu untuk kemaskan, itu lebih bijak. Beban isteri untuk mengemas pun dapat dikurangkan dan kurang sikit la dengar isteri pot pet pot pet.

Sumber: Firdaus Shakirin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI