Alasan yang selalu diberikan oleh ibu bapa apabila memberikan anak puting tiruan sebab anak kuat menangis dan asyik nak mengempeng sepanjang masa. Ibaratnya puting ini sebagai penenang. Namun lama-kelamaan tabiat ini susah nak dihentikan apabila anak jadi makin suka dan susah nak tinggal.
Tertinggal puting, boleh jadi tak lena tidur, gelisah dan asyik meragam je. Sampai bila nak macam ni kan? Ada macam-macam petua yang dilakukan untuk bagi anak tak nak hisap puting. Cuma mana satu yang sesuai dengan anak kenalah cuba.
Pekongsian dari seorang bapa, Muhammad Zaini Jasni yang dilakukan untuk anaknya tinggal tabiat hisap puting boleh dicuba.
Disebabkan ramai nasihat, di usia 1 tahun 6 bulan, kalau tidak dari sekarang pisah kan dia dengan puting, akan datang bila umur meningkat lagi susah.
Pertama, kami hilangkan puting dari pandangan dia. Kaedah ni bertahan selama beberapa jam. Ketika mula bosan, dia mula mencari puting semula. Kami beritahu puting hilang, dia akan menangis dengan kuat. Gagal kali ini.
Kedua, isteri saya tumbuk halia halus halus. Kemudian puting tersebut dilumurkan dengan halia tersebut. Selepas digaul dengan sempurna, kami beri kan pada anak. Apa yang terjadi selepas itu, anak saya suka pula hisap dengan halia. Gagal lagi kali ini.
Ada cabaran yang kami perlu lalui seminggu yang pertama selepas anak tolak puting. Malam waktu tidur, dia akan menangis hendakkan puting. Tapi bila kami suakan puting yang berlumur kunyit, langsung dia tolak. Masa ni ibu bapa kena kuat. Memang kesian tengok anak, tapi kalau tidak buat dari sekarang, anak akan susah pisah dengan puting.
Akhirnya kini, kalau kami beri puting biasa, yang tidak dilumurkan dengan kunyit, dia tetap akan tolak. Terbukti kaedah ini berjaya untuk anak kami.
Sumber: Muhammad Zaini Jasni