Luth Syauqi, kanak-kanak 2 tahun termakan keropok bercampur racun tikus meninggal dunia. Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Memetik Harian Metro perkara itu disahkan ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawatnya di wad. Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi, kelmarin.
“Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.
“Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.
Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Rabu lalu, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama empat hari.
1.Muhammad Akil dan Muhammad Luth mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun terletak 50 meter dari rumah.
2. Nenek mangsa, Saadiah Yaacob, 62 berkata, beliau kemudian ternampak kedua-dua anak kecil itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.
3. Saadiah bagaimanapun keluar dan pergi ke kebun getah berhampiran meninggalkan dua beradik itu bersama ibu mereka.
4. Nenek itu kemudian ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah dan jirannya memberitahu dua cucunya dibawa ke klinik kerana muntah dan mulut berbuih.
“Cucu saya balik sambil bawa keropok di tangan dalam keadaan riang. Masa tu saya nampak mereka tak makan lagi sebab sampai rumah baru mereka buka. Mereka terus ke dalam bilik ibu mereka. Saya diberitahu, selepas makan, tiba-tiba kedua-dua mereka menggelupur sambil muntah dan mulut berbuih.” – Nenek
5. Datuk, Muhammad Nazar tidak menyangka perkara itu berlaku kerana kedua-dua cucunya memang rapat dengannya dan sering mengikutnya mencari lembu.
6. Dalam kejadian itu, beliau sudah menyuruh dua cucunya itu pulang ke rumah dan tidak menyangka mereka mengambil bungkusan makanan ringan itu bersama.
7. Muhammad Nazar berkata racun yang terdapat dalam makanan ringan itu berkemungkinan bukan racun tikus sebaliknya lebih kuat.
8. Sedih dengan kejadian yang menimpa dua cucunya itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang agar hal berkenaan tidak terjadi kepada orang lain.
9. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kejadian itu.
10. Katanya keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.
11. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.
12. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan.
13. Namun hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
14. Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
15. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
16. 10 Julai 2024, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, meninggal dunia pada jam 8.40 pagi.
17. 11 Julai 2024, pekebun serah diri di balai Polis. Dakwa keropok beracun diikat tinggi.
18. 12 Julai 2024, Luth Syauqi, 2 tahun meninggal dunia pada jam 1.24 petang.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel yang berkaitan: Dua Beradik Termakan Keropok Ada Racun Tikus Kritikal
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my