Kehamilan

“Maaf, Baju Abang Jadi Mangsa Time Preggy Ni”. Perut Makin Membesar Mawar Selesa Sarung Baju Suami

Share

Tatkala di hujung kehamilan & perut makin membesar. Pakaian yang longgar dan selesa menjadi pilihan kebanyakan ibu. Selalunya pakaian suami lah yang selalu jadi opsyen terbaik!

Mawar Rashid yang sedang sarat hamil memuat naik gambar di Instagram memakai baju T suaminya, Raf Yaakob. Katanya, baju berkenaan dibelikannya untuk si suami, namun dipakai sendiri olehnya.

Para peminat turut memberikan komen mengakui tentang kebenaran yang baju suami selesa dipakai masa mengandung. Lebih-lebih lagi bila menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Material pakaian lelaki yang kebanyakannya menggunakan kain kapas juga lebih mesra pada  kulit.

SELESA HABIS

BAJU SUAMI JADI MANGSA

AIK MACAM KENAL JE BAJU 

BAJU SENDIRI TAK MUAT

Sumber: mawarashid

Published by
Azma ML