Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi rasa kesalnya kerana tidak berada bersama anaknya ketika anak kecil itu diserang sawan pada Ahad lalu.
Menerusi Instagramnya, Ain berkongsi cerita kisah anaknya yang demam dan tiba-tiba diserang sawan sebaik dia pergi kerja.
Ain dikhabarkan ketika itu berada di set program Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu namun pulang sebaik mengetahui mengenai anaknya.
“Aku tengok video dia di CCTV. Sedih aku. Benda ini jadi betul-betul selepas aku pergi kerja. Dia menangis, aku tiba-tiba tak ada di rumah. Naik tinggi panas dia,” katanya berkongsi.
Tambah Ain lagi, hal semacam itu tidak pernah berlaku kepada anaknya sebelum ini dan itu membuatkan Ain tambah kesal.
“Soraya tak pernah sawan. Jadi, aku tak tahu bagaimana Amirul Hafiz (suami) boleh uruskan situasi ini.
“Minta maaf Soraya, mummy tak ada waktu ini,” tulisnya di Instagram Story.
Menurut perkongsian Ain, anaknya, Soraya demam dengan suhu yang tinggi sejak tiga hari lalu namun keadaannya baik-baik sahaja sebelum dia keluar bekerja.
Akui Ain, jantungnya seakan terhenti bila mendapat perkhabaran anaknya dimasukkan ke hospital dan diserang sawan disebabkan suhu badan yang tinggi. Dia bagaimanapun bersyukur anaknya kini dalam pemantauan doktor biar pun suhu badannya masih tinggi.
“Soraya dah demam tiga hari. Dalam jam 4 pagi, demam dia naik 40 darjah Celsius. Dah bagi ubat pun tak surut-surut. Tapi, dia macam penat sangat, jadi dia tidurlah. Aku pun tak nak kacau dia.
“Dalam jam 10.30 pagi, dia bangun tidur macam gembira dah. Hati aku pun tenanglah. Aku bersolek, pergi Melodi. Dah sampai ke set semua, dah latihan dengan Abang Bell Ngasri, semua dapat panggilan yang Soraya masuk hospital.
“Selepas itu, aku cuba hubungi Amirul balik. Dia beritahu, Soraya sawan. Gugur jantung aku. Dengan nak mulakan Melodi, Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku bagaimana.
“Alhamdulillah, Soraya okay. Demam dia tadi masih tinggi. Doakan dia sihat,” tulisnya.
Menarik: Its Another Hero”, Fahri Dah Ada Geng, Dayah Bakar Selamat Bersalin Anak Kedua!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!