“Maaf, Saya Tak Sokong Upload Video Saat Isteri Tengah Bersalin,” Itu Pendapat Faizal Ismail FBI

Share

Bekas penyampai radio dan juga pengacara terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI memuat naik status di Instagramnya menentang tindakan sesetengah pihak yang memuat naik video saat isteri tengah bersalin

Nampaknya semakin ramai yang merekod dan memuat naik video saat isteri tengahh bersalin melahirkan bayi di media sosial.

Wajarkah trend tersebut dilakukan oleh para suami atau isteri? Ramai netizen memberikan pendapat masing-masing berkenaan isu tersebut sama ada bersetuju atau tidak dengan perbuatan itu.

Pada pendapat FBI perbuatan tersebut sangat tidak wajar sama sekali di saat isteri sedang bersabung nyawa melahirkan zuriat. Ia adalah saat sangat peribadi dan tak patut ditunjukkan pada umum.

Bapa yang telah menyaksikan lima kelahiran anaknya ini juga berharap agar perkara ini tidak akan dicontohi oleh orang lain serta berpendapat mereka yang pakar dalam bab agama wajar memberikan pandangan dalam hal ini.

Nampaknya status FBI dipersetujui oleh ramai netizen yang rata-rata merasakan ia bukan cara yang betul untuk menghargai pengorbanan isteri dan saat meneran bayi adalah perkara paling peribadi untuk dipertontonkan kepada umum.

Semua orang bebas memberikan pendapat masing-masing, apa pun yang baik kita jadikan panduan, yang tak berapa elok tak perlulah dicontohi.

Sumber: Instagram faizalfbi76

 

 

Published by
Hasnita Sawal