“Kita perlu jadi kawan dengan anak-anak. Turunkan ego, cuba luangkan masa dengar apa anak nak bercerita..” Ini tip dikongsikan personaliti TV, radio, pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham.

Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah nombor 1. Tanpa adanya isteri dan anak-anak, kejayaan seorang lelaki tak akan bermakna. Berkongsi perasaannya sebagai daddy, Issey tidak menyangka rezekinya dapat menjaga tiga anak yatim yang kini menjadi anak tiri.

“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa.” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

“Ini adalah amanah Allah untuk saya. Saya tahu bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab ini. Tak dinafikan, awal-awal saya berkahwin dengan Aimi Jamel, anak-anak Aimi agak kekok dan malu-malu kerana mereka dah besar.

“Disebabkan itulah, saya cuba untuk cipta satu bonding dengan mereka iaitu selalu berkomunikasi dan ambil tahu perkembangan mereka setiap masa. Dari situ, sehari ke sehari hubungan kami makin baik dan kini masing-masing manja dengan saya,” kongsinya dalam Pa&Ma Gala 2022.

“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa.” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Tambah Issey, walaupun dalam sehari tidak dapat meluangkan masa yang lama dengan anak-anak dan isteri, seboleh upaya dia akan curi sekejap masa waktu malam sebelum semua lelapkan mata.

“Jika saya tiada shooting atau apa-apa program malam, saya akan pastikan Maghrib mesti dah ada di rumah. Waktu inilah dapat makan sekeluarga, tengok anak-anak buat kerja sekolah dan menonton TV bersama,” katanya.

Ads

“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa.” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Penerima Best Papa Millenial 2022 ini juga turut berkongsi tip rumah tangga, bilik tidur adalah tempat perbincangan utama bagi pasangan suami isteri. Sebagai pasangan biliklah tempat untuk berbincang apa saja tanpa anak-anak dengar.

“Saya anggap bilik tidur zon serius suami isteri. Jadi apa sahaja permasalahan perlu diselesaikan bersama. Jika baik komunikasinya, insyaAllah eloklah semuanya.

“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa.” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Ads

“Macam saya, walaupun seorang pelawak, tapi dengan Aimi tak boleh bergurau sembarangan. Dia seorang yang sensitif. Jadi kena tengok pada situasi juga. Tapi dengan anak-anak, elemen lawak menjadi keutamaan sebab ini yang boleh merapatkan hubungan kami,” ujarnya.

Bercerita mengenai perjuangan melihat isteri bersalin anak sulungnya, Faaeq Fathian, Issey menjelaskan jatuh air mata jantan tengok perjuangan isteri bersalin.

“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa.” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

“Waktu ini memang rasa sebak sangat. Baru tahu kuatnya seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya. Saat doktor suruh untuk memotong tali pusat bayi, tak disangka-sangka besarnya anugerah Allah untuk saya.

Ads

“Jadi saya dah janji dengan Aimi sesibuk mana pun, dalam doa sentiasa ada nama mereka. Daddy nak minta maaf kalau daddy tak sehebat arwah papa,” akhirinya.

 

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa.” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI