Niat nak gembirakan anak tapi tak sangka belon yang dibeli di pasar malam meletup hingga mengakibatkan anak melecur teruk di bahagian dada.
Melalui perkongsian seorang ibu Chacha Zulkiefliee di Facebooknya, dia berkongsi kisah memenuhi permintaan anak yang inginkan belon yang dijual di pasar malam.
Menurutnya, ketika pergi ke pasar malam ada peniaga yang menjual belon pelbagai karekter animasi pada harga RM5. Disebabkan mahu memenuhi permintaan anak, belikan untuk bagi anak main.
Sungguh tak sangka, pagi esoknya belon yang dibeli itu meletup secara tiba-tiba ketika anak bermain bersama sepupunya.
Kongsinya lagi, punca letupan dipercayai ada yang bermain pemetik api berdekatan belon tersebut dan anak saudara yang lain terselamat kecuali anaknya.
Selepas melecur anaknya telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis. Bagaimanapun kes anaknya tak dapat dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana penuh dan akhirnya terpaksa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sampai sekarang ibu ini masih lagi trauma mengenangkan nasib anak. Manakala anaknya juga sesekali menangis kesakitan.
“Lepas ini kalau kakak merengek nak beli lagi belon bergas ini ibu tak akan bagi lagi. Cukuplah kejadian ini jadi pengajaran dan sesekali tidak lagi akan membeli belon seperti itu,” katanya.
Perkongsian Chacha Zulkiefliee, mendapat pelbagai reaksi. Ada netizen mengatakan punca letupan bukan disebabkan gas helium sebaliknya belon tersebut diisi dengan gas hidrogen yang mudah terbakar.
Sumber: Chacha Zulkiefliee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI