Maafkan ibu..Siapa sangka hasrat seorang ibu hamil yang mahu membuang air besar bertukar tragedi yang menyayat hati apabil bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan dilahirkan tanpa sengaja di dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Sekinchan, Selangor (27 September).
Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Difahamkan, bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibu yang berusia 37 tahun dan lebih sedih bayi tersebut dipercayai terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan meninggal dunia.
Menurut Norazam, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi berkenaan.
“Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ibu bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)