“Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” kata Nur Shamimi yang juga ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid sambil mengusap jasad anaknya selepas ditemui lemas di lombong berdekatan taman perumahan.
Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.
Biasanya bermain di taman permainan
Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar.
Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru, Gopeng, Perak sambil ditemani adik beradik yang lain.
“Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.
“Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.
“Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja,” katanya.
Arwah anak istimewa
Katanya, anaknya yang mempunyai masalah autisme, hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap memang pantang jika pintu atau pagar tidak berkunci kerana akan berlari keluar rumah.
“Bila saya nampak pintu terbuka dan Fayyadh tiada di ruang tamu, saya cepat-cepat minta anak sulung berusia 7 tahun cari di taman permainan itu, tetapi dia tiada di situ.
“Kami mencarinya sehingga jam 4.30 pagi termasuklah di kawasan lombong itu, tetapi tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah pagi ini (Selasa) dimaklumkan anak saya sudah ditemui, tetapi dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya pilu.
Akan merindui keletah manja arwah
Nur Shamimi berkata, dirinya reda dengan pemergian arwah dan mengakui akan merindui keletah manja anaknya itu nanti.
“Memang dialah yang paling manja, bila nak tidur dia akan cari dan pegang kaki saya, baru dia akan tidur. Samalah keadaannya setiap kali bangun tidur, dia akan cari dan peluk saya dulu, baru buat benda lain,” katanya.
Jasad Muhammad Fayyadh yang dilaporkan hilang dari rumah sejak petang Isnin ditemui dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong milik persendirian oleh pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng pada jam 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim mengesahkan tiada tanda berlakunya unsur jenayah ketika pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kredit: Sinar Harian
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI