Rezeki anak adalah rahsia Allah. Kita berusaha namun jika belum sampai masanya, siapa kita untuk menidakkan takdirNya. Melalui perkongsian pelawak terkenal, Achey Bocey berkenaan keputusan rawatan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) yang dijalankan oleh isterinya cukup buatkan ramai yang sebak dan tersentuh hati melihat momen tersebut.
Menerusi instagram, Achey berkongsi rawatan IVF masih belum berjaya walaupun berat hatinya dan isteri menerima keputusan tersebut. Bagaimanapun dalam kesedihan Achey tetap menenangkan isterinya yang masih sedih dengan keputusan tersebut.
ARTIKEL MENARIK [“Kita Usaha, Rezeki Allah Tentukan.” Result IVF Negatif, Sebak Lihat Achey Peluk Anne]
Maafkan saya belum boleh bagi rezeki zuriat
Selepas perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya agar bangkit dan terus berusaha.
Disebabkan ramai yang prihatin dengan keadaannya, Anne sempat memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya dan semua yang terus mendoakan agar dia dan Achey menimang cahaya mata sendiri.
“Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak….bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak-banyak…
Jaga saya time sakit…Saya hargai sangat-sangat…..Maaf kan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat….InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya.
“Sabar ye kakak..doa minta Allah bagi rezeki adik”
Dalam pada itu, Anne turut berkongsi momen dia dipeluk anak tersayang, Tiara Zinnirah yang turut menangis melihat ibunya dalam keadaan sedih kerana rawatan IVF yang dijalankan belum berhasil.
Isteri kepada pelawak itu juga meminta anaknya, Tiara untuk bersabar kerana belum boleh menjadikannya kakak kerana tiada lagi rezeki untuk hamil.
Jangan putus asa, teruskan berdoa
Ramai yang melihat video tersebut memberi kata-kata semangat kepada Achey dan Anne dan faham pengorbanan untuk bergelar seorang ibu bukan mudah. Malah ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing yang senasib dengan Anne.
Moga dengan doa orang ramai, mana tahu satu hari nanti Allah beri nikmat kepada Anne dapat mengandung dan merasai momen menjadi seorang ibu. Yang penting jangan berputus asa dan sentiasa yakin Allah sebaik-baik perancang.
“Awak insan yang terpilih & hebat. Allah uji kerana dia tahu awak mampu hadapi & kuat. Jangan mengalah. Hadapi dengan tenang. Insyaallah rezeki Allah tak pernah salah alamat. Keep strong ya ❤️”
“Semoga Allah kurniakan rezeki pada awak sekeluarga ❤️ Semoga Allah mudahkan urusan awak dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.”
“Semoga Anne sayang dan acey terus fight…💪 Jangan putus asa OK.. Ada rezeki.. Ins Allah… ❤️❤️.. Semoga doa2 kami diangkat”
Untuk rekod, Achey dan isteri telah berkahwin sebelum pelawak itu terjun ke dunia hiburan lagi. Selepas lama berumah tangga dan belum memperolehi zuriat sendiri, mereka telah diberi rezeki oleh Allah S.W.T dengan mengambil seorang anak angkat perempuan yang kini berusia empat tahun.
Kredit: Instagram Anne_achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)