Orang kata ada anak kecil ni, kena sentiasa beringat sepanjang masa. Mata mesti selalu perhatikan dan pergerakan perlu cepat. Kalau terleka sikit kejap je boleh berlaku perkara yang tak dijangka.
Bagi pelakon Shakilla Khoriri dia cukup kesal apabila tidak dapat mengawasi anaknya, Ameena Sofia dengan baik sehingga menyebabkannya terjatuh dari sofa dan meninggalkan kesan lebam di dahi.
Shakilla akui tidak sanggup melihat anaknya jatuh sakit di atas kecuaiannya.
Melawat ibu baru bersalin antara tradisi masyarakat Malaysia. Seronok sebenarnya mengerumuni dan mencium bau wangi bayi baru lahir. Tetapi sebelum anda meneruskan tradisi tersebut bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:
1. Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2.Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?
3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana siibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan siibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Ramai tak tahu, “morning sickness” ataupun alahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan gigi mereka?
Hal ini dikongsikan oleh Dr Mohd Khairul Izwan, doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkongsi mengenai hal ini. Jom ikuti perkongsian beliau.
Morning sickness biasanya berlaku di peringkat awal kehamilan bagi kebanyakan wanita yang mengandung, menyebabkan mereka sering mengalami muntah-muntah.
Muntah ini turut mengandungi asid yang berasal daripada perut, dan boleh menghakis permukaan gigi dalam jangka waktu yang panjang.
Kesan daripada hakisan ini boleh menyebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis dan meningkatkan risiko untuk gigi menjadi ngilu dan mudah rosak.
Kita mungkin tidak dapat menghalang morning sickness ataupun perasaan untuk muntah tersebut daripada berlaku, tetapi kita boleh mencegah kerosakan gigi daripada terjadi.
Tips untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi ketika hamil adalah:
✅ Segera berkumur dengan air kosong sejurus selepas anda muntah. Ini penting untuk membilas sisa muntah serta asid perut yang melekat pada permukaan gigi agar hakisan gigi tidak berlaku.
✅ Elakkan daripada memberus gigi selepas anda muntah. Ini boleh menyebabkan hakisan gigi menjadi lebih teruk. Tunggu sekurang-kurangnya selama 30 minit selepas anda muntah atau selepas 30 minit selepas anda makan/minum sesuatu yang masam baru berus gigi ya
untuk mencegah hakisan gigi daripada berlaku.
✅ Berus gigi dengan teknik yang betul menggunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida penting untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat, seterusnya mencegah hakisan serta kerosakan gigi daripada mudah berlaku.
✅ Kawal pengambilan makanan manis dan tinggi gula walaupun anda mengidam. Jika anda banyak makan makanan yang manis, maka anda juga perlulah rajin memberus gigi anda ya.
✅ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan gigi paling baik dilakukan ketika di peringkat awal (3 bulan pertama) kehamilan, manakala rawatan pergigian pula paling disarankan untuk dibuat ketika trimester kedua (bulan ke-4 sehingga ke-6) kehamilan.
Sememangnya wanita yang mengandung berhadapan dengan pelbagai cabaran serta perubahan dari segi fizikal, emosi serta mental. Namun untuk memastikan perubahan-perubahan ini tidak memberikan kesan buruk terhadap kesihatan termasuk kesihatan gigi anda, maka anda haruslah sentiasa menjalani rutin serta gaya hidup yang sihat.
Dan sebagai seorang suami yang prihatin, sentiasalah memantau perkembangan isteri anda dan bawa mereka ke klinik pergigian untuk pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kesihatan gigi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Kesihatan gigi yang baik bukan sahaja penting untuk ibu mengandung, malah turut dapat mempengaruhi kesihatan bayi di dalam kandungan.
Semoga bermanfaat!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Banyak kelebihan susu segar. Susu segar mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid. Susu segar diperkaya dengan kalsium dan protein adalah sumber yang terbaik untuk menjaga kesihatan tulang.
Berkongsi tentang pilihan susu untuk seisi keluarga, Dr Syah Musafir ada cerita menarik di akaun facebooknya. Semoga memberi manfaat untuk semua ibu ayah dan ini perkongsiannya;
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ini… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula. Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu.
Jika di Australia dulu, 1 liter susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ini.
Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Elok ke beri anak-anak minum susu segar/UHT?
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan seperti mana susu formula. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah.
Khasiat?
Ya, berkhasiat. Semula jadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.