Orang kata ada anak kecil ni, kena sentiasa beringat sepanjang masa. Mata mesti selalu perhatikan dan pergerakan perlu cepat. Kalau terleka sikit kejap je boleh berlaku perkara yang tak dijangka.
Shakilla akui tidak sanggup melihat anaknya jatuh sakit di atas kecuaiannya.
“Arghhh rasa gagal betul bila anak sakit atau terjatuh macam ni,” katanya.
Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya anaknya.
Menerusi entri itu menunjukkan video anaknya tetap ceria walapun didakwa baru sahaja jatuh dari tempat yang tinggi.
Menceritakan apa yang berlaku, Shakilla memberitahu ketika dia meninggalkan anaknya sendiri, bayinya itu sedang tidur di atas sofa.
Namun malang tidak berbau kerana anaknya jatuh secara tiba-tiba disaat dia baru sahaja bangun meninggalkan Ameena tidak lama kemudian.
“Ameena tidur tinggal kejap atas sofa bersama benteng pertahanan yang sangat kukuh dibawah tapi malang tak berbau. Jatuh tersungkur juga.
“Yang budak ni sesaat Umi hilang serta merta bangun,” ceritanya lagi.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata pada 14 Mac 2019.
Sumber: Ig Ameena Sofia & Gempak