Setiap ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Tapi tiada apa yang sempurna di dunia ini, adakalanya tidak dapat menyediakan seperti yang dirancang, ibu rasa akan kecewa.
Datuk Dr Norhafizah Musa berkongsi kerinduannya semasa anak-anaknya masih kecil. Tidak dinafikan ada rasa bersalah dalam diri tidak dapat memberikan yang terbaik buat anak-anak dulu.
Beliau tidak terus berputus asa. Dalam berusaha, dia juga mendoakan anak-anak. Ustazah Norhafizah turut berkongsi doa yang selalu diamalkan olehnya supaya anak-anaknya diberikan kecemerlangan dan kebaikan.
Ads
ustazahnorhafizahmusa Rindu kan zaman anak2 masih kecil dulu…maafkan umi kalau tidak dapat buat yg terbaik dulu…umi selalu doa begini pd Allah bila nak minta Allah beri kecemerlangan dan segala kebaikan pd anak2…
DOA IBU UNTUK KECEMERLANGAN & KEBAIKAN ANAK
“Ya Allah…mungkin anakku itu tidak mendapat ibu yg terbaik…kerna ibunya ini adakalanya lalai dan banyak dosa….tapi anakku adalah hambaMU…
Ads
dia ada Allah Yg Maha Baik…Maha Terbaik..Maha Sempurna…maka hamba memohon dgn segala kesempurnaanMU agar kurniakanlah segala yg terbaik pd anak2 ku...
Mesti ramai isteri yang berfikir, dulu masa bercinta banyak dapat bungalah, hadiahlah, dah kahwin jangan kata bunga coklat pun kena beli sendiri.
Tahukah suami sekalian, kaum hawa ni sangat suka di hargai. Sejambak bunga boleh mengukir senyuman paling manis si dia.
Suami, tak romantik boleh belajar jadi romantik, kita bukan kaya nak buat suprise bagi rantai emas, book satu panggung tengok movie dengan si dia. Sejambak bunga ni pun dah boleh buat si dia berbahagia.
Kenapa masa bercinta boleh romantik? Kenapa tidak selepas terlafaznya akad pada pasangan. Jangan bagi alasan kekangan kerja dan budget kehidupan tinggi selepas kahwin.
Dulu masa bercinta sanggup berlapar nak bagi suprise kat si dia. Sanggup makan mi segera semata-mata nak himpun duit nak beli bunga nak bawa keluar tengok wayang. Demi nak tunjukan tahap tinggi sayangnya kita pada pasangan.
Setelah dimiliki habis segala romantis zaman bercinta, maka bermulalah drama suami di depan isteri dan anak di belakang.
Suami tak susah pun nak romantik ni, 1st kena ingat tarikh penting dalam hidup dengan pasangan. Tarikh anniversary, tarikh first kenal, tarikh hari lahir, tarikh dapat anak dan semua tarikh-tarikh yang penting sila ingat.
Bila dah ingat, set reminder, apa guna handphone canggih tapi tak gunakan kemudahan yang ada. Jadi orang pertama yang wish. Bagilah bunga ke, coklat ke, tudung neelofar ke, sebab wanita ni bagilah apa pun dia akan hargai.
Tak bagi pun ciumlah isteri tu, peluk dan ” say i love u sayang ” confirm cair hati mereka. Terasa diri sangat dihargai. Suami kenalah belajar, jangan keras sampai ke tua, nanti menyesal.
Rasullullah saw pun sangat romantik dengan isteri baginda. Kita ni layan isteri sebaik baik layanan dapat pahala. Benda boleh dapat pahala free kenapa tak nak buat kan?
Tak Susah Pun Suami Nak Romantik. Ingat Tarikh Penting Pasangan Cukup. Berbunga Dah Hati Isteri
Jom kita ubah sikap kita, jadilah sedikit romantik untuk merealisasikan impian rumah tangga yang bahagia.
Di pilih menjadi Ahli Parlimen Muar selepas PRU-14, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini makin dikenali dari pelbagai lapisan masyarakat. Berikutan kehebatannya berhujah sekaligus hebat dalam berpolitik kini dia juga dianggap ikon belia kerana keintelektualan dalam bidang akademik.
Menarik mengenai Syed Saddiq ini, setiap apa yang dilakukannya mesti akan mendapat restu ibu bapanya. Anak bongsu dari 4 beradik ini juga turut menyatakan tanpa ibu tak mungkin dia mampu meraih kejayaan hari ini.
Dia juga cukup mengagumi ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz kerana telah banyak berkorban dan memahami minatnya.
Dunia kanak-kanak saya banyak cabaran dan dugaan. Bukan kepada saya, tapi ibu saya. Lagi-lagi sebagai anak cikgu, semua gelagat nakal saya akan menarik perhatian yang tidak enak.
Tanpa ibu saya, mungkin saya hanyut penuh khayalan. Tanpa ibu saya, sukar untuk saya kembali bangun dan terus berjuang. Tanpa ibu saya, saya tiada apa-apa.
Wonderwoman saya, ibu saya.
Kadang-kala, saya terlepas pandang penat lelah ibu menjaga saya. Mujur Tuhan masih berikan masa saya membalas budi wanita istimewa ini.
Saya percaya ramai wanita di luar sana juga adalah superhero. Menabur bakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Tanpa kenal erti putus asa.
Mama & Abuyah Merestui Perjuangan
Sementara itu, menurut kedua ibu bapa Syed Saddiq semasa ditemuramah Sinar Harian, sebagai ibu bapa, kami akan mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak boleh paksa dia, kami juga memahami dia yang sentiasa berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.
Sebenarnya sejak kecil Syed Saddiq dah mempunyai semangat patriotik yang tinggi, malah dia sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.
Dia juga seorang yang sangat berdikari sejak kecil sehinggalah kemasukan dia ke Maktab Tentera Diraja diuruskan sendiri olehnya tanpa pengetahuan kami sehingga dia memberitahu kami dia diterima masuk.
Bermula dari situlah sikap kepimpinannya mula menonjol malah dia sangat berfikiran terbuka dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai bangsa tanpa rasa prejudis.
Sokongan dan kepercayaan keluarga amat penting, walau apa pun yang dia lakukan kami sentiasa ingatkan dia agar menjaga solat dan mendoakan yang terbaik untuknya setiap hari.
Sumber: Instagram Syed Saddiq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab awak sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan awak.
Antara isteri, mak dan ayah – Nafkah mana yang patut didahulukan?
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).
Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.