“Maafkan Umi Tak Dapat Buat Terbaik…”Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Diamalkan Masa Anak Kecil

Share

Setiap ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak. Tapi tiada apa yang sempurna di dunia ini, adakalanya tidak dapat menyediakan seperti yang dirancang, ibu rasa akan kecewa.

Datuk Dr Norhafizah Musa berkongsi kerinduannya semasa anak-anaknya masih kecil. Tidak dinafikan ada rasa bersalah dalam diri tidak dapat memberikan yang terbaik buat anak-anak dulu.

Beliau tidak terus berputus asa. Dalam berusaha, dia juga mendoakan anak-anak. Ustazah Norhafizah turut berkongsi doa yang selalu diamalkan olehnya supaya anak-anaknya diberikan kecemerlangan dan kebaikan.

ustazahnorhafizahmusa Rindu kan zaman anak2 masih kecil dulu…maafkan umi kalau tidak dapat buat yg terbaik dulu…umi selalu doa begini pd Allah bila nak minta Allah beri kecemerlangan dan segala kebaikan pd anak2…

DOA IBU UNTUK KECEMERLANGAN & KEBAIKAN ANAK

“Ya Allah…mungkin anakku itu tidak mendapat ibu yg terbaik…kerna ibunya ini adakalanya lalai dan banyak dosa….tapi anakku adalah hambaMU…

dia ada Allah Yg Maha Baik…Maha Terbaik..Maha Sempurna…maka hamba memohon dgn segala kesempurnaanMU agar kurniakanlah segala yg terbaik pd anak2 ku...

Sumber: ustazahnorhafizahmusa 

Published by
Azma ML