Sebagai penghuni pertama rahim ibu, kehadirannya dinantikan oleh ibu dan ayah. Anak pertama adalah segalanya buat mereka yang baru bergelar ibu dan ayah.

Semua ibu dan ayah akan menjaga anak pertama bagai menatang minyak yang penuh, dijaga dan diberi segala yang terbaik.

Tetapi biasanya bila dapat anak kedua, ibu dan ayah automatik anggap anak pertama sudah besar dan boleh berdikari walaupun kadangkala usia belum pun masuk 2 tahun.

Perkongsian dari Hafizah Nordin, ibu kepada tiga orang anak yang bercerita berdasarkan pengalamannya sendiri diharap membuka hati semua ibu ayah untuk lebih memahami perasaan anak pertama.

“Maafkan Ummi, Penghuni Pertama Rahimku. Ummi Terlupa Kamu Masih Anak Kecil…”

PENGHUNI PERTAMA RAHIM KU. Semua bakal merasakan perasaan yang sama. Tak sabar. Excited. Teruja. Yang paling istimewa, kerana “dia”, kita bakal bergelar ibu dan ayah pertama kalinya.

Walaupun kecik-kecik dah pernah main pondok-pondok. Ko jadi mak, ko jadi bapak. Kawan sorang lagi jadi anak. Pakai la kasut tinggi konon-konon mak.

PENGHUNI PERTAMA RAHIM KU, pertama kali tahu ummi mengandung, perasaannya tak tahu nak digambarkan macam mana.

Allah je yang tahu. Sepanjang tempoh mengandung tu setiap kesakitan, kesusahan semuanya ummi tempuhi dengah kuat bersama abi mu. Setiap saat ummi doa supaya anak ini dilahirkan mudah, sihat dan sempurna.

9 APRIL 2014 8:29 malam pertama kali dengar tangisannya, ummi membayangkan dia ketika dewasa yang sedang membaca ayat-ayat suci al-quran

IKLAN

Semuanya Allah aturkan dengan sempurna. ANIS HUMAIRAH nama yang diamanahkan membawa maksud teman mesra dan setia, yang peramah dalam pergaulan. Dengan harapan Anis akan jadi seorang insan yang baik akhlak dan budi pekerti.

BERGELAR KAKAK DI USIA MASIH KECIL

“Maafkan Ummi, Penghuni Pertama Rahimku. Ummi Terlupa Kamu Masih Anak Kecil…”

Diusia mu 9 bulan ummi disahkan mengandung lagi. Dalam hati fikir 1 je mesti Anis seronok bila ada adik nanti. Mesti dia seronok ada kawan bermain. Mesti die happy dengan adanya adik ni. 

Usianya genap 1 tahun 6 bulan bermula episod Anis sebagai seorang kakak. Bila Anis menangis mahukan perhatian, ummi suruh diam dan cuba beralah dengan adik. 

Disuruh kawal emosi sendiri. Disuruh selesaikan masalah sendiri. Malah dipaksa faham situasi ummi sedangkan masa tu dia hanya anak kecil yang mungkin hanya mahukan senyuman ummi untuk dia merasa gembira dan ceriakan hatinya semula. Tapi ummi masih mahu dia cuba tenangkan hati sendiri.

ANIS ANAK YANG BAIK SAMPAI ADA ADIK KEDUA 

“Maafkan Ummi, Penghuni Pertama Rahimku. Ummi Terlupa Kamu Masih Anak Kecil…”

IKLAN

Ummi makin terlupa yang Anis masih anak kecil. Ummi selalu suruh Anis sabar sedangkan ummi sendiri tak sabar dan selalu minta Anis faham kesibukan ummi.

Satu hari Allah nak tunjuk pada ummi. Kesalahan ummi. Sedangkan Allah bagi ummi nikmat untuk jaga sendiri anak-anak tapi ummi lalai.

Masa tu ummi terlupa anak-anak belum makan tapi ummi tertidur masa tidurkan adik Umar. Bila terjaga dan dengar bunyi tin biskut terjatuh di lantai dan bangun tengok bersepah Anis dan Aina tengah makan biskut. 

Kepala dah mula nak marah tapi tiba-tiba ummi tengok jam dan terkejut sebab tak sediakan makanan lagi untuk anak-anak. 

ANIS TAK KEJUTKAN UMMI, ANIS TAK KACAU UMMI BEREHAT TIDURKAN BABY, tapi Anis cuba cari makanan sendiri untuk Anis dan untuk Aina jugak.

Ya Allah berdosanya Ummi. Maafkan ummi sayang. Menangis ummi sampai bila-bila ummi tak kan lupa saat itu.

IKLAN

Ummi tak pernah memahami kesunyian Anis bila ummi sibuk dengan kerja-kerja dunia. Ummi tak ambil peduli tentang kesedihan Anis bila ummi lebihkan adik-adik. Ummi tak ambil berat bila Anis cerita apa Anis buat di tadika. 

TAPI ANIS YANG TERPALING HEBAT

Seteruk mana ummi buat pada Anis tapi sekelip mata Anis mudah maafkan ummi. Sekelip mata Anis boleh tersenyum dan lupakan kesedihan Anis pada ummi. Anis tak jemu-jemu bercerita dan meluahkan cinta walaupun kadang-kadang cinta itu tak terbalas oleh ummi.

Selalu ummi abi rasa kami dah beri yang terbaik untuk Anis. Tapi hakikatnya Anislah yang banyak bekorban untuk ummi abi dan adik-adik. Terlalu banyak hutang kasih sayang ummi dengan Anis. Maafkan ummi yang selalu terlupa untuk mencium dan memelukmu di saat Anis kesunyian dan kesedihan. 

Ummi berharap satu hari nanti jika Anis membaca tulisan ini. Ummi nak Anis tahu kasih sayang dari ummi dan abi tak pernah beza untuk semua anak-anak.

Anislah cinta hati ummi abi. Harapan ummi, Anis menjadi anak yang solehah, menjaga akhlak dan kehormatan diri, menjaga aurat dengan sempurna dan jadilah tauladan yang baik kepada adik-adik.

Jadikan Saidatina Khadijah r.a. atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah. Jadikan al-Quran sebagai sahabat dunia dan akhirat.

Untuk Anis dan semua anak sulung di seluruh dunia, semoga Allah merahmatimu, membalas jasa pengorbanan dan kasih sayangmu kepada adik-adik. 

Selamat hari lahir ke-4 buat sayangku Anis Humairah bt Muhammad Zahin.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI