Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Sayu di mahkamah: Zara Qairina menangis selepas jumpa senior, pakar sahkan tulisan tangan arwah. Perkembangan terbaru inkues kematian tragis remaja berusia 13 tahun ini sekali lagi mengundang rasa sebak dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti kes dari awal.
Menurut laporan Harian Metro , dalam prosiding di Mahkamah Kota Kinabalu, peguam keluarga, Shahlan Jufri, memaklumkan bahawa beberapa pakar tulisan tangan bebas telah dipanggil bagi menganalisis bahan milik arwah seperti buku nota, diari dan dokumen peribadi.
Seorang pakar dari Jabatan Kimia, Nurul Atiqah, memberitahu mahkamah bahawa tulisan pada 21 bahan bukti menunjukkan persamaan jelas dengan tulisan Zara Qairina, berdasarkan buku teks dan buku latihan miliknya. Pengesahan ini penting agar sebarang analisis psikologi terhadap tulisan arwah dibuat daripada dokumen yang benar-benar sahih.
Lebih memilukan, seorang saksi kanak-kanak kedua tampil memberi keterangan dalam prosiding ke-12. Menurutnya, Zara pernah dipanggil oleh pelajar senior dan selepas pertemuan itu, arwah dilihat menangis di asrama.
Keterangan ini menimbulkan persoalan tentang interaksi sosial di sekolah berasrama, terutama melibatkan hubungan antara pelajar senior dan junior. Difahamkan, saksi berkenaan dijadualkan menyambung keterangan pada hari ini.
Kisah ini membuka mata kita tentang betapa pentingnya untuk peka dengan keadaan emosi anak-anak. Tangisan, perubahan sikap, enggan berkongsi cerita atau sering mengadu sakit boleh menjadi tanda bahawa mereka sedang melalui tekanan di sekolah.
Guru pula berperanan besar untuk memantau hubungan antara pelajar agar tiada unsur buli, ejekan atau tekanan yang boleh mengganggu kesejahteraan emosi murid. Anak-anak remaja masih berada dalam fasa rapuh dan mudah terkesan dengan layanan rakan sekeliling.
Inkues ini bukan sahaja proses undang-undang, tetapi juga peringatan buat kita semua bahawa anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Semoga roh arwah Zara Qairina dicucuri rahmat, dan semoga kisahnya menjadi pengajaran untuk kita lebih prihatin terhadap kesejahteraan emosi anak-anak di rumah mahupun di sekolah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal, Hairul Azreen mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen menarik bersama anak-anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah di sebuah taman tema. Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, kelihatan mereka mencuba aktiviti lasak dikenali sebagai Atan’s Leap, yang memerlukan peserta untuk melompat dari satu ketinggian yang agak mencabar.
Apa yang mencuit hati adalah gelagat Alisa yang kelihatan gugup dan takut untuk melompat. Namun, Hairul tampil memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada anak perempuannya itu. Tidak cukup dengan kata semangat, Hairul turut menjanjikan ‘ganjaran lumayan’ berupa Nintendo Switch 2 jika Alisa berjaya melompat.
“Come on Alisa, ingat jangan fikir. Jalan je dan lompat.” “Tak apa jangan fikir okay… kalau Alisa turun bawah, Daddy belikan Nintendo Switch 2. Daddy janji. Fikir pasal Nintendo sahaja.” – kata Hairul kepada Alisa yang berdiri di pelantar tinggi.
Meskipun hampir menitiskan air mata, Alisa akhirnya berjaya mengumpulkan keberanian dan terjun ke bawah, lalu dipeluk mesra oleh abangnya, Yusof Iskandar yang menanti di bawah.
Video tersebut bukan sahaja menyentuh hati, malah mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang rata-ratanya tergoda dengan ‘ganjaran’ yang dijanjikan Hairul.
Antara komen menarik daripada netizen,
“Dengan bangganya gua cek harga Nintendo Switch 2, padahal duit gua baru ada seratus.”
“Nak juga Nintendo Switch 2, saya confirm boleh lompat bang 😇”
“Nintendo Switch 2 punya pasal, 2x pun saya terjun haha”
“Ada lagi nak bagi Nintendo Switch 2 tak? Saya berani ni 🤣🤣”
Rata-rata komen menunjukkan betapa ‘berharganya’ Nintendo Switch 2 di mata netizen hingga ramai yang berseloroh sanggup melompat atau terjun jika dijanjikan ganjaran serupa.
Momen manis dan penuh kasih sayang ini bukan sahaja menunjukkan keakraban hubungan antara Hairul dan anak-anaknya, malah turut menghiburkan netizen dengan cara beliau memotivasikan anak dalam situasi mencabar. Tak dinafikan, Nintendo Switch 2 kini menjadi simbol motivasi baru bukan hanya untuk anak-anak, tapi juga netizen dewasa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Maafkan saya cikgu, saya pakai selipar kerana kasut saya hilang dibawa arus banjir,” luah Nasrin Mukmin Nasir kepada salah seorang guru yang menanti di hadapan pagar sekolah.
Nasrin adalah salah seorang murid yang tetap bersemangat untuk hadir ke Sekolah kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang, Kelantan walaupun hanya berselipar sahaja, selepas kasutnya hilang kerana hanyut dibawa banjir, baru-baru ini.
Risau dimarahi guru
Dia yang pada awalnya dilihat dalam kerisauan akhirnya tersenyum gembira apabila guru bertugas tidak memarahi sebaliknya terus memberi semangat dan mengucapkan syabas kerana tetap hadir walaupun baru sahaja ditimpa musibah.
“Saya sudah tiada kasut lain untuk dipakai, selain tidak mahu menyusahkan ibu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya cekalkan hati untuk datang juga ke sekolah dengan berselipar getah sahaja.
“Abah saya hanya mengambil upah sebagai buruh dan ibu pula tidak bekerja, sudah pasti mereka sukar untuk mencari wang memandangkan kediaman kami juga teruk ditenggelami banjir.
“Sejujurnya, saya cemburu melihat rakan lain mampu ke sekolah hari ini dengan lengkap berkasut baharu, tetapi saya cekalkan hati kerana mengingatkan pesan ibu untuk terus belajar walau dalam keadaan apa sekali pun,” katanya ketika ditemui di SK Gual To’Deh pada hari pertama persekolahan.
Kasut tak hilang, tapi penuh lumpur
Sementara itu, bagi Mohd Anas Ashraf, 9, dia tidak malu untuk datang ke sekolah dengan berselipar getah kerana teruja untuk berjumpa rakan-rakan dan memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas bersama guru.
“Kasut saya ada, tidak hilang dibawa arus banjir tetapi disaluti lumpur yang teruk. Ibu saya dah cuba mencucinya berkali-kali namun lumpur tetap tidak hilang jadi ia perlu dibeli baru.
“Saya datang dahulu ke sekolah dengan berselipar hari ini, kerana ibu dan ayah berjanji untuk membelinya dalam masa terdekat selepas mereka boleh kembali bekerja.
“Sebenarnya saya takut juga dimarahi guru kerana tidak berpakaian lengkap, namun berasa lega kerana cikgu membenarkan kerana faham akan situasi kami yang menjadi mangsa banjir,” katanya.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!