Macam Anak Korea! Dah 10 Bulan Anak Izara Aishah, Ramai Geram Tengoknya Senyum

Share

Pejam celik pejam celik, dah 10 bulan buah hati Izara Aishah dan Adib Khalid. Puteri sulung yang diberi nama Irisa Alaia ini nampaknya semakin lincah dan pandai buat mimik muka tiap kali depan kamera.

Bukan itu saja, kecomelan Irisa Alaia yang bermata sepet dan berkulit putih mulus ini buatkan ramai peminat ibunya geram melihat keletahnya yang comel.

Melalui perkongsian di instagram Izara Aishah, bergelar seorang ibu benar-benar buatkan dirinya rasa lengkap. Boleh dikatakan setiap aksi anak perempuannya dijadikan momen dan dikongsi bersama peminat.

Mudah tersenyum

Apa yang membuatkan ramai geram dengan aksi comel Irisa Alaia adalah dia suka tersenyum. Tak kisah bangun dari tidur atau bermain sekalipun, senyuman tak lekang dibibirnya.

Makin besar, ramai yang cakap wajah Irisa Alaia seperti anak Korea dengan rambutnya yang hitam dan ikal. Siapa tak cair tengok wajah comel cucu Datuk Seri Siti Nurhaliza ni kan?

Tidak seperti anak selebriti yang lain, setiap perkembangan Irisa Alaia ini hanya boleh dilihat di instagram Izara Aishah.

Semua gambar anak dalam telefon

Akui Izara lagi, sejak mempunyai anak, gambar-gambar sendiri dah tak kisah, melainkan gambar Irisa Alaia saja dalam telefon bimbitnya.

Betullah orang kata penangan bila jadi seorang ibu. Rasa puas hati dapat tengok wajah dan aksi comel anak tiap kali buka galeri gambar.

Sebelum ini, Izara Aishah dan Adib berkahwin pada 17 November 2017 sebelum dikurniakan Irisa Alaia pada 15 April 2020.

Kredit: Ig Izara Aishah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy