Diam tak diam, anak kedua Fasha Sandha, Puteri Raysha Jemyma kini sudah pun berusia lapan tahun. Malah anak kecil yang semakin cantik persis ibunya ini kini sudah mula menunjukkan minat untuk berlakon.
Menurut perkongsian Fasha di Instaramnya, anak keduanya itu sudah mula minat berlakon malah turut beraksi untuk persembahan di sekolahnya.
Melihat kehebatannya ibunya beraksi di pentas lakonan seakan menjadi idola buat Jemyma.
Pun begitu bakat anak kecil itu kata Fasha hanya dikembangkan untuk projek sekolah kerana tidak mendapat keizinan dari suaminya, Aidil Aziz yang digelar Dada oleh anak-anak.
“My 8 year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon. Unfortunately, dada tak izinkan jadi pelakon tv/ filem.
“Jemyma and Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang,” kongsi Fasha.
Ads
Biarpun begitu, akui Fasha dia teramat berbangga dengan bakat lakonan cemerlang anaknya itu.
“Good job Jemyma! Ibu Dada and Ayah proud of you,” kongsi Fasha.
Melalui video yang dikongsikan Fasha jelas Jemyma sememangnya cukup berbakat dalam dunia lakonan malah cukup berani untuk tampil di pentas dengan gaya tersendirinya.
Terdahulu, Fasha Sandha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Ads
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, dan Puteri Raysha Jemyma.
Kalau dulu anak lima, tidak berapa lama lagi, pasangan usahawan, Datin Seri Shahida dan suaminya, Datuk Seri Alif Syukri bakal menimang cahaya mata keenamnya tidak lama lagi.
Bakal bersalin sedikit masa lagi, ibu cantik jelita ini menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami ke Seoul dan Pulau Jeju, Korea.
Menerusi Instagramnya, DS Shahida turut memuat naik beberapa video momen bersama suami dan lima anaknya yang kini berada di Korea.
Walau dalam sarat kata DS Shahida, dia mahu menikmati percutian bersama anak-anak sepuas-puasnya sebelum cuti bersalin dan berpantang.
“Sebelum keluar yang ke 6 ni kita enjoy lah dulu.
“Hari ni saya sekeluarga ke Jeju island pula, banyak tempat tempat dengan permandangan yang sangat cantik ditambah pula dengan cuaca sejuk sampai ke tulang.
“Semoga urusan kelahiran yang nombor 6 ni dipermudahkan lah. Lepas ni angkut berenam pulak lah,” katanya berkongsi.
Malah akuinya lagi, tidak mudah mengendalikan lima anak dengan pelbagai ragam sepanjang bercuti. Masing-masing menduga keimanan namun rasa kasih pastinya bercambah bahagia bila terbang jauh bersama anak-anak.
“Bukan senang nak uruskan anak ramai ni kalau nak berjalan jauh.
“Betul betul menguji kesabaran dengan perangai sorang sorang yang menduga,” katanya lagi berkongsi.
Sepanjang bercuti ke Pulau Jeju, DS Shahida yang bakal bersalin tidak lama lagi dilihat cukup kuat membawa perutnya yang sarat.
Malah ketika meninjau pasar-pasar di sekitar Pulau Jeju serta lokasi menarik di sekitar Jeju, ibu cantik manis ini cukup bertenaga dan bersemangat berjalan bersama anak-anaknya sambil merakam detik-detik indah ketika musim sejuk.
Semoga urusan kelahiran dipermudahkan hingga detik bersalin kelak.
Bergelar ibu pada usia yang terlalu muda iaitu pada usia 21 tahun tidak pernah membuatkan pelakon cantik manis, Eyra Hazali merasa payah dalam membesarkan dua anaknya.
Melewati Instagram ibu kepada dua anak ini, jarang-jarang sekali mendengar Eyra bertegas dengan anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish. Semuanya penuh kelembutan dalam membesarkan dua anaknya.
Berkongsi cerita menerusi Live Pa&Ma, Eyra yang dipilih sebagai penerima Anugerah Best Mama Mellenial 2022 mengakui kepayahan bergelar ibu kepada dua anak namun mengakui atas dasar itulah dia sentiasa belajar banyak perkara demi dua anaknya.
Apa sahaja perkembangan dua anaknya saban hari membuatkan Eyra terus mempelajari ilmu baru agar lebih mengetahui perkembangan anaknya.
“Sebenarnya nak menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukan satu yang mudah untuk saya sebab saya pun masih muda. Tapi ada anak-anak ni beri saya cabaran, setiap hari ada sahaja ilmu baru.
“Setiap kali Hayder atau Endra ada perkembangan baru, Eyra cepat-cepat buat research. Jadi Eyra tak panic atau gabra. Insyallah dengan cara ini semuanya boleh berjalan dengan lancar,” kongsi Eyra lagi.
Ditanya cabaran menjadi ibu pada usia yang cukup muda, akui Eyra dia bersyukur kerana pengalamannya ketika remaja menjaga anak-anak sepupunya banyak mengajarnya serba sikit ilmu keibubapaan.
“Sebenarnya dari kecil lagi, cousin dan kawan kakak suka hantar anak dekat rumah jadi dari situlah Eyra banyak belajar. Macam mana nak tukar pampers, nak bagi susu, nak bagi makan. Dari situlah Eyra banyak belajar walaupun time tu baru sekolah menengah.
“Bila dengan anak ni kita kena cepat sebab kita jaga anak dari hari pertama lagi kan. Bila anak menangis nak susu kita bagi susu, nak tukar pampers kita tukarkan cepat-cepat. Nak tak nak kena keep up dan kena banyak buat research dan familylah yang selalu beri Eyra tunjuk ajar,” luah Eyra lagi.
Biarpun mencabar namun Eyra dilihat sebagai ibu yang cukup positif dalam segala hal. Baginya bukan satu kepayahan bahkan semuanya ilmu baru buat dirinya.
Jarak usia anak rapat
Namun kata Eyra, dia mengakui agak mencabar ditambah pula dengan usia dua anaknya yang rapat. Pun begitu dia bersyukur adanya suami yang begitu memahami yang sentiasa membantu.
“Sebenarnya nervous juga bila ada dua orang anak ni. Lebih-lebih lagi sebab jarak umur yang dekat. Jujurnya saya masih lagi belajar dengan dua anak. Tapi peranan suami tu penting sebab bila kita nak buat sorang memang tak terkejar, sebab nak me time tu memang tak sempat, nak mandi pun tak sempat.
“Bila suami cuti barulah saya ambil masa untuk nak ke mana-mana sekejap, me time untuk diri saya. Bagi Eyra, bantuan suami tu memang penting,” kongsi Eyra lagi.
Hayder abang yang penyayang
Bukan mudah memujuk anak sulungnya, Hayder menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Namun Eyra punya caranya yang tersendiri.
“Sebenarnya Hayder sangat penyayang. Dia cukup suka budak. Dari masa mengandung, awal-awal lagi memang dah bagitau ada adik dalam perut walaupun dia tak berapa faham.
“Mula-mula jumpa adik dia terkejut, dia tak nak pegang pun. Jadi saya tunjuk dekat dia dan beritahu inilah adik dalam perut mama.
“Hari-hari minta dia cium adik, sayang adik. Mungkin sebab hari-hari dia tengok ada adik, dia dah tahu kehadiran adik dia as family member, lama-lama dia dah boleh terima walaupun kadang-kadang tak dinafikan ada masa dia cemburu.
“Now dia dah tak ada rasa cemburu pun, dia dah tahap sayang dengan adik dia sampaikan kadang-kadang kita nak pegang pun dia tak bagi. So dari situ Eyra ajar dia untuk sayang adik macam mana dan alhamdulillah dia dah tak cemburu. Apapun saya tetap luangkan masa untuk Hayder.
“Orang kata dalam pantang kena rehat kan, tapi bila baby tidurlah saya luang masa untuk Hayder. Memang bila ada anak dua nak rehat tu susah sikit,” jelas Eyra lagi yang gembira melihat perkembangan anak sulungnya kini.
Bertegas dengan anak, kata Eyra dia meletakkan tanggungjawab itu kepada suaminya yang lebih bertegas dengan anaknya dan dia pun lebih senang memanjakan anak. Biar ada kontra. Begitu kongsi Eyra.
Demi mendapatkan pendidikan dan persekitaran yang terbaik buat anaknya, Muhammad Bilal, pengacara dan usahawan, Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab.
Lebih kuat lagi kata Neelofa menerusi perkongsiannya menerusi program Nona semalam, hasrat itu dibuat kerana mahu mengikuti suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang mahu menyambung pelajaran di sana kelak.
Menurut kata Neelofa dalam satu laporan akhbar, dia dan suami amat mengimpikan untuk berhijrah ke tanah Arab demi memperbanyakkan ilmu serta mendedahkan Bilal dengan persekitaran, selaras perkembangannya untuk membesar kelak.
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.
“Dalam masa yang sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana.
“Dalam masa yang sama, saya sendiri boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab di sana,” kongsinya lagi.
Malah menurut kata isteri kesayangan Haris ini lagi, dia sendiri mahu mendalami al-Quran sebaiknya dan berharap ianya dapat dijadikan bekalan saham akkhiratnya kelak.
“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami Al-Quran. Kalau boleh nak turunkan ilmu itu sebagai saham akhirat kelak.
Dalam pada itu, menjawab mengenai anaknya Bilal, ibu cantik jelita ini turut sama memberi gambaran wajah anak kesayangannya itu yang sehingga kini masih belum dikongsikan wajahnya.
“Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini selama menimang cahaya mata sulung mereka pada 21 Januari tahun ini.
Cuti hujung tahun ini banyak masa dihabiskan untuk bercuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Dato' Siti Nurhaliza yang turut membawa dua anaknya untuk bercuti ke luar negara.