Macam ibu dan anak! Tapi hakikatnya adik beradik. Siapa sangka setelah 21 tahun menjadi anak tunggal, rahsia Allah tiada siapa tahu apabila gadis ini dapat juga gelaran kakak setelah sekian lama menanti.
Pegang ‘title’ anak tunggal sehingga 21 tahun
Apa yang buatkan ia menjadi perhatian, jika orang tak tahu pasti tak akan cakap itu adik. Menerusi video dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Amiera Hadid di laman TikTok, dia menceritakan rezekinya mendapat adik selepas 21 tahun menjadi anak tunggal.
Menurut Amiera, adiknya dilahirkan pada 30 Disember 2021. Malah dalam nada bergurau dia sempat berkongsi kenapa sebelum ni lambat sangat adik keluar.
Ads
Haishhh kenapa lah keluar lambat sangat. 21 tahun jadi anak tunggal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik gadis ini dan turut teruja dengan kisah yang dikongsikan.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan adiknya itu mungkin penangan anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Comel pula tengok gayanya dukung adik. Untunglah mak dah boleh rehat, kakak pula ambil alih jaga adik. Boleh bergilir berjaga malam kan? Lepas ni si adik mesti akan jadi kesayangan kakak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayden Mikael penghias kulit majalah Pa&Ma Mac 2019 ini sungguh comel, buat ramai jatuh hati. Hingga ini menjadi pujaan ramai.
Pelakon cilik Pujaan Hati Kanda ini telah melalui sesi fotografi bersama team Pa&Ma dan cukup sporting memberikan pose menarik. Dengan personaliti easy going, Ayden tidak mudah meragam. Bayi kepada Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar ini fotogenik dan suka diagah.
MEMPUNYAI LEBIH 340 SCENE
“Ketika shooting drama dahulu, Ayden akan mulakan scene seawal pukul 8 pagi. Ayden adalah antara watak utama dan dia mempunyai lebih daripada 340 scene. Memang akan shooting sehari suntuk tetapi Ayden akan diberikan rehat selama 4-5 jam untuk tidur dan sebagainya,” kata ibu Ayden, Kim Anna Abdullah.
AKSI COMEL MUDAH DIRAKAM
Semasa sesi fotografi, aksi comel Ayden mudah dirakamkan. Ayden terpesona dengan setting studio yang telah disusun oleh team Pa&Ma. Tema kali ini ialah alam semula jadi atau back to nature dengan daun-daun kering dan segar serta bunga-bungaan. Khemah teepee daripada Gojes Tent menghidupkan suasana latar setting ini.
Ayden seperti bayi yang lain, penuh dengan sifat ingin tahu kerap juga menyentuh daun-daun kering dan batang kayu yang dijadikan props. Namun apabila diberikan bunga untuk dipegang, dia enggan pula. Kata team ketika itu, Ayden bukan Mat Bunga!
Bapa Ayden berkongsi momen sewaktu mula-mula menatap wajah Ayden selepas lahir. Dia pun tidak sangka betapa tenangnya si kecil ini. “Masa lahir dulu kita pun kagum dengan dia. Doktor panggil, masa tu memang bising bila ramai baby menangis. Saya pun tengok dan dengar suasana bisingnya keadaan di nursery di hospital.
“Saya tengok seorang baby diam dan tenang. Saya kata dalam hati bertuahnya ibu bapa baby ni, untunglah dapat anak macam tu. Kemudian doktor beritahu ini anak saya (Ayden). Saya memang terkejut dan tak sangka,” kata daddy Ayden.
RASA SAYU BILA DENGAR AZAN
Bapanya juga turut imbas kembali saat mengazankan Ayden. “Masa azankan masa baru dilahirkan, senyuman dia lain macam. Masa saya azankan dia senyum, kemudian dia menangis. Sehingga kini Ayden kalau dengar azan dan lagu-lagu nasyid, dia mudah sedih,” kata daddy dan mummy Ayden.
AYDEN MUDAH DIJAGA
Ayden disifatkan bayi yang baik. Ibunya mengakui walau pun sakit perut dia tidak menangis, merengek dan mengamuk. Masa kena injection pun tak menangis. Dalam usianya kini, dia hanya pernah demam sekali sahaja iaitu selepas suntikan imunisasi imunisasi (double injection). Suhunya naik hingga 39°C ketika itu.
TIADA MASALAH TRAVEL JAUH
Mummy & daddy Ayden akui Ayden travel partner yang baik. “Ayden ok kalau dibawa travel. Setakat ni kami dah bawa dia ke Pulau Pinang, dia tidak kisah perjalanan jauh. Asalkan makan semua cukup, dia main & tidur,” kata Kim Anna.
LIMAU MAKANAN KEGEMARAN AYDEN
Ayden suka makan buah limau. Pada usia 9 bulan, ibunya berkata Ayden sudah tidak sukakan makanan bayi seperti puri kecuali puri buah-buahan. Untuk menggantikan makanan berbentuk puri, ibunya memberikan Ayden roti, kraker bayi dan sebagainya. Dia dalam proses transisi dan kata ibunya, dia telah memberikan Ayden makanan yang dimakan keluarga seperti nasi putih.
“Kena banyak try & error. Nasib baik badan dia OK. Kadangkala kita kasihankan dia lapar. Tapi dia lebih minat makanan yang bukan makanan bayi,” kata Kim Anna.
PERANCANGAN & KEJUTAN Buat masa ini (ketika temuramah dilakukan) tiada drama baru Ayden. Ayden bagaimana pun telah memperolehi tawaran peragaan.
Ibu ini juga mengakui memang terkejut dengan life baru si anak. “Bila berjalan di mall, mereka akan menegur “ Eh Iqy”. Ramai yang memanggilnya Iqy. Nama Iqy melekat.
“Nak keluar sekarang kena bersiap. Kalau rasa tak perlu kami tak keluar. Kalau nak keluar, kena bersiap betul-betul. Sebab kalau berjalan mesti ada yang tegur. Sebelum berlakon pun ramai yang menegur Ayden,” kata Kim Anna.
5 FAKTA TENTANG AYDEN MIKAEL
Mempunyai darah kacukan Chinese, Vietnamese & Cambodian dari ibu manakala Indonesia & Portugal dari sebelah bapa.
Ibu minum air kelapa muda tanpa gula dan ais setiap masa mengandung bermula dari kandungan 7 bulan.
Ayden dilahirkan pada minggu 40 minggu menerusi caeserean pada 10 April 2018.
Berat semasa lahir ialah 3.18kg
Tidur mesti peluk dan suasana senyap.
Jangan lupa dapatkan majalah Pa&Ma edisi Mac 2019 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai si cilik ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Katanya, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam.
“Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Parlimen, hari ini.
WHO benarkan pemakaian pelitup muka dijahit sendiri
Ismail Sabri menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.
Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.
“Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri, maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sentiasa menjadi perhatian ramai terutama dalam mendidik anak-anaknya. Malah khabar gembira mengenai kehamilan ketujuh Dr Halina juga buatkan semua orang kagum dengan pasangan suami isteri ini.
Terkini menerusi satu video yang dikongsikan di instagram Dr Sheikh Muszaphar, beliau menunjukkan momen isterinya sedang membuat pemeriksaan kehamilan bersama Pakar Obstetrik, Dr Imelda Balchin.
Menurut Dr sheikh Muszaphar, usia kandungan Dr Halina dah memasuki 10 minggu. Namun memandangkan Dr Halina kini mengandung di usia 42 tahun, risiko dan komplikasi lebih tinggi untuk ibu dan bayi.
Disebabkan itu, Dr Sheikh dan Dr Halina bersepakat untuk membuat pemeriksaan dengan Dr Imelda yang sememangnya dikenali antara pakar terbaik.
“Pemantauan secara terperinci perlu dilakukan selain untuk mengetahui apa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan sepanjang kehamilan di usia 40-an ini.
“Penjagaan pemakanan sangat penting untuk pastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, senaman semasa hamil juga satu kemestian dan perlu dijadikan rutin.
“Ini kerana kebanyakan ibu hamil, masalah diabetes dan hipertensi adalah komplikasi yang biasa berlaku dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan masalah lain,” kongsinya.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi, melalui hasil pemeriksaan kandungan, bayi berada dalam keadaan baik dan jantungnya juga kuat.
“Mommy perlu kuat dan daddy juga akan kuat untuk bantu apa yang patut terutama dalam menguruskan enam anak.
“Awak rehat ye sayang, masih jauh lagi perjalanan kerana kalau ikutkan due date pada 22 Julai. Sekarang rehat secukupnya. Segala alahan pasti akan jadi lebih baik. Nanti loya dan muntah akan beransur hilang.
“Di kesempatan ini nak ucapakan juga Selamat Hari Lahir buat Dr Halina hari ini (28 Disember).
“Ibu kepada anak-anak saya, tonggak kekuatan saya. Segala-galanya bagiku, semoga kita tua bersama. Till Jannah,” titipnya.
Dalam pada itu, Dr Sheikh juga turut memberitahu setakat ini hasil scan yang dilakukan, bayi dalam kandungan Dr Halina bukan kembar. Belia juga sempat berseloroh mungkin akan dapat anak kembar pada masa akan datang.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.