Menginjak ke usia 47 tahun, dengan kehadiran dua puteri berusia 17 dan 14 tahun, Amy Mastura ibarat seperti anak dara dan langsung tak dimamah usia.
Bertubuh kecil molek, perwatakan yang sentiasa ceria tidak sedikit pun menunjukkan yang dia bakal mencecah usia 50 tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Amy Mastura yang berkongsikan rahsia awet muda itu berkata, tidak terbawa-bawa dengan masalah selain sentiasa ceria antara faktor utamanya.
“Jika hati kita sentiasa tenang tanpa dibelenggu bebanan faktor persekitaran, selain penjagaan kesihatan dalaman ia mampu menyerlahkan aura positif.
“Saya tiada sebarang rahsia penjagaan kulit mahu pun kecantikan. Rutin harian saya adalah sama seperti wanita lain. Cuma, saya tidak terlalu taksub dengan segala macam produk… Cukuplah dengan yang asas.
Ads
“Mungkin saya jenis orang yang sentiasa melihat sesuatu dari sudut positif. Bohong jika tiada masalah, tetapi kita sendiri perlu bijak mengawal dan mengatasinya.
“Sebagai wanita, isteri dan ibu, saya cuba menyeimbangkan segala-galanya sebaik mungkin. Paling penting, ceriakan diri dan kehidupan supaya kekal awet muda,” katanya.
Menerusi perkahwinan dengan Alvin Tham Suffian pada 2000, rumah tangga mereka diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 17, dan Adalia, 14.
Ads
Kongsi penyanyi yang turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara itu lagi, tiada apa yang diidamkan olehnya pada usia menghampiri angka 50, tiga tahun lagi, selain kesejahteraan keluarga.
Pernah menikmati zaman gemilang sebaik saja menjuarai program Asia Bagus 1993, sama ada di arena nyanyian mahu pun lakonan, semua itu dianggapnya sebagai rezeki hasil kecintaan terhadap seni.
Ads
Sebelum ini, Amy dikenali dengan lagu seperti Jawapan Kasih, Meniti Hari, Kasih, Diam Diam Rindu, Sha Na Na, Lagu Happy, Suria Khatulistiwa, Nada Rindu dan banyak lagi.
Sumber: Berita Harian & ig Amy Mastura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak pastikan rumah perfect tanpa bersepah bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi jika ada anak kecil. Baru kemas sekejap, ada lagi yang lain. Walaupun tak lah sampai sakit mata, akan berlaku juga.
Bila ada orang cop macam-macam pada wanita bergelar ibu, itu sebenarnya lumrah. Nak tak nak memang kena hadap. Cuma bagaimana nak kawal aktiviti ‘sepah’ mainan dari anak-anak kenalah guna psikologi atau teknik pujukan.
Cara ini sangat perlu bagi membolehkan ibu rasa kurang stres dengan keadaan rumah selain mengelakkan kata-kata yang kurang enak dari orang sekeliling.
Pandangan dari Izzati Liyana sebenarnya betul mengenai keadaan rumah bila ada anak. Ini bukan untuk menakutkan tapi realiti yang setiap wanita bergelar ibu kena lalui.
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Baru kemas, dah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas pulak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.
Demi anak, banyak ibu bertahan dalam derita. Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Seperti yang dikongsikan oleh Peguam Syarie, Fahmi Ramli, ramai wanita yang boleh dikategorikan sebagai dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak.
Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi, lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan.
Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan dibawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap dibawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya… Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda.
Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah tangga bahagia pastinya diimpikan oleh setiap pasangan suami isteri. Suami tengok isteri rasa tenang je, isteri pula tengok suami rasa gembira kerana Allah hantarkan insan yang akan terus menyayanginya bersama anak-anak sampai akhir hayat.
Bahagianya rumah tangga itulah juga buatkan rezeki masuk macam air. Rezeki itu bukan semata wang ringgit. Hati tenang, rumah tangga bahagia itu pun namanya rezeki.
Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi amalan untuk kebahagiaan rumah tangga. Yang mana, pasangan suami isteri digalakkan mengamalkan surah Yusuf setiap kali solat subuh.
2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh
1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :
“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”
Maksudnya:
“Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya.Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)
Kunci Rumah Tangga Bahagia, Bagus Juga Diamalkan Ketika..
Baca setiap kali selepas solat subuh 3 kali baca atau lebih.
1. Setiap kali bersua atau semasa suami isteri tidur, bacalah kedua ayat di atas. Amalkan setiap hari tidak perlu membaca dengan kuat memadailah dengan hanya membaca dalam hati.
2. Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. In shaa Allah hubungan suami isteri tambah intim.
3. Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, in shaa Allah akan dipermudahkan.
4. Jika dibaca setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.
5. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
In shaa Allah izin Allah akan bertemu jodoh yang anda cari.
Semoga kebahagiaan yang kita cari akan ditemui, in shaa Allah Aaamiin Ya Allah..
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.