Setiap kali anak masuk kereta atau ketika ambil anak dari sekolah, ringankanlah mulut bertanya apa aktiviti anak pada hari itu. Walau hanya soalan yang sama saban hari, bertanyalah.
Sebab apa? Anak perlukan ruang untuk bercerita perjalanannya pada hari itu. Penting untuk mereka luahkan dan penting untuk mak ayah tahu. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.
Bila anak jarang bercerita pasal sekolah dia pada kita cepat cepat tanya khabar dia. Jangan acuh tak acuh dengan keadaan persekolahan anak kita.
Bagi kita sekolah ni alah, hal kecil je tapi bagi anak-anak sekolah itu satu DUNIA baru yang sangat besar bagi dia.
Ads
Jika anak tak pernah langsung nak bercerita keadaan dia di sekolah barangkali, – dia stress belajar. – dia tak pandai berkawan. – dia rasa tertekan. – dia kemurungan. – dia ketakutan guru garang. – dia mangsa buli. – dia rasa dia loser. – dia rasa tersisih ( fear of left out )
Macam-macam boleh jadi kat sekolah. Nampak anak selalukan tanya keadaan dia di sekolah jangan buat derk je.
Dekat sekolah tu dia tiada siapa-siapa, semua orang asing bagi dia.
Ads
Kasihan, patut la Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019 mendapati bahawa 2.3 peratus remaja 16 tahun ke atas akan hidap masalah mental. Hmm..
Tolong parent. Jangan biarkan anak kita lalui liku liku persekolahan sendirian, bahaya!
Jadi support system yang terbaik yang boleh anak anak bergantung harap setiap masa.
Ads
Anak kita bukan lembik, mereka cuma perlukan support dan restu ibu ayah untuk jadi lebih kental & lebih berjaya. InsyaAllah.
Selebriti terkenal Neelofa sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat suka mencari ilmu. Ibu kepada Muhammad Bilal ini sering berkongsi di Insta Story berkenaan pelbagai kelas yang dihadiri sejak dulu lagi.
Jika dulu semasa baru berniqab, beliau sering berkongsi tentang kelas-kelas agama yang dihadiri bersama guru-guru agamanya.
Usahawan berjaya ini juga kerap berkongsi live semasa kelas sedang berlangsung kerana mahu pengikutnya sama-sama mendapat ilmu.
Setelah bergelar ibu, Lofa pernah menyuarakan hasrat untuk belajar lebih mendalam tentang ilmu penyusuan. Beliau kemudian mengambil Kaunselor Laktasi khas untuk datang ke rumah mengajar dan membimbingnya tentang ilmu penyusuan.
Kagum dan terinspirasi dengan semangat Lofa untuk memberikan susu ibu kepada anaknya. Walaupun pada awalnya beliau mengakui ada banyak kekurangan berkenaan ilmu penyusuan tetapi ternyata Lofa tidak berputus asa bahkan terus gigih mencari ilmu.
Sebagai Kaunselor Laktasi bertauliah, Nad Masrom berbesar hati kerana berpeluang untuk membimbing selebriti terkenal ini tentang ilmu penyusuan.
Justeru Nad Masrom berkongsi kenangan manisnya sepanjang mengajar Neelofa dan kagum dengan semangat ditunjukkan oleh isteri PU Hariz ini dalam Instagramnya.
Kali pertama dapat permintaan @neelofa untuk saya bimbing beliau dalam penyusuan susu ibu tentulah buat saya teruja. Teruja kerana satu nama besar sangat berminat dengan penyusuan susu ibu.
Perasaan saya masa kali pertama nak jumpa beliau? Tentulah nervous! Tapi saya tak boleh lupa bagaimana reaksi Lofa sambut saya di pintu rumah bersama Bilal.
Lofa berjaya buat saya yang rasa gemuruh tadi jadi selesa. Sesi pertama kami berjalan selama 2 jam. Lofa sangat humble. Saya sampai lupa dia ialah Neelofa.
Lofa juga bertanya tentang sejarah kehilangan anak pertama saya dan masalah yang dihadapi ibu-ibu lain juga. Saya sangat gembira sebab Lofa bukan sahaja ingin gali ilmu untuk dirinya tapi secara tak langsung, menarik minat ibu-ibu lain mengikuti jejaknya.
Sesi kedua dan ketiga juga masih berkisar penyusuan susu ibu cuma dalam sesi ketiga saya selitkan tentang corak bayi menyusu tidur dan tentang sleep train.
Alhamdulillah, Lofa juga berminat untuk belajar tentang @babylanguage bersama sahabat yang saya dah anggap macam kakak sendiri.
Saya pernah beritahu Lofa, saya tak kisah jika orang tak tahu Lofa belajar penyusuan dengan siapa, tapi cukup jika Lofa sudi beri kesedaran kepada ibu-ibu tentang penyusuan susu ibu.
Alhamdulillah, Lofa kerap berkongsi tentang perjalanan penyusuan beliau di story yang diikuti ramai oleh pengikutnya.
Terima kasih Lofa untuk segala kenangan manis sepanjang sesi kita. Saya terharu sebab Lofa menyantuni saya bukan sekadar kaunselor, tetapi sebagai tetamu juga.
Teringat karipap panas dan susu @nilofagroup yang sangat sedap
Kalau tanya saya comel tak Bilal, jawapan saya: Subhanallah
Terima kasih kepada guru penyusuan saya Dr Hairin Anisa @loveastronomy_amateur dan LC @elpeni.ramli yang banyak beri sokongan dan bantuan kepada sesi ini secara keseluruhan.
Mudah-mudahan matlamat kita untuk terus menyebarkan ilmu dengan lebih luas diizinkan Allah.
Ibu/isteri juga boleh mengalami stress yang melampau kerana tugasan seharian yang menekan minda. Ibu/isteri terpaksa melakukan tugasan seharian tanpa adanya rehat. Jadi para ibu perlu tahu bagaimana cara yang sesuai untuk mengawal emosi sendiri jika tidak 11 kesan buruk ini akan berlaku dalam kehidupan anda.
11 KESAN BURUK JIKA ANDA GAGAL KAWAL EMOSI SENDIRI ( BAGI SEORANG IBU )
1 – MUDAH STRESS/TERTEKAN
Sesungguhnya hidup kita memang penuh dengan tekanan, terutamanya bagi seorang isteri/ibu pasti banyak punca tekanan seperti kerja yang bertimbun, penat mengurus rumahtangga, melayan kerenah anak serta tekanan dari adik-beradik ipar, mertua bahkan suami sendiri kadang-kadang boleh buat anda tertekan.
Sesungguhnya tiada lagi isteri/ibu yang tidak stress, tapi itu bukan alasan untuk tunduk pada emosi dan terbawa-bawa stress itu sehingga buat tindakan terburu-buru.
2 – TAK LENA TIDUR
Akibat tidak dapat mengawal emosi negatif ia memberi kesan pada tubuh badan. Sistem tubuh badan turut terpengaruh dengan aura negatif sehingga boleh membuatkan tidur malam kurang berkualiti.
Walaupun tidur lebih 8 jam tapi badan masih rasa penat seperti tak cukup tidur. Selagi anda tidak boleh “move on”dengan kejadian negatif itu selagi itu ia akan membayangi hidup hingga ke dalam mimpi.
3 – SELALU BURUK SANGKA
Susah untuk bersangka baik bila dalam fikiran kita penuh dengan anasir jahat ( emosi jahat ) yang pengaruhi minda anda untuk sentiasa berfikir buruk pada semua orang walaupun orang itu buat kebaikan.
Kesannya anda susah untuk mempercayai orang lain termasuk suami sendiri. Orang lain pun susah nak mempercayai anda selepas itu.
4 – MUDAH MENGHUKUM ANAK
Tugas seorang ibu adalah menjaga dan melayan kerenah anak-anak. Anak kecil bukan ada akal seperti orang dewasa yang boleh bezakan mana baik mana buruk, jadi tanggungjawab ibu untuk mendidik anak ini.
Oleh itu ibu mestilah pandai mengemudi emosi sendiri semasa mendidik anak-anak supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mudah-mudah jatuh hukum pada anak.
5 – ANAK JADI MANGSA KEADAAN
Anak kecil masih kosong dalam menilai keadaan ibu, mereka tidak tahu bezakan ibu sedang penat atau relax. Dalam fikiran mereka hanya tahu mahu bermanja dan berpeluk dengan ibu mereka.
Anaklah yang selalu jadi mangsa keadaan si ibu melempiaskan haba kemarahan dan tengkingan yang akan buat si ibu menyesal kemudiannya.
6 – MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK
Sebagai ibu bukan akademik sahaja yang perlu di didik pada anak, banyak lagi kemahiran hidup ( Life Skill ) yang patut mereka belajar. Antaranya ialah bagaimana mengendalikan emosi diri supaya mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi negatif dan lakukan kesilapan yang beri penyesalan tak sudah akhirnya.
7 – HUBUNGAN SOSIAL TIDAK MESRA
Bukan sahaja dengan suami malah dengan orang sekeliling juga hubungan sosial ( Social Relationships ) tidak mesra dan kurang bergaul.
Ironiknya mereka yang selalu marah-marah walaupun hal kecil memang akan suka menyendiri kerana sebernarnya mereka tak suka marah-marah
Tapi menyendiri tidak akan menyelesaikan masalah, sepatutnya perlu belajar kawal emosi marah. Tak semestinya bila kita marah kita kena lepaskan.
8 – TIDAK NAMPAK HIKMAH DALAM MUSIBAH
Sentiasa mengeluh dan menyalahkan takdir bila di timpa musibah. Apabila minda di penuhi dengan pemikiran separa sedar ( Subconscious Mind ) yang negatif membuat anda tak dapat melihat gambaran sebenar dan hanya tertumpu pada musibah di depan mata sahaja.
Sesungguhnya setiap musibah itu adalah ujian dan ada hikmah besar di sebaliknya yang di luar jangkaan manusia.
9 – RASA PENAT TAK PERNAH HILANG
Susah nak hilang rasa penat. Walaupun kerja dah siap tapi minda masih tak berehat. Masih lagi berlegar-legar pemikiran negatif di dalam fikiran.
Kerana mereka yang gagal kawal emosi pada awalnya akan sentiasa di bayangi dengan penyesalan, kemarahan, kebencian dan sentiasa rasa bimbang ( anxiety disorder )
10 – TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL
Selalu membuat keputusan terburu-buru sebelum buat pertimbangan. Terlalu ikut emosi ketika itu sehingga melakukan tindakan yang tidak rasional seperti tengking, terkam, memukul, rotan dan mencubit anak sendiri.
Memang ada ketika emosi sedang meluap-meluap, secara spontan tangan bergerak sendiri tetapi bagi anak yang jadi mangsa, mereka nampak ia sebagai ancaman. Parah bila anak sentiasa rasa terancam bila nampak anda, anda nak panggil makan pun mereka dah takut.
11 – TIADA EMPATI ( MEMAHAMI EMOSI ORANG LAIN )
Bila kita gagal kawal emosi sendiri bagaimana kita nak memahami emosi orang lain? Memang mustahil kita boleh rasa apa yang orang lain rasa sedangkan kita sendiri tidak faham apa yang kita rasa.
Oleh itu untuk lahirkan sifat empati yang kuat dalam diri terutama bagi seorang ibu yang perlu memahami emosi anak-anak, anda perlu belajar kenal dan kawal emosi sendiri dahulu.
Anda adalah kapten kepada emosi anda sendiri, kemudilah emosi anda sebaik mungkin jangan biarkan ia karam.
Belajar cara kemudi yang betul, jangan terikut-ikut dengan cara orang lain tanpa kita sesuaikan dengan kelemahan diri.
Nak jadi “Mak Singa” tak salah tapi pastikan anak tak tercedera emosinya dan jadi “Singa Kelaparan” yang menerkam orang lain bila marah. Tolong share pesanan ini ya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ragam kita menyimpan duit bukan sekadar simpan semata-mata tetapi berkreatif untuk buat simpanan jadi lebih teruja. Nak guna cara apa?
Idea kreatif Pn Nur Emira Mohd Arifie ini memang puas hati. Mana tidaknya, dengan konsep tabungan yang diguna pakai olehnya buat simpanan jadi lumayan.
Tak perlu banyak, hanya simpan RM2 setiap hari sahaja dan lengkapkan dengan bilangan warna duit lain dan hasilnya dapat RM 4436. Banyak!
Jom ikuti perkongsian beliau. Bolehlah kita mula cuba simpan duit cara ini.
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021. Total RM 4436.00.
RM2 – setiap hari RM5 – setiap kali dapat RM10 – 2 helai seminggu RM20 – 1 helai seminggu RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec. RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.
Start lambat sikit, mid February sampai end 31 December. Nampak sapa entah share kat fb masa tu.
Good luck pada siapa sedang buat macam ni in year 2022.
Jom nak sambung in year 2022, kalau sama amount campur 2021. Boleh book pakej umrah. Mudah mudahan ada rezeki Allah jemput ke sana. Aamin.
Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak pergi letak dalam bank.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...