Ibu mana yang tidak gembira melihat anak-anaknya ceria dan bahagia. Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bersyukur dapat melihat kegembiraan di wajah anak-anaknya ketika mengerjakan umrah.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Shuhada meluahkan rasa gembiranya dalam melihat dua anaknya, Umar dan Humairah yang turut berdoa.
“Alhamdulillah ya Allah, Umar and Humairah seronok berdoa dekat rumah Allah, macam macam doa keluar.
“Salah satunya doa abang Umar yang mengusik jiwa ibu. Semoga Allah makbulkan doa doa dan hajat Umar dan Humairah dan ibu.
“Wahai Allah yang Maha Baik, Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara, kami redha ya Allah dengan setiap takdir kami, hadiahkan kami bahagia dan ketenangan di dunia dan akhirat,” ujarnya.
Menerusi perkongsian gambar oleh Shuhada, dua cahaya mata comelnya itu dilihat cukup teruja ketika berada di sana bersama keluarga. Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka.
Meninjau di ruangan komen rata-rata ramai wargamaya yang turut bahagia melihat kegembiraan Shuhada bersama dua anaknya di Tanah Suci.
Terdahulu, Shuhada dan Hafidz Roshdi sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir. Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres
Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan, setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir.
Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu atau keluarga yang perlu dipertimbangkan.
Antara kesalahan yang biasa orang buat bila melawat baby baru lahir yang dikongsikan di Facebook Akhtar Syamir adalah:
1. Datang melawat masa diri sendiri sedang tak sihat, dengan batuknya, demamnya, selesema lagi. Baby ni punya antibodi tak sama macam orang besar, bukan kuat mana pun. Bahaya kalau berjangkit.
2. Ambil gambar anak tanpa izin. Siap pakai flash lagi. Terkebil-kebil anak terkejut. Lepas tu siap upload kat media sosial terus. Mak ayah sendiri pun tak upload gambar anak lagi, dia yang rasmi dulu. Seronok tak bertempat.
3. Pegang-pegang, dukung-dukung baby. Tangan bersih tak bersih pun kita tak tahu. Entah-entah baru lepas buang sampah ke, berkebun ke, buang air besar ke. Lepas tu siap cium-cium lagi. Siap cakap sedapnya bau baby. Kat mulut dengan tangan kita ni banyak sangat bakteria, sangatlah bahaya kat bayi. Harap faham.
4. Datang melawat, tapi duduknya lama sungguh. Sampai orang lain dah datang dengan pergi pun dia ada lagi. Kesian kat mak baby nak rehat ke, nak tidur ke. Jadi penat pulak melayan awak bercerita, bergosip bagai. Nak menyusu baby pun naik segan. Boleh pulak cakap “ala serupa je kita punya pun”. Awak tu tak segan takpelah, padahal aurat jugak tu.
5. Asyik-asyik komen anak kecik la, anak besar la, kulit gelap la, cerah tak macam bapak dia la, hidung kemek la, tak ikut mak dia la. Baby ni baru keluar berapa hari dah kena kecam. Sedih la..
6. Bising nama anak yang kita bagi tu tak sedap, kenapa tak bagi nama yang dia suka? Hahaha..
7. Bercakap punya la kuat. Baby baru nak tidur terus cerah mata saiz sepuluh sebab terkejut. Gelak pun serupa nak makan orang.
8. Mengajar macam-macam petua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu salah, ini salah. Duduk bersimpuh tak boleh, melunjur tak boleh. Maknye pun jadi tekanan dibuatnya. Semua nak ikut cara dia. Dia je yang betul. Dia je yang hebat.
9. Melawat bawa anak buas yang amat. Anaknye pun tak dilarang usik barang orang, barang baby. Maknye dah susun elok senang nak capai, habis dialih-alihnye. Bila tegur, kita pulak kena sound “biasalah budak-budak, nanti baby ni besar taulah macam mana”. Payahh..
10. Khas untuk kaki merokok. Janganlah nak menyibuk pegang baby. Beribu benda tak elok kat jari jemari dengan mulut tu. Tak sayang nyawa sendiri takpe, jangan bahayakan nyawa anak orang lain.
11. Tanya bersalin kat mana, lepas tu canang dia bersalin kat hospital swasta. “Murah je” katenye.
12. Membanding-bandingkan kesakitan bersalin. Dia je yang paling sakit, orang lain tak sakit. Dia je yang kena gunting, dia je yang operate, dia je yang normal, dia je yang susah 24 jam dalam labour room. Aduh..
Bukan tak bagi melawat sebenarnya. Cuma nak bagi faham kesalahan-kesalahan atau benda yang selama ini kita tak sedar, tapi kita buat. Ini pun salah satu punca ibu boleh stress tau.
Semoga dapat memberi manfaat kepada bakal pengunjung ibu dan anak yang baru lahir ni. Silakan kongsi maklumat ini supaya tiada lagi ibu-ibu stress bila orang datang berkunjung tanpa adab.
Jangan lupa bawak hadiah. Kalau tak bawak pun hulur la sikit untuk baby. Boleh bantu beli-beli pampers nanti. Hehe..
Anda setuju tak?
Penulisan ini diilhamkan dari Faraascha Nunu setelah diolah dan dialihbahasakan dari bahasa Kelantan.
Sumber: Akhtar Syamir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak-Anak Ikut SOP Dekat Sekolah, Mak Ayah Pula Buta Peghot!” Faezah Elai Luah Rasa Kecewa
Ramai ibu bapa meminta agar membenarkan anak-anak untuk ke sekolah setelah sekian lama menjalani PDPR. Pihak kerajaan telah membenarkan sekolah beroperasi seperti biasa pada 1 mac 2021 lalu dengan mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Namun masih ada segelintir ibu bapa sendiri yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan malah berebut-rebut untuk mengambil anak masing-masing. Hal ini dikongsi oleh pelakon jelita, Faezah Elai menerusi postingnya di laman Instagram.
“Anak orang start sekolah hari isnin,anak cheq baru hari ni pi sekolah..
Harap-harap mak pak yang nak pi amik anak balik sekolah ikut lah SOP jangan dok pi kequmun depan gate tu na.. kesian anak kami.. sekolah elok dah ikut SOP,mak pak pon ikut lah sama.. dont be so stomach blind (buta peghot) tolak habih anak orang lain,sebab kalut nak amik anak hang..”
Faezah Elai meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang pentingkan diri sehingga melanggar SOP yang telah ditetapkan walaupun guru-guru telah meminta supaya ibu bapa mematuhi SOP dan bersabar.
“Dalam dok kata.. lani celah mana anak cheq nak lalu.. sebab tu berat nak hantaq pi school.. cheq sanggup berdiri dalam hujan supaya tak block jalan budak-budak nak keluaq.. haihh!!!! Ni kalau lah ada sorang dalam ramai-ramai ni ada covid,mampoih semua kena!!”
“Nak jerit suruh tepi satgi depa kata berlagak pulak,compom kena sound,tak mau ramai hantaq anak pi private school lah!!
Cikgu dah baguih dah ikut SOP.. adoii.. kesian cikgu dok menjerit..”
Rata-rata warganet meluahkan pendapat maisng-masing berkenaan situasi ini.
Saya sebagai seorang guru, kadang-kadang letih
Tunggu minggu depan 8mac, time tu lagi pack
Jerit kat mak pak macam segan pulak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keliru Nak Azan & Iqamahkan Anak Masa Lahir, Ustaz Don Daniyal Kongsikan Panduan Buat Suami!
Kelahiran anak sememangnya cukup membahagiakan semua ibu bapa. Pun begitu ketika detik kelahirannya ada diantara kita yang terlupa melakukan perkara yang cukup penting bagi menyambut kelahiran mereka iaitu mengazankan dan juga melakukan tahnik.
Baru sahaja menimang putera keempatnya Khamis lalu, Ustaz Don turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cara tahnik dan juga cara mengazankan bayi sebaik dilahirkan.
Perkongsian Ustaz Don Daniyal itu melalui beberapa hantaran di Instagramnya mendapat perhatian seluruh pengikutnya. Kata Ustaz Don lagi, tak mengapa jika tidak pandai mengalunkan azan yang indah dan bertahnik untuk anak, asalkan mencubanya. Ini yang dikongsikan oleh beliau sebagai panduan untuk semua.
“Hari ni hari ke 4 kelahiran. Bila dapat anak, nak azan teruih ka?
Anak lelaki Azan anak perempuan iqamah ka?? Atau macam mana? Telinga kanan dan kiri kiKira serentak kah??
Kalau azan saja boleh ka? Antara persoalan yang timbul. Jangan takut.
1. Tak salah tanya soalan yang bersesuaian. Dan tak salah kalau gelabah masa dapat anak. Standard la kawan-kawan. Benda melibatkan hidup mati. Sapa yang relaks, rezeki dia. Sapa gelabah, rezeki dia jugak. Tak semestinya gelabah, tak bersedia.. kan?? Ok jangan gaduh na.
2. Kalau sekarang baru nak tau and anak dah dewasa, sebahagian ulama MENASIHATKAN (menunjukkan bukan wajib, tetapi lebih baik dan lebih harmoni untuk masa depan) agar kita mohon maaf kepada anak atas kekhilafan kita. Its ok. Islam zaman Ibu Bapak saya bukan macam sekarang. Ilmu Islam di mana-mana. Dulu susah. Apatah lagi nak amal. Dakwah susah dulu. Its ok. Benda tak payah buat ghaflah.
Jadi, boleh dak ‘cheq’ nak share tang sini contoh.(Bukan yang terbaik. Sebagai panduan ringkas saja) Masa kelahiran anak saya ke 4. Boleh na.
Hadisnya ialah
“Abu Rafi’ berkata; “Aku melihat Nabi Muhammad ﷺ melaungkan azan pada telinga kanan Hasan Bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah Bt Rasulillah ﷺ”.
HR Imam At-Tirmizi.
Jadi apa hukum azan pada telinga anak masa lahir?? HUKUM NYA SUNAT.
Tak berdosa.
Tak dak masalah kalau terlepas dah.
Tak payah gaduh kalau tak pandai atau baru nak tau. Sebab SUNNAH Nabi Muhammad ﷺ untuk mengeratkan hubungan. Bukan memutuskan silaturahim atau timbul pergaduhan. Ok. Chill-Chill saja.
Sapa buat, untung. Sunnah-sunnah masa nak azan tu pulak apa?
1. Ada wudhu.
Tak dak takpa. Sebab contoh bagi yang sambut anak sendiri, boleh jadi terpegang isteri, dah batai wudhu. Atau nak amik anak dari nurse kan, boleh jadi tersentuh tangan, batai wudhu. Kalau baru nak p amik, baby kena settle cepat sebab nanti dia sejuk. Keep baby warm. Jadi, sapa ada wudhu, lagi cantik. Takdak kalu, no hal. Relaks. Confiden kena ada.
2. Mengadap kiblat
Sekarang semua hospital dah terer. Tanya ja kiblat mana. إنْ شَآء الله staff akan tunjuk. Lagi satu, bab ni, yakin ja dengan staff yang duduk situ. Tak payah lah time tu kita nak jadi ahli falak pulak. Sangka baik dengan saudara Islam. Done. Benda simple.
3. Azan telinga kanan
4. Iqamah telinga kiri.
Ini boleh tengok macam mana dalam video ni na.
Ok. Terima kasih semua sudi amik manfaat. Saya hanya berdoa agar Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran untuk anak-anak saya dan keluarga kami. Semoga Allah merahmati semua,” kongsinya.
Kongsi Cara Tahnik Anak
Dalam pada itu, menerusi hantaran terdahulunya, Ustaz kesayangan ramai ini juga turut berkongsi beberapa video cara beliau melakukan tahnik kepada anak keempatnya itu.
Malah Ustaz Don juga turut berkongsi cara bagaimana untuk belajar melakukan tahnik kepada anak sendiri. Ini yang turut dikongikan oleh beliau.
How To Tahnik Anak Sendiri
Step 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dapat macam dalam botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
Step 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nanti nak doa, mudah Allah kabul)
Step 3
Mula dengan Al-Fatihah
Step 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
Step 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah (nanti dengaq dalam video na)
Step 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas
Step 7
Amik Kurma. Kunyah-kunyah sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nanti tengok video macam mana nak masukkan dalam mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Step 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran
Step 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Step 10
Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita petang Jumaat ini,” kongsinya lagi.
Satu perkongsian yang cukup padu untuk panduan kita bersama. Malah penambahan beberapa video dan cara bertahnik secara terperinci turut dikongsikan Ustaz Don agar semua suami lebih berasa yakin untuk cuba kepada anak sendiri kelak.
Terdahulu, Ustaz Don yang menyambut kelahiran putera keempatnya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT dengan anugerah terindah itu. Lebih membuatkan bapa penyayang ini teruja bila mana tarikh kelahirannya anaknya itu jatuh pada hari lahir anak ketiganya.
Tahniah buat Ustaz Don dan isteri. Satu kegembiraan yang pastinya membahagiakan seluruh ahli keluarga.
Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama Dr Husna Zahary pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman. Kini Dr Husna juga sarat mengandung anak keempat mereka.
Artikel berkaitan:Hebatnya Anak Kongsi 2 Tarikh Lahir Sama, Ustaz Don Daniyal Timang Anak Keempat
Lapan Tahun Kahwin, Ini Yang Saya Amalkan, Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Untuk Para Suami
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ddaniyaldbiyajid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI