Ibu yang mempunyai kesemua anak lelaki kena banyak bersabar sebab ada macam-macam ‘kejutan’ yang akan diterima sepanjang membesarkan mereka. Karektor anak lelaki yang aktif, lasak, tak tahu duduk diam, banyak idea, kreatif, asyik bermain dan macam-macam lagi.
Ada perbezaan yang boleh diperhatikan apabila anda membesarkan anak lelaki dan anak perempuan. Bukan tidak bersyukur tapi ada orang bersetuju membesarkan anak lelaki kurang cerewetnya berbanding anak perempuan tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka terkenal aktif dan lasak.
Cuba kita semak betul atau tidak fakta ini apabila membesarkan anak lelaki.
1. Kejutan kotoran yang boleh dijangka
Tentu anda biasa berhadapan dengan situasi baju kotor, mulut comot, barang bersepah, air tertumpah dan bermacam lagi kejutan yang mengotorkan dirinya dan kawasan rumah anda. Kalau ada lebih daripada seorang anak lelaki, cuba anda bayangkan sendiri kejutannya!
2. Lambat berlatih ke tandas
Jika anda sedang melatih anak untuk tidak memakai lampin atau melatih anak buang air di tandas sendiri, banyakkan bersabar. Mereka memang agak perlahan mencapai misi ini. Tetapi tetap berjaya satu hari nanti selepas pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi. Bertabahlah ya ibu!
3. Kerap membasuh pakaian
Ads
Apabila ada anak lelaki, bersedialah untuk sentiasa mencuci pakaian kotor. Memang normal anda perlu menukar pakaian anak lelaki lebih daripada dua kali dalam sehari. Kotoran yang mereka lakukan memang sukar dijangka.
4. Kos penjagaan rambut mereka lebih murah.
Anda tentu setuju hal ini. Lebih mudah dan murah menguruskan penjagaan rambut anak lelaki berbanding perempuan. Bawa sahaja ke kedai gunting rambut mamak, selesai masalah memotong rambut. Harga pun lebih murah. Tidak sampai RM10!
5. Pilihan fesyen yang mudah.
Fesyen anak lelaki tidak banyak pilihan seperti anak perempuan. Jadi, kurang sedikit masalah rambang mata ibu apabila membeli-belah untuk mereka. Boleh jimat masa dan tenaga semasa membeli.
Ads
6. Kurang cerewet
Kebanyakan anak lelaki kurang cerewet berbanding anak perempuan terutama dalam bab memilih pakaian, alat permainan, makanan dan tempat bermain atau bersiar-siar. Dalam hal ini, ibu perlu mengaku ia adalah benar. Mungkin memang sikap semula jadi seorang lelaki sejati!
7. Barang rosak
Mereka bukan nakal tetapi suka mencuba perkara baru. Anda perlu berfikiran positif. Anggaplah ia proses anak menjadi lebih kreatif. Jadi bersedialah untuk melihat barang di rumah anda atau alat permainan mereka berubah ‘rupa’ atau lebih malang rosak terus!
8. Ingatan berulang kali
Kadang kala letih dibuatnya hendak mengulang cakap perkara yang sama setiap hari. Tetapi itulah hakikatnya apabila anda mengajar anak lelaki terutama dalam bab menjaga kebersihan.
Ads
9. Mereka meniru karektor ibu
Tentu anda membayangkan apabila ada anak perempuan tentu mereka akan sama seperti diri anda. Tetapi sebenarnya kita boleh melihat karektor diri kita melalui anak lelaki. Banyak persamaan karektor antara ibu dan anak lelaki.
10. Sangat menyayangi ibu
Ini memang fakta yang sweet. Mesti ramai ibu yang mengakui hal ini. Kebanyakan anak lelaki terutama kalau mereka memang rapat dengan ibu, sangat-sangat menyayangi dan melindungi ibu. Bagi mereka ibu adalah wanita pertama yang dicintai dan bertakhta di hati. Anak lelaki sangat obses dengan ibu sejak dari kecil lagi.
Jika anda mempunyai ramai anak lelaki, ada sesetengah orang yang akan menyatakan kasihan kepada anda kerana penat membesarkan anak lelaki yang tak tahu diam dan lasak.
Hakikatnya tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, semuanya mampu menjadi anak yang terbaik kepada keluarga asalkan dididik dengan sempurna. Bahkan jangan terkejut, ada anak lelaki yang mampu membantu ibu membuat kerja rumah lebih baik berbanding anak perempuan.
Tidak dinafikan membesarkan anak lelaki lebih mencabar tetapi sangat menyeronokkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia antara bayi hingga 8 tahun merupakan usia yang ‘crucial’. Anak-anak berada dalam usia ‘prime’ perkembangan mereka. Ketika usia ini, ibu bapa dan keluarga masih lagi menjadi “pengaruh terbesar” mereka.
Kerana itu amat penting untuk memastikan mereka rapat dengan ibu ayah sejak usia kecil. Minda bawah sedar mereka tahu, ibu bapa lah orang yang paling mereka sayang dan jadikan “role model” walaupun pada usia mereka masuk ke usia remaja.
Sebelum anak-anak pandai bercakap, anak-anak yang kemahiran sosial dan komunikasi mereka berkembang dengan sihat akan mula meniru perbuatan ibu ayah mereka. Apabila anak mula pandai bercakap, mereka akan meniru cara ibu bapa mereka bercakap pula.
Berikut saya senaraikan antara perkara positif yang boleh membantu perkembangan positif spontan anak-anak yang memang biasa kita lakukan saban hari, yang boleh kita usahakan untuk ajak anak duduk sebelah, atau biarkan anak tengok:
1. SOLAT – walaupun anak-anak kecil belum pandai bersolat, membiarkan mereka berada di sekitar kita semasa kita bersolat akan memberikan mereka pendedahan yang baik tentang rutin solat.
2. MENGAJI – mengaji di hadapan anak dengan Qur’an akan membuatkan anak tertarik dengan Qur’an yang sedang kita pegang dan alunan bacaan kita.
3. MEMASAK ATAU PERSEDIAAN MEMASAK – memasak dan menyediakan bahan masakan merupakan aktiviti yang menarik di mata anak.
4. MENULIS – biar anak lihat dan bantu semasa kita menulis di rumah. Tak kisahlah samada menulis barang dapur untuk dibeli, atau ‘to-do-list’ harian.
5. MELUKIS – jika kita mahu anak kita melukis untuk melatih penghasilan “pre-writing strokes” mereka, anda terlebih dahulu perlu ‘buktikan’ pada mereka yang aktiviti itu adalah seronok lagi menyeronokkan.
TIPS:
1. Gunakan konsep Q-15 untuk mengenal pasti kecenderungan anak anda.
Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar.Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam.
Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu, ibubapa sepertinya turut sama terjun ke dalam lubang tersebut.
Akhirnya kedua-duanya terperangkap dan tidak dapat naik ke atas.
Ibubapa seharusnya menjadi individu yang berada di atas dan akan menarik anak keluar dari lubang yang penuh emosi itu. Seperti ayah ini.
Sabar itu sangat sangat payah walaupun kita sendiri tahu yang sabar itu sangat sangat perlu.
Daripada video ini jelas ayahnya sangat sabar dan memberi ruang untuk anak melepaskan kesedihan yang dirasai.
Dan akhirnya.. anak itu sendiri datang memeluk ayahnya.
Antara luahan netizen
Anda rasa okay jika perasaan anda “Dinafikan”?
Tak perlu dipendam perasaan itu, lepaskan dengan cara yang betul
Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy Parent Connect
Jika anak tidak boleh membaca tentu ada sebabnya. Ibu ayah perlu buat senarai semakan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah .
Tentu ibu bapa mahukan anak-anaknya menjadi seorang yang cemerlang. Jadi mulai hari ini, jom kita ubah cara kita mendidik anak-anak.
Perkongsian Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim dalam blognya https://ashikin-hashim.blogspot.my/2013/06/tip-anak-cepat-membaca.html boleh dijadikan panduan. Beliau menyediakan senarai semakan apakah yang membuatkan anaknya tidak boleh membaca dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Bagus dipraktikan sebab cara ini berkesan untuk anak-anak di tadika.
Ramai juga ibu bapa yang resah kerana anak masih tidak pandai membaca pada umur 6 tahun. Maka pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak mereka masuk ke tahun satu dengan kemahiran membaca yang baik. Jika tidak bagi mereka, anak mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.
Kerisauan itu perlu dan normal. Namun tidak adillah jika beban ini dipasakkan hanya pada bahu anak sahaja. Mereka dipaksa membaca dalam masa yang lama dan jika tidak dapat, maka akan dimarahi. Tindakan sebegini akan hanya melambatkan proses pembelajaran. Anak akan bosan dan menganggap membaca itu adalah aktiviti yang langsung tidakmenarik.
6 SENARAI SEMAK
Beberapa perkara perlu diambil kira jika anak anda yang masih belum boleh membaca pada usia enam tahun.
Adakah anda sebagai ibu bapa sudah mendedahkan pembacaan kepada anak-anak seawal yang mungkin? Jika anda mengharapkan anak membaca tetapi hanya memperkenalkan bacaan pada usia 6 tahun, usahlah harap mereka mahir membaca dalam waktu terdekat. Kemahiran membaca mempunyai proses tertentu dan kadangkala mengambil masa yang panjang. Ia bergantung kepada kebolehan seseorang anak itu.
Adakah anak anda membesar dengan normal? Tidak mempunyai penyakit atau seauatu yang menghalangnya daripada membaca? Contohnya Autisme, ADHD, Dyslexia dan sebagainya. Minta nasihat doktor jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena kepada anak anda. Tindakan awal boleh membantu anak anda.
Adakah anak anda membesar dalam keluarga yang berpecah? Penceraian ibu bapa boleh menjadi sebab proses pembelajaran anak terganggu. Ini semua perlu diambil kira.
Adakah kita konsisten? Membaca adalah satu proses yang berterusan. Bukan haya seminggu atau sebulan sekali. 10 ke 15 minit sehari sudah cukup untuk anak-anak berlatih. Tetapi perlu konsisten!
Adakah anak anda pemain tegar permainan video? Adakah anda mengawal jadual permainan anak? Mungkinkah jadual bermainnya tidak seimbang denhan latihan membacanya? Mari kita periksa! Dan apa pula kenis permainan yang diminatinya?
Adakah anak anda sudah bersekolah?
Setelah anda mengambil kira perkara di atas, senarai semak di bawah mungkin dapat membantu anda untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Mulakan dengan niat yang baik. Niat yang baik untuk menjadikan anak seorang yang berilmu untuk kepentingan agama. Menjadikannya insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Positif. Sematkan di dalam diri sebagai ibu bapa yang positif supaya nanti anak-anak pun akan positif ketika mempelajati sesuatu.
Mula mencari kaedah-kaedah membaca bagi membantu anak-anak membaca.
Pelbagaikan aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan anak membaca seperti membaca tajuk-tajuk utama akhbar, membaca penunjuk arah atau kain rentang, membaca tulisan yang ada di kotak-kotak makanan dan banyak lagi.
Konsisten. Buat jadual supaya anda akan dapat memantau perkembangan anak. Seorang anak tidak memerlukan berjam-jam untuk mahir membaca. 10 ke 15 minit sehari untuk anak membaca adalah mencukupi tetapi mestilah secara konsisten.
Jadikan buku sebagai perhiasan utama di dalam rumah kita. Di mana-mana sahaja ada buku dan anak mudah untuk mencapainya.
Memberikan hadiah berbentuk buku.
Jika anak anda sudah bersekolah, sentiasa berkomunikasi dengan guru anak untuk mengetahui perkembangan anak di dalam membaca.
Jangan berputus asa. Membaca bagi sesetengah anak mengambil masa. Sentiasa beri galakkan agar anak pun semangat membaca setiap hari.
Ibu bapa yang rajin membaca dan menunjukkan minat membaca secara tidak langsung akan menggalakkan anak untuk sama-sama membaca.
Semoga tip di atas dapat memberikan sedikit panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mempunyai masalah di dalam membaca.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...