Bila suap bayi makan, macam mana hendak tahu sama ada dia sudah kenyang atau belum? Kadang kala bayi tetap mengangakan mulutnya walau sudah semangkuk penuh anda menyuapnya makan.
Kalau yang jenis cerewet makan pula, cepat sahaja dia menutup rapat mulut apabila tangan ibu hendak menyuap makan. Seboleh mungkin dia mengelakkan makanan daripada masuk ke dalam perut.
Hairan ibu dibuatnya. Macam mana hendak kenyang jika satu makanan pun belum masuk ke dalam perut.
Tugas mengenal pasti anak sudah kenyang atau selesai makan menjadi tanggungjawab seorang ibu.
Ia nampak remeh tetapi ia penting untuk memastikan si manja tidak terlalu kekenyangan sehingga boleh menyebabkan dia termuntah kembali apa yang dimakan.
Ia juga menjadi satu tugas yang agak ‘tricky’ terutama kepada bayi yang sudah mula belajar makan sendiri tetapi mereka belum boleh bercakap untuk memberitahu mereka sudah kenyang.
Setiap bayi mempunyai cara unik tersendiri untuk memberitahu ibu dan ayah bahawa mereka sudah kenyang tetapi beberapa petunjuk berikut ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan memahami ‘signal’ si kecil anda.
Ads
1. Membuat muka bosan
2. Mula bermain dengan makanannya
3. Memicit dan melenyekkan makanan
Ads
4. Melihat ke arah ibu dan melontarkan makanan
5. Memasukkan makanan ke dalam lampinnya
6. Menolak makanan jauh daripadanya
Ads
7. Menggunakan lengannya untuk menolak makanan di atas dulang kerusi makanannya
8. Lebih berminat kepada benda selain daripada apa yang ada di kerusi makan
9. Cuba memanjat keluar daripada kerusi makan
10. Menggelengkan kepala jika ditawarkan makanan lagi
Jadi bila si kecil anda ada menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda berikut, janganlah paksa dia untuk terus makan lagi. Ia hanya akan membuatkan bayi membenci sesi makannya nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempersiapkan suapan pejal pertama untuk anak pastinya mendebarkan bagi semua ibu-ibu. Namun ada caranya untuk memastikan anak berselera dan tidak terkejut dengan makanan yang diberi.
Perkongsian Ekin Tumiran dari Darwisyah Little Sweet ini boleh mama jadikan panduan dalam mempersiapkan menu untuk anak. Paling penting kena bermula dengan semi solid food dulu. Mengapa?
Mama kena tahu ni!
SARANAN UNTUK ANAK UMUR 6 BULAN
Ramai ibu-ibu yang wasap saya tanya apa menu yang sesuai untuk baby yang baru masuk 6 bulan. Baru nak start makan.
Di sini saya ringkaskan sikit ye mengikut apa yang saya buat dan apa saya paham.
Kalau baby baru masuk 6 bulan, tentunya baby dah boleh start makan, mulakan dengan semi solid food dahulu. Tekstur makanan baby pula mestilah halus. Ni sebab baby baru nak kenal makanan dan nak bagi perut baby tak terkejut, jadi kena bagi perlahan-lahan dan ikut step by step.
2. Air masak dah boleh bagi bila baby dah start makan.
3. Biasanye 1 jenis makanan tu saya akan bagi 4 hari berturut-turut untuk pastikan baby serasi atau tak.
4. Untuk baby 6 bulan, boleh tambahkan EVOO (extra virgin olive oil) dalam puri baby, cukup sekadar 2 atau 3 titis untuk baby 6 bulan.
Ok nii antara menu untuk baby 6 bulan, terpulang pada ibu-ibu nak bermula dengan puri bubur kosong, puri sayur atau puri buah.
4 Day Rules (Buat 4 hari berturut-turut)
——————–
Hari 1-4 = Puri Carrot
Hari 5-8 = Puri Sweet Potato
Hari 9-12 = Puri Pear Hijau
Hari 13-16 = Puri Avocado
Hari 17-20 = Puri Bubur Kosong
Hari 21-24 = Puri Pisang
Hari 25-28 = Puri Epal Merah
Hari 29-30 = Puri Buah Naga
Kalau baby tak serasi, boleh stop dan tukar puri lain. Contoh tak serasi (baby akan sembelit, cirit birit atau naik merah).
Ni hanya menu cadangan, kalau tak nak ikut turutan tu boleh tukar ikut mana yang ibu-ibu suka dan yang ada stok kat dapur.
CARA2 BUAT PURI BUAH/SAYUR
————————-
Bolehlah pilih sayur/buah yang bersesuaian dengan umur anak.
2. Bersihkan dan potong sayur/buah. Potong dadu pun boleh.
3. Kukus buah/sayur sehingga masak. Kalau rebus khasiat dah kurang sikit.
4. Blend buah/sayur sehingga halus.
5. Sejukkan sekejap dan boleh bagi anak makan.
6. Kalau nak simpan dalam freezer disarankan pack untuk sekali makan. Simpan dalam freezer tahan selama 3 bulan. Peti biasa (chiller) tahan dalam 3-5 hari.
*Puri pisang, avokado dan betik tak perlu kukus, terus blend halus.
Semoga Bermanfaat..
Kredit: Ekin Tumiran, Darwisyah Little Sweet
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut Florentine memang biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Kalau nak beli biskut ini memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semua harganya agak keras.
Resipi Biskut Florentine Yang Crunchy
Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya. Sesuai juga kudapan berkhasiat untuk anak-anak. Jom kita cuba buat biskut Florentine mengikut resipi yang dikongsikan Dayah Lee yang dibakar menggunakan air fryer sahaja.
200 gm tepung florentine
100 gm almond flakes
100 gm kuaci labu
100 gm sunflower seed
2 sudu besar black sesame
Bakar Guna Air Fryer Saja
CARA MEMBUAT:
1. Bakar semua kacang suhu 160c selama tiga minit.
2. Gaul rata semua bahan bersama tepung florentine dalam satu bekas.
3. Masukkan satu sudu ke dalam setiap cawan acuan.
4. Bakar dengan suhu 160C selama 7 minit.
5. Selepas bakar, tunggu sejuk. Keluarkan dari acuan. Bolehlah susun di dalam balang kuih.
Kudapan Berkhasiat Untuk Anak-anak
KHASIAT KEKACANG UNTUK ANAK-ANAK:
Kekacang merupakan sumber nutrisi yang baik untuk anak-anak karena kaya akan protein, lemak sehat, vitamin, dan mineral yang esensial untuk pertumbuhan dan pengembangan mereka. Berikut adalah beberapa khasiat kekacang untuk anak-anak:
1.Sumber Protein: Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perbaikan sel serta pembangunan otot pada anak-anak. Kekacang merupakan sumber protein nabati yang sangat baik.
2.Mengandung Lemak Sihat: Kekacang mengandung lemak sehat seperti omega-3 dan omega-6 yang penting untuk perkembangan otak dan kesehatan jantung.
3.Sumber Energi: Kekacang kaya akan kalori dan nutrisi yang dapat menyediakan energi yang dibutuhkan oleh anak-anak yang aktif.
4.Sumber Serat: Serat dalam kekacang dapat membantu menjaga kesehatan pencernaan, mencegah sembelit, dan mendukung kesehatan usus.
5.Sumber Vitamin dan Mineral: Kekacang mengandung vitamin dan mineral seperti vitamin E, magnesium, zat besi, dan zinc yang penting untuk sistem imun, kesehatan kulit, dan fungsi saraf.
6.Menjaga Kesihatan Jantung: Lemak tak tepu dan serat dalam kekacang dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung di kemudian hari.
7. Mencegah Obesiti: Meski kaya dengan kalori, serat dan protein, kekacang dapat membantu anak-anak merasa kenyang lebih lama selain membantu mencegah masalah berat badan berlebihan.
Namun, perlu diingatkan bahawa mungkin ada anak-anak yang alah terhadap kekacang tertentu. Oleh itu, penting untuk memperkenalkan kekacang pada anak dengan hati-hati dan memperhatikan reaksi alahan. Selain itu, pilihlah kekacang yang sudah diproses tanpa garam tambahan atau bahan tambahan lain yang tidak sihat.
Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui. Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi. Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
-Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
-Muka menjadi merah.
-Mata berair, bengkak kelopak mata.
-Mulut gatal, bengkak bibir.
-Tekak perit.
-Hidung berair.
-Nafas termengah-mengah, batuk.
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
-Berasa takut.
-Muka menjadi merah.
-Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
-Tekak berasa perit.
-Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Pening.
-Tekanan darah rendah.
-Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera. Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
-Antihistamines.
-Adrenaline.
-Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta. Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).
Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.
Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.
Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak.
Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.
Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...