Macam Mana Nak Tahu Stok Susu Yang Di Frozenkan Rosak? 2 Tip Ini Boleh Di Buat

Share

Biasanya ibu yang meyusukan bayi dan mempunyai stok susu yang banyak dalam peti ais mesti akan risau nak meninggalkan rumah terlalu lama. Salah satu sebabnya takut rumah black out dan susu akan rosak.

Bila keadaan ini berlaku bagaimana nak tahu susu yang difozenkan itu dah tak boleh digunakan. Menurut Kaunselor Laktasi Nad Masrom dia ada kongsikan tipnya melalui pengalaman sendiri.

Cuti sekolah dah pun bermula. Mungkin ada mommies yang akan pulang bercuti di kampung atau travel jauh kan?

Bila cuti panjang, satu HAL yang selalu mommies menyusu fikir ialah KERISAUAN nak tinggalkan frozen EBM. Takut rumah black out, takut peti ais rosak dan paling ditakuti mommies ialah TAKUT FROZEN EBM ROSAK. Saya pernah buang 500oz frozen EBM macam tu je sebab deep freezer tak hidup waktu cuti sekolah. Buang sambil keluaq ayaq mata.

Sejak kes saya tu, jadi serik sangat dan mulalah cari alternatif macam mana nak tahu frozen EBM tak cair dan membeku semula waktu saya tiada di rumah. Yelah frozen EBM bila dah cair tak boleh dibekukan semula dan kena dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Tapi bila kita tak ada kat rumah, tak sedar pun kalau-kalau frozen EBM tu dah cair (waktu peti ais tak hidup) dan kemudian membeku balik.

Mommies boleh rujuk 2 gambar di bawah. Gambar yang pertama, saya bekukan 2 layers air (air masak dan air sirap). Tujuannnya ialah, kalau ditakdirkan peti ais saya mati untuk tempoh yang lama dan hidup semula, saya akan nampak air sirap tu dah bercampur dengan air masak di bawah. Kalau cair sikit pun mommies boleh nampak dengan kaedah ni.

Gambar yang kedua paling senang nak buat. Saya letak je duit syiling atas air batu. Kalau syiling jatuh kat bawah, maksudnya peti ais mati masa kita tak ada.

Ada satu lagi cara, mommies terbalikkan salah satu botol yang ada frozen ebm tu. Kalau susu turun ke bawah, maksudnya dah mencairlah dia masa cuti ni.

Senang tak tips ni? So kalau dah nampak ciri-ciri susu mencair dan membeku semula tu,mommies kenalah buang. Kesian baby nanti kalau minum susu yang dah rosak. Biarlah mommies menangis buang frozen EBM yang dah rosak dari mommies menangis tengok baby ada masalah nanti.

Semoga mommies dapat manfaat dari perkongsian ini. Salam penyusuan susu ibu dari saya dan SELAMAT BERCUTI.

Salam Penyusuan dari saya,

Nad Masrom

Your Breastfeeding Counselor

Published by
Wan Amy