Ramai wanita terutamanya mereka yang baru sahaja pertama kali hamil pasti tertanya, bagaimana rasa kontraksi?
“Adakah kontraksi bermakna sudah terdapat bukaan pada faraj saya?”
Ia merupakan satu proses fisiologikal normal bagi membantu para ibu untuk melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, ramai ibu mungkin tidak tahu bahawa kontraksi terbahagi kepada beberapa jenis.
Bukan semuanya berlaku pada saat anda hendak melahirkan anak.
Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, baca artikel ini.
Bagaimana rasa kontraksi palsu semasa hamil? Adakah ia menyakitkan?
Berbeza dengan jenis kontraksi lain, kontraksi palsu atau anda mungkin mengenalinya sebagai kontraksi Braxton-Hicks, berlaku di awal kehamilan.
Ia merupakan satu bentuk latihan bagi menyediakan otot rahim anda untuk lebih bersedia setelah janin cukup matang untuk mengalami proses kelahiran.
Jadi persoalannya, bagaimana rasa kontraksi palsu?
Walaupun kebanyakan wanita tidak berasa sakit, hanya rasa tidak selesa, terdapat segelintir yang mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin.
Kontraksi palsu lebih tertumpu di abdomen manakala rasa sakit kontraksi sebelum bersalin turut dirasai di bahagian belakang badan.
Tidak kerap berlaku dan jarak di antara dua kontraksi tidak semakin rapat.
Berubah mengikut kedudukan badan atau aktiviti seperti berjalan.
Tidak menyebabkan berlakunya perubahan pada struktur serviks.
Oleh sebab kontraksi palsu berkait dengan beberapa faktor seperti keletihan, kehausan dan sebagainya, perkara berikut boleh bantu melegakan kesakitan:
-Ubah posisi semasa anda. Jika anda sedang duduk, cuba baring. Kalau anda sedang berdiri, cuba duduk.
-Minum air secukupnya.
-Berhenti daripada sebarang aktiviti dan cuba berehat.
Bukan senang untuk seseorang itu membezakan di antara sakit kontraksi palsu dan kontraksi yang lain.
Perkara ini terutamanya ketika anda berada pada fasa lewat kehamilan.
Jika risau, dan rasa sakit tidak hilang selepas anda cuba tukar posisi atau minum air, anda boleh rujuk kepada doktor.
Kontraksi prakelahiran, rasa sakit sebelum 37 minggu kehamilan
Kontraksi yang mengisyaratkan badan sudah bersedia untuk melahirkan anak mempunyai corak/paten tertentu.
Ia berlaku lebih kerap. Sebagai contoh, mereka yang rasa kontraksi setiap 10 hingga 12 minit dalam tempoh masa sejam mungkin mengalami proses kelahiran.
Apabila ia berlaku sebelum kehamilan cukup tempoh (sebelum 37 minggu), ia dikenali sebagai kontraksi prakelahiran.
Rasa kontraksi tersebut adalah seperti berikut:
-Rasa tekanan pada abdomen atau bahagian pinggul.
-Kram perut.
-Sakit pada bahagian belakang badan.
Jika ketiga-tiga gejala tersebut hadir bersama dengan air ketuban pecah atau pendarahan pada faraj, tanda kelahiran menjadi lebih objektif.
Risiko untuk anda mengalami kontraksi pada tempoh prakelahiran mempunyai sangkut paut dengan risiko kelahiran pramatang.
Antaranya adalah:
-Masalah struktur pada organ seperti rahim, serviks atau uri.
-Sejarah berkaitan kelahiran pramatang.
-Dijangkiti oleh kuman.
-Kehamilan kembar.
-Merokok atau menggunakan dadah terlarang semasa hamil.
-Tidak diperiksa oleh doktor secara berkala.
-Tekanan fizikal, emosi dan mental.
-Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada normal sebelum kehamilan.
Rasa kontraksi ketika proses kelahiran
Secara amnya, proses kelahiran terbahagi kepada fasa awal dan fasa aktif.
Pada ketika ini, rasa kontraksi kebiasaannya ringan dan ia boleh berlaku di antara 30 hingga 90 saat.
Simptom lain seperti keluar lendiran mula timbul pada fasa ini berikutan serviks anda mula terbuka bagi membolehkan bayi keluar.
Pada peringkat permulaan, jarak di antara dua kontraksi boleh jadi jauh.
Namun, pada pengakhiran bagi fasa awal proses kelahiran, jarak antara dua kontraksi boleh jadi sependek 5 minit.
Pada ketika ini, doktor akan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan progress anda baik.
Kesakitannya boleh menjalar dari belakang badan hingga ke abdomen.
Pada ketika ini, tahap kesakitan meningkat dan ia biasanya berlaku selama 45 hingga 60 saat.
Jarak di antara dua kontraksi juga sudah semakin pendek, antara 3 hingga 5 minit.
Kadangkala, tempoh dua kontraksi bertindih antara satu sama lain. Semakin lama semakin pendek.
Apabila bukaan faraj anda sudah mencecah 7 sentimeter, kekerapan berlakunya kontraksi meningkat.
Bayangkan, anda boleh merasai kontraksi selama 60 hingga 90 saat dan jarak di antara keduanya boleh jadi 30 saat hingga 2 minit.
Rasa kontraksi semasa hamil berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang boleh menahan sakit dan ada juga yang meraung kesakitan. Simptom seperti rasa panas pada faraj, seram sejuk satu badan, muntah dan kerap terkentut boleh dialami oleh mereka yang berasa sudah hendak melahirkan anak.
Pastikan anda memberitahu doktor sekiranya sakit tersebut tidak tertahan oleh anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan wanita yang disahkan hamil dan berada dalam trimester pertama akan mudah berasa loya dan mual. Kadang tu sepanjang hari mulut terasa mual sehingga menjejaskan rutin harian.
Bagi yang bekerja juga, ia turut memberi kesan sehingga menganggu kerja yang ingin dilakukan. Disebabkan masalah ini kebanyakan wanita lebih suka makan asam untuk mengurangkan loya dan seolah-olah menjadi tabiat pula.
Sebenarnya untuk kehamilan yang sihat, ibu hamil tidak digalakkan untuk makan asam atau jeruk. Pada waktu diawal trimester ini perkembangan bayi dalam kandungan perlu dititikberatkan. Bagi mengatasi masalah ini, ibu hamil boleh menggunakan beberapa tip sihat ini untuk mengelakkan kebergantungan pada asam dan jeruk semata-mata.
1) Lemon
Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar.
2) Halia
Halia dihiris nipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.
3) Peppermint
Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupun boleh ambil Peppermint-Ginger Plus
4) Vitamin B6
Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.
5) Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit
Jangan biarkan perut kosong. Nanti ibu dan bayi tak sihat. Makan sikit-sikit dan perlahan-perlahan.
6) Banyakkan Minum Air
Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk.
7) Selalu Isi Perut Dengan Biskut
Kalau boleh biar ada biskut dalam beg. Tak kisah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan. Cara ini juga terasa mual boleh jadikan pengganti asam.
8) Makan Makanan Yang Kurang Menarik
Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pun kadang-kadang nak tengok tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet
Makan Karbohidrat
Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau!
Makan Makanan Tinggi Protein
Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke, atau yang berkaitan.
Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doktor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat.
Pembawakan setiap kehamilan tu berbeza-beza. Ada yang ketika mengandung, bukan main naik serinya. Ada juga yang mungkin mengalami peningkatan berat badan mendadak atau tak kurang juga yang berubah bentuk wajah.
Sebenarnya setiap kehamilan bergantung kepada hormon masing-masing. Alahan yang dialami semasa mengandung juga mungkin tak sama setiap kali hamil. Kalau tak ada ‘mabuk-mabuk’, memang beruntung sungguh!
Sebuh video yang dikongsikan oleh lisaaaaaaaaaaa60 yang menunjukkan perubahan dirinya sebelum dan semasa hamil. Dapat dilihat sebelum kehamilan, wajahnya okay tanpa jerawat.
Berbeza ketika mengandung, jerawat mulai ‘naik’ tetapi bakal ibu ini tidak kisah demi zuriat yang dinanti-nantikan selama enam tahun. Pada usia kehamilan 8 bulan kini, biarpun seri wajahnya ‘ditarik’ bayi dalam kandungan dia tak kisah dan reda.
“Journey of pregnancy 🙂 demi anak pertama yang 6 tahun menanti takpela biar mummy buruk kot seri mummy pergi dekat awak ke kan..”
Pengorbanan seorang ibu memang besar. Bukan sahaja perubahan fizikal bahkan kadang-kadang emosi pun terganggu sepanjang tempoh mengandung. Tak kira lagi rasa sakit dan sebagainya semasa berbadan dua. Biarpun begitu, kita tak pernah rasa semua itu menyusahkan malah rasa bahagia dapat merasai nikmat mengandung.
Ads
Banyak komen positif yang ditinggalkan warganet. Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama;
Ads
Tahniah! Semoga urusan bakal ibu ini ketika bersalin nanti dipermudahkan dan kesihatan kedua-dua ibu anak berada di tahap yang baik.
Pelakon Aeril Zafrel meluahkan rasa bimbang kerana bayi berusia tujuh bulan yang dikandung isterinya, Wawa Zainal ketika ini mengalami masalah kekurangan berat badan.
Menurut Aeril, doktor mengesahkan masalah tersebut berpunca daripada corak makanan Wawa yang tidak teratur selain turut dipengaruhi oleh jumlah dan kuantiti makanan yang diambil.“Tidak dinafikan kali ini Wawa sedikit sibuk dengan kerja. Jadi makan itu agak kurang dan tak banyak.
“Jadi ia menyebabkan berat badan bayi pun sedikit terkesan berbanding kehamilan sebelum ini,” katanya.
Menurut Aeril, disebabkan masalah tersebut, doktor menasihati supaya isterinya mengambil makanan yang protein tinggi.
“Doktor meminta Wawa makan makanan yang ada protein tinggi seperti tauhu,” katanya.
Terdahulu, isu berat badan bayi dikandung Wawa turut mencuri tumpuan apabila pelakon itu memuat naik satu posting berkaitan masalah tersebut.
Menurut Menurut Wawa, kandungan yang diklasifikasikan sebagai kecil itu sudah berusia tujuh bulan.
Sementara itu, ditanya tentang kesan kehamilan Wawa terhadap dirinya, Aeril memberitahu dia turut terkena tempias apabila mengalami alahan.
“Saya ada muntah-muntah tapi dua bulan terawal saja. Namun ia bukanlah perkara baru kerana boleh dikatakan setiap kali Wawa hamil memang saya macam ni,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.