Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Ads
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Ads
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Ads
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah. Ibu ayah jangan judge anak & panik, mesti tahu punca anak menangis.
Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ibu ayah. Tidak dinafikan dalam bangunan sekolah nanti akan kedengaran tangisan dari kanak-kanak di sana sini dan pelbagai aksi pujuk memujuk akan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Puan Marina Mohd Nor, Pengetua Tadika Ilmiah Bonda, Subang Bestari ini diharapkan dapat membantu anda memahami sebab kanak-kanak menangis pada hari pertama sekolah.
ANAK-ANAK MENANGIS TIDAK SEMESTINYA MEREKA TIDAK SUKA
Saya, Teacher Marina selaku pengetua Ilmiah Bonda ingin kongsikan antara faktor yang menyebabkan anak-anak menangis di hari pertama persekolahan.
4 PUNCA KANAK-KANAK MENANGIS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
#1. BELUM MENGENALI ORANG SEKELILING
Ada ramai kawan-kawan yang tidak dikenali. Ini memberi kejutan besar kepada anak-anak. Kerana dia sedang dikelilingi oleh guru-guru dan kawan-kawan yang dia tidak pernah jumpa dan tidak kenal. Tiba-tiba anak-anak akan rasa terlalu asing dan takut.
#2. MENANGIS UNTUK MENGHILANGKAN RASA TAKUT
Ada kawan-kawan yang menangis. Apabila melihat atau berada di situasi yang penuh dengan suara tangisan, sedikit sebanyak perasaan mereka jadi berbaur. Jadi kanak-kanak itu akan meniru aksi menangis kawan-kawan lain untuk hilangkan rasa takut mereka.
#3. IBU AYAH HANYA HANTAR DI PAGAR SEKOLAH
Ibu bapa hantar di pagar sekolah sahaja tidak seperti semasa pendaftran, ibu dan ayah serta adik beradik lain masuk ke tadika dan menemani mereka bersama mereka di sekolah.
#4. MENGANTUK & LAPAR
Rasa mengantuk dan rasa lapar juga adakala faktor yang menganggu emosi kanak-kanak.
IBU AYAH JANGAN PANIK, LAKUKAN 3 PERKARA INI
Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, Puan Marina menyarankan supaya melakukan 3 perkara ini. Hal ini akan membantu meringankan tugas guru untuk memujuk anak-anak kecil ini.
Jadi jika berlaku situasi anak menangis di hari pertama persekolahan nanti, ibu, ayah, atok, nenek, uncle, mak cik jangan panik.
Ini antara cara ibu ayah boleh bantu ringankan kerja guru di sekolah;
#1. BERI LUANG MASA ANAK UNTUK BONDING DENGAN GURU
Guru-guru sudah bersedia dan terlatih untuk mengawal situasi ini, segera serahkan anak-anak kepada guru bertugas. Dan berikan mereka ruang masa untuk mengenali, bercakap dan berduaan dgn guru mereka.
#2. SEDIAKAN PAKAIAN EKSTRA & TUALA
Ada juga situasi, anak-anak akan menangis hingga muntah dan basah baju. Ibu bapa boleh mudahkan kerja guru dengan menyediakan baju salin dan tuala dalam beg mereka.
#3. ELAKKAN BERBUAL LAMA DENGAN GURU DI PAGAR SEKOLAH
Anak-anak sudah bersedia hendak ke sekolah, tetapi mereka perlukan masa. Beri masa guru-guru dan anak-anak menyesuaikan diri. Ibu bapa elakkan berbual dengan guru terlalu lama di pagar sekolah pada hari tersebut.
Kita semua mahu yang terbaik, kita perlu ingat bahawa di tadika guru bukan sahaja mengajar, mereka membantu kanak-kanak mengawal emosi, ajar anak-anak membuat keputusan, pastikan keselamatan anak-anak kita.
Jadi, mudahkan proses anak-anak kita belajar bersama guru-guru. Pengalaman yang dilalui oleh anak-anak adalah proses.
Doakan Allah permudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak kita dan urusan guru-guru anak-anak kita.
Pesanan kasih mesra dari saya. Share bersama ibu bapa lain, semoga bermanfaat.
Jika dahulu hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri sendiri.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Disinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Anak itu tanggungjawab bersama, jangan biarkan isteri uruskan seorang diri
Cuci berak anak, isteri yang uruskan. Bagi mandi anak, isteri juga yang uruskan. Pakai baju anak, isteri yang buatkan. Suap makan anak, isteri yang suapkan. Ajar anak buat kerja sekolah, isteri juga. Ajar mengaji, isteri yang ajarkan. Tidurkan anak, isteri yang dodoikan.
A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yang buat dari anak tu baby sampailah anak tu besar. Kita yang jadi suami, terus serah bulat-bulat tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing anak atas bahu isteri.
“Tengok anak jadi macam tu sebab cara awak salah dalam membesarkan dia…”
Isteri salah sebab anak nakal…isteri salah sebab anak hyper…isteri salah sebab anak kurang pandai…isteri salah sebab anak out of control.
Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?
Bukan bila dia dah besar, baru kita nak marah-marah dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak tangan-tangankan dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia.
Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan.
Dari situ kita dah kena bersama-sama isteri untuk membesarkan dan menguruskan anak.
Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah-marah. Suruh ajar anak kerja sekolah, kita kata sibuk…suruh main dengan anak, suruh layan anak, buat la sejam…pastu tak tahan, tak nak dah, tak boleh dah, terus pass kat isteri.
Ya, kita sibuk cari rezeki…ya, kita keluar bekerja…ya, kita balik rumah dah malam…ya, kita letih dan penat…
Tapi itu anak kita dan kita perlu untuk mendidik dan membimbingnya…ianya lebih dari sekadar menyediakan kewangan dan keperluan untuk anak tersebut…suami perlu bersama isteri dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…
Jadi suami ni, jangan hanya tahu untuk buat anak, tahulah sekali untuk menjaga dan menguruskan anak…
Jangan biarkan isteri uruskan seorang diri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran anak kedua bukan sahaja menambahkan kegembiraan dalam keluarga, tetapi juga meningkatkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa. Untuk lebih bersedia menjalaninya, anda serta pasangan memerlukan pertimbangan dan persiapan yang lebih matang sebelum menambah anak.
Kehadiran anak kedua pasti akan membawa banyak perubahan dalam keluarga, bermula dari kos sara hidup untuk keperluan si Kecil hingga corak keibubapaan anak pertama. Ini tentunya menjadi cabaran bagi ibu bapa. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa anda dan pasangan anda bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum memutuskan untuk mempunyai anak kedua.
5 perkara yang perlu anda tahu jika ingin menambah bayi
Berikut adalah beberapa perkara yang anda dan pasangan anda perlu pertimbangkan dan persiapkan sebelum memutuskan untuk menambahkan bayi:
1. Usia ibu
Sekiranya anda berusia di bawah 30 tahun dan tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi semasa kehamilan sebelumnya, maka kemungkinan anda mengandung anak kedua akan lebih selamat.
Namun, jika anda berusia lebih dari 35 tahun, kemungkinan untuk hamil lagi mungkin lebih sukar atau anda akan lebih berisiko mengalami komplikasi semasa hamil, seperti keguguran dan diabetes kehamilan.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa semakin tua ibu semasa mengandung, semakin tinggi risiko janin mengalami kelainan kongenital. Oleh itu, anda harus berjumpa pakar sakit puan sekiranya anda ingin hamil lagi.
2. Masa yang tepat untuk mengandung anak kedua
Jarak ideal antara kelahiran dan kehamilan seterusnya adalah sekitar 2-4 tahun. Ini kerana jarak kelahiran yang terlalu dekat sangat berisiko untuk kesihatan ibu dan janin dalam kandungan.
Anda perlu tahu, tubuh wanita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan bersedia untuk hamil lagi. Sekiranya anda terpaksa hamil dalam masa terdekat, maka anda akan berisiko mengalami gangguan plasenta, terutamanya jika kelahiran sebelumnya dilakukan oleh pembedahan caesar. Selain itu, jarak kelahiran yang terlalu dekat juga menyebabkan anak kedua berisiko dilahirkan sebelum waktunya.
3. Keupayaan kewangan
Sebagai tambahan kepada keadaan fizikal dan mental, keadaan kewangan juga merupakan satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda dan pasangan anda memutuskan untuk mempunyai anak kedua. Dengan menambahkan anak-anak, kos sara hidup keluarga tentu akan meningkat.
Hitung semula keadaan kewangan anda dan sediakan kos untuk keperluan utama ketika anak kedua dilahirkan, seperti susu, peralatan bayi, imunisasi, hingga kos pendidikan kemudian.
Sekiranya anda masih aktif bekerja, berbincanglah semula dengan pasangan anda sama ada kemudian anda akan terus bekerja atau mahu fokus menjaga anak-anak.
4. Kesediaan pasangan
Tidak dapat dinafikan, kehadiran anak kedua pastinya memakan banyak masa dan pasangan anda. Oleh itu, penting untuk menentukan sama ada pasangan anda sudah bersedia untuk mempunyai anak yang lain. Sekiranya salah seorang daripada anda tidak yakin atau bersedia, maka tidak perlu memaksa diri untuk memiliki anak kedua dalam masa terdekat.
5. Kesediaan anak pertama untuk menjadi kakak
Kehadiran adik lelaki dapat membuat anak pertama bahagia atau malah gelisah dan cemburu dengan adiknya kerana perhatian orang tuanya terbelah. Walau bagaimanapun, masalah ini biasanya hanya sementara. Anda boleh berusaha untuk memahami dan mengajar anak pertama anda menjadi kakak yang baik. Apa yang anda boleh lakukan ialah:
Tanya pendapatnya, bagaimana jika ada bayi baru yang datang. Anda juga dapat mengetahui sama ada anak sulung anda sudah bersedia dengan memerhatikan bagaimana reaksi dia semasa dia berinteraksi dengan bayi baru lahir yang lain.
Bawa anak pertama anda bersama anda semasa menyediakan pelbagai peralatan atau memilih barang untuk bilik kakak masa depan anda. Sertakan anak pertama anda untuk menemani anda semasa pemeriksaan pranatal. Ini dapat memberinya pemahaman bahawa dia akan menjadi kakak.
Ajak anak pertama anda untuk berinteraksi dengan saudara kandung di perut anda dengan mengucapkan “hai” atau “hello”. Ajar dan beritahu anak pertama anda perlahan-lahan mengenai peranan dan cara untuk menjadi kakak yang baik. Keputusan untuk mempunyai anak kedua adalah keputusan besar yang mesti disiapkan dan difikirkan dengan teliti.
Selain perlu menyiapkan beberapa perkara di atas, aspek yang tidak kurang pentingnya adalah keadaan kesihatan anda untuk hamil dengan anak kedua. Untuk itu, cubalah berjumpa pakar sakit puan untuk mengetahui sama ada badan anda sudah bersedia untuk kehamilan kedua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose tampil berkongsi wajah cahaya mata kesayangannya sempena Aidil Fitri ini.
Menerusi Instagramnya, Raysha memuat naik gambar sekeluarganya di pagi raya...