Bersedia dengan sebarang kemungkinan, semua orang membuat pembelian barangan dapur di kebanyakan pasar raya. Ada yang sehingga keterlaluan, sampaikan tak ada stok untuk orang lain. Jangan terlalu pentingkan diri, kita masih keluar untuk membeli barangan keperluan.
Ada sesetengah pihak tidak bertanggung jawab yang ‘borong’ semua barang. Yang menyedihkan apabila tiba-tiba tak jadi membeli, semua troli ditinggalkan begitu saja. Dengan barang mentah yang membusuk dan sayuran yang layu.
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya membeli barangan dapur.
Ikuti perkongsian beliau.
Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni.
Ads
Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.
Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife.
Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer j***r kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect).
Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah.
Ads
Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya.
Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang.
Ads
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat.
Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya!
Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME
Ada benarnya saranan beliau ini. Kekal bertenang dan jangan panik. Ikut saja setiap arahan dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangani isu ini. Sekiranya kita bekerjasama, hal COVID-19 ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Sama-sama kita doakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi memilukan di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang menggemparkan seluruh negara apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan pangsapuri.
Insiden yang berlaku sekitar jam 2.30 petang tadi mengejutkan bukan sahaja penduduk setempat, malah menyentuh hati ramai ibu bapa yang mengikuti berita ini.
Menurut laporan, kejadian berlaku di Blok J pangsapuri tersebut, apabila mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan parkir selepas terjatuh dari kediamannya. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila penduduk menyedari kejadian itu, malah sebuah rakaman video tular di media sosial turut merakamkan detik cemas dengan suara seorang lelaki menyebut:
“Tingkat lapan, tingkat lapan, budak jatuh. Meninggal budak…”
Suasana di Flat Seri Perantau, Port Klang gempar apabila seorang budak lelaki dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat 8. pic.twitter.com/cm4XV1vInl
Disahkan Meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan kecemasan di Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi setelah siasatan penuh dijalankan.
Lokasi kejadian di Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang.
Ibu Ayah, Tolong Ambil Iktibar: Rumah Bertingkat Perlu Langkah Keselamatan Berganda
Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku. Malah, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak kes kanak-kanak jatuh dari rumah bertingkat dilaporkan. Situasi ini cukup membimbangkan dan sewajarnya menjadi peringatan buat semua ibu bapa.
Kanak-kanak kecil, terutamanya dalam lingkungan umur 2 hingga 5 tahun, berada dalam fasa ingin tahu yang tinggi. Mereka mudah memanjat, meneroka dan kadang kala tidak menyedari bahaya yang menanti. Justeru, ibu ayah perlu lebih peka dan mengambil langkah pencegahan yang serius, terutamanya jika tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri atau flat.
Langkah Keselamatan Yang Boleh Ibu Ayah Ambil Di Rumah Bertingkat:
🔒 Pastikan semua tingkap sentiasa berkunci, terutama jika ada anak kecil di rumah.
🪟 Pasang jeriji atau jaring keselamatan khas di setiap tingkap dan pintu balkoni.
🪑 Elakkan meletakkan perabot seperti kerusi, meja atau katil berhampiran tingkap, yang boleh memudahkan anak memanjat.
👀 Sentiasa awasi anak-anak, walaupun hanya sekejap. Detik yang singkat sudah cukup membawa padah.
🧠 Didik anak secara perlahan-lahan tentang bahaya tempat tinggi, walaupun mereka belum benar-benar faham.
Al-Fatihah buat adik kecil ini. Semoga tenang di syurga-Nya. Amin.
Waktu memasak, kadang-kadang kita perlukan santan sebagai bahan masakan tapi mahu guna sedikit sahaja. Bila dah dibuka santa kotak yang dibeli, tak digunakan semua. Bila simpan dalam peti sejuk, ia menjadi rosak dan basi.
Santan yang sudah dibuka, walaupun disimpan dalam peti sejuk akan mudah rosak. Jadi sayanglah, baru diguna sedikit tapi dah basi tak boleh guna. Adamsufi Mazri telah berkongsi cara paling mudah untuk menyimpan santan.
#Tips untuk mereka Yang no choice terpaksa Beli santan kotak size besar. #bahagikan santan ikut sekali penggunaan Dalam masakan.
Petikan artikel dari Berita Harian menjelaskan beberapa manfaat pengambilan santan:
Lazimnya individu akan terus terfikir pengambilan makanan bersantan antara punca kolesterol. Stigma masyarakat keburukan santan sebenarnya silap kerana bahan itu mempunyai khasiat yang boleh dimanfaatkan dalam masakan mahupun penjagaan kesihatan.
Penggunaan santan digunakan sejak zaman dulu, antara lain dipercayai berkhasiat melebatkan rambut dan berupaya menghaluskan kulit wajah.
Menerusi bidang kesihatan pula, santan yang kerap dimomokkan mengandungi kolesterol tinggi mempunyai manfaat seperti tinggi serat, kaya vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6.
Pakar Nutrisi Syarikat Perunding Nutrisi di Singapura, Shermin Low, berkata beliau komited membetulkan persepsi masyarakat mengenai dan kesannya kepada kesihatan.
Katanya, kajian menunjukkan ia santan mengandung Medium Chain Triglycerides (MCTs), boleh menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti bakteria serta dan antivirus dalam mencegah penyakit,” katanya.
Shermin Low, berkata santan juga mengandungi mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus serta bebas laktosa yang menjadikannya ideal bagi individu yang alah pada laktosa dan vegan.
Beliau menyarankan masyarakat memilih dan mengambil apa saja menu secara sederhana bagi memastikan kolesterol berada pada tahap sepatutnya sekali gus memberi peluang mereka menikmati makanan tanpa sebarang masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Polis belum mengambil keterangan ibu bapa kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak, dekat sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, buat masa ini polis memberi ruang kepada ibu bapa mangsa yang masih trauma.
“Kita kena faham perlu kasihan ibu bapa tengah dalam keadaan susah macam itu. Atas dasar kemanusiaan bagilah peluang mereka masih trauma. Kita tak duduk tempat dia kita tidak tahu.
“Hospital sedang menguruskan post mortem (bedah siasat) jenazah dan sebagainya sebelum dikebumikan kelak ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Zainal Mohamed, setakat pukul 10 pagi ini, jenazah dua beradik masih dalam urusan pihak hospital.
Katanya, beliau akan berjumpa dengan ibu bapa berkenaan namun sedang menunggu kebenaran pihak hospital untuk proses siasatan lanjut.
Kebakaran kira-kira pukul 3.30 pagi yang melibatkan tiga kediaman itu mengorbankan nyawa d Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, di rumah mereka.
Jenazah dua beradik itu ditemukan di bilik utama rumah berkenaan selepas operasi pemadaman selesai.
Sebelum ini media melaporkan nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Normala, 48, berkata, ketika kejadian, anak perempuan dan menantunya tidak membawa kedua-dua cucunya keluar kerana mereka dipercayai sedang tidur.
“Saya dimaklumkan kejadian kira-kira 4 pagi dan ketika kejadian anak saya dan suaminya pergi keluar makan pukul 3 pagi kerana anak saya yang mengandung mengidam nak makan,” katanya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilapor perlu mendapatkan laporan polis sebelum menentukan sama ada ibu bapa mangsa melakukan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam kebakaran di rumah mereka.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, dilaporkan berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung kebakaran itu untuk sama ada ibu bapa mangsa melakukan kesalahan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana cuai.
Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) menggariskan mengenai penganiayaan, pengabaian, pembuangan dan pendedahan kanak-kanak.
Seksyen 31(1)(a) menyatakan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.