Pengalaman melahirkan anak sememangnya satu pengalaman yang begitu memberi kesan pada diri semua wanita. Kelahiran anak-anak yang berbeza lebih membuatkan seribu pengalaman paling bermakna buat seorang ibu.
Pelakon Ezzaty Abdullah yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Jumaat lalu turut merasai perit getir melahirkan anak melalui proses induce. Biar pun bukan pengalaman pertama kali namun kata Ezzaty, pengalaman kedua ini begitu memberi kesan pada dirinya.
Namun kata Ezzaty, dia amat bersyukur dapat merasaikan nikmat sakit bersalin seperti yang sering diperkatakan orang lain. Sakit yang teramat sangat, begitu kongsinya.
Memuat naik video di Instagramnya, Ezzaty turut merakamkan detik cemas kelahiran bayi kedua yang masih belum diberi nama.
“Last week, 5pm start rasa sakit perut. Then kemas rumah sikit, mandi-mandi solat Asar dan terus ke hospital pukul 7.15pm. Sampai hospital check bukaan 2cm dan contraction pun tak banyak.
“My gynae bagi option untuk stay and induced atau nak balik rumah dulu tunggu normal contraction. Disebabkan masa bersalin Harum dulu induced tak sakit walaupun semua orang yang pernah kena induced cakap sakit sangat, so saya pilih untuk induced je.
“10pm start pasang drip dan induce. 11 30 pm start rasa sakit. Sempat baca surah Maryam dan As Syura je. Lepas tu tak tahan sakit sangat. (macam ni rupanya yang orang cerita sakit induced).
“Saya minta cucuk ubat tahan sakit tapi masih rasa sakit cuma rasa mengantuk lebih sikit, so dapat la tido kejap dari jam 12am-130am,” kongsinya.
Suami jadi penguat
Menurut kata anak kelahiran Bentong, Pahang ini lagi, sepanjang berada di dalam bilik bersalin, suami Ezzaty, Azwan Kombos sentiasa menjadi tempatnya untuk berpaut sepanjang kontraksi.
“Sepanjang dalam labour room banyak kali tangan Azwan jadi mangsa kena genggam dan picit sekuat hati sebab nak tahan sakit. Nasib baik la suami jenis redha je.
“Bangun tidur sebab rasa sakit sangat-sangat dah. Macam nak pengsan menahan sakit contraction tu.
“Alhamdulillah 2 jam je tahan sakit, baby nak keluar dah. Masa ni memang maximum dia punya sakit macam nak tercabut nyawa. Dah mengucap siap-siap masa nak teran. (baru rasa nikmat sakit yang orang selalu cerita sampai trauma nak beranak lagi tu),” katanya berkongsi.
Syukur dapat rasa nikmat sakit bersalin
Pun begitu kata Ezzaty, biarpun teramat sakit menahan kontraksi namun proses melahirkan anak keduanya itu teramatlah mudah. Hanya lima minit sahaja, bayi kecilnya sudah pun dilahirkan ke dunia.
“Allah Maha Besar dan Memahami, sakit nak keluarkan adik cuma 5 minit je. Ya Allah, cepatnya. Sekejap je Allah bagi rasa sakit tu. Alhamdulillah lepas adik keluar je, semua rasa sakit tadi hilang macam tu je.
“Macam magic. Seronok dan syukur sangat bersalin kali ni dapat rasa nikmat macam ni. Ada sakit, ada sakit sangat-sangat, ada lega. semua rasa,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga turut mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya malah turut sama berkongsi kisah kelahiran yang sama sepertinya.
Terdahulu, Ezzaty selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Februari lalu pada tepat jam 3.53 pagi. Ezzaty turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Menarik: First Time Bawa Afwa Naik Flight, Dato’ Siti Kongsi Gelagat Comel Aafiyah & Afwa Bercuti
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!