Keibubapaan

“Macam Ni Rasanya Bila Anak Kena Tahan Wad, Hati Sentiasa Berdebar”, Diana Amir Tak Putus Doa!

Share

Ibu mana yang tidak gundah gulana bila anak di masukkan ke hospital kerana sakit. Hati sentiasa rasa berdebar-debar dan tidak putus berdoa pada Allah. Mahu anak cepat-cepat sembuh, itulah perasaan seorang ibu.

Begitu jugalah yang dilalui Diana Amir bila anak keduanya, Khadija Azzehra dimasukkan ke hospital. Pertama kali berdepan dengan situasi ini benar-benar membuatkan naluri keibuannya tersentuh. Malah pelakon dan pengacara ini juga amat mengagumi ibu-ibu yang mempunyai anak berpenyakit kronik dalam berdepan dengan situasi sebegini.


Malam tadi, first time anak warded. Macam ni rasanya nervous, banyak tawakal, doa dan bergantung harap dengan Allah. Dia sebaik-baik perancang.

Alhamdulillah takde apa-apa yang serius! Semua ok, harini pun Khadija dah aktif sangat-sangat macam biasa. Almost 10 kali tanya bila nak balik rumah but still kena monitor 24 hours, insyaAllah takde pape boleh discharge, yay! .

Kebetulan husband tengah outstation, kesian dia tak senang hati nak tidur semalam. Doakan perjalanan husband Diana balik dengan selamat, boleh jumpa anak kesayangan dia ni (tiga-tiga pun kesayangan ?) Alhamdulillah family ramai berkampung kat rumah semalam and tolong jaga Khawlah and Khalid. Semoga Allah balas doa dan jasa semua, amin.

Tak terbayang perasaan parents yang anak hidap penyakit kronik. Patutlah diorang selalunya nampak tenang, sebab diorang kena kuat untuk anak. Depan anak kena tunjuk optimis, dalam hati Allah je yg tau.

Semoga anak-anak and family anda dalam keadaan sihat walafiat, dalam lindunganNya selalu, Amin!

Netizen turut mendoakan kesejahteraan Khadija malah berdoa semoga si comel kesayangan Diana Amir ini segera sembuh.

“Semoga cepat-cepat sembuh dan kuat” Beberapa komen memberi semangat buat Diana dan si kecil Khadija. Semoga Khadija cepat-cepat sembuh.

Kredit: @dianaamir

Published by
SRM