Seperti pakai kanta lekap berwarna biru. Itu keistimewaan dua beradik dari Kampung Chenerai, Mukim Siong, Baling, Kedah sejak kecil apabila memiliki mata berwarna biru yang cantik seperti memakai kanta lekap.
Pergi mana-mana semua orang perhatikan
Menerusi laporan Kosmo, Umi Aqilah Ahmad Zailani, 18, dan adiknya, Mohamad Safwan, 12, dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak dilahirkan dan ia diwarisi daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dolah, 51.
Menurut Mohamad Safwan, sejak kecil mereka sentiasa menjadi perhatian dan orang ramai sering memperhatikan matanya sekiranya dia keluar ke kedai dan bandar.
“Mata saya dan kakak jadi perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta untuk bergambar. Kami tidak tolak dan biasanya akan bergambar dengan mereka.
“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut sejak kecil lagi yang mana ibu dan bapa sering nasihat supaya sentiasa merendah diri dan baik dengan semua orang,” katanya.
Katanya, dia juga gembira kerana semua rakan di sekolah dan kampung ini serta guru sangat baik dan tidak pernah membezakannya dengan orang lain.
Mewarisi mata seperti ayah
Ads
Ibu mereka, Eshah Md. Hassan, 44, berkata, hanya anak kelima dan keenam iaitu Umi Aqilah dan Mohamad Safwan dilahirkan dengan sepasang mata berwarna biru.
“Dua beradik ini mewarisi mata suami saya yang juga memiliki sepasang mata berwarna biru sejak dilahirkan, manakala empat lagi anak kami mempunyai warna mata normal seperti kebanyakan orang.
“Saya pernah ditegur seorang peniaga kerana memakaikan anak yang masih kecil dengan kanta lekap kerana ia boleh merosakkan mata,” katanya.
Tiada masalah penglihatan
Menurutnya, dua beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan dan mereka dapat melihat serta membaca seperti biasa.
Ads
“Cuma, Umi Aqilah mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan dan kini belajar di Sekolah Menengah Sungai Layar (Pendidikan Khas), manakala Mohamad Safwan tiada sebarang masalah kesihatan,” ujarnya.
Tambahnya, warna anak mata suaminya sama seperti Mohamad Safwan berbanding Umi Aqilah yang nampak lebih jernih warna birunya.
Genetik nenek moyang
Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Aishah Ismail, 75, berkata, Ahmad Zailani merupakan anak kedua daripada empat beradik dan hanya dia seorang sahaja bermata biru.
Ads
“Mereka tiga beranak yang mendapat mata biru ini berkemungkinan daripada keturunan moyangnya iaitu nenek saya dan nenek saudara saya yang juga bermata biru tetapi mata mereka tidak sejernih atau biru seperti anak dan dua cucu saya ini.
“Mata saya dan ibu saya juga ada sedikit warna biru tetapi tidak ketara seperti mereka bertiga,” ujarnya yang mempunyai 14 orang cucu dengan dua orang sahaja yang bermata biru.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa, 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.
Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.
Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.
Nak tunggu anak-anak membesar, macam-macam gelagat yang boleh membuatkan ibu bapa ‘urut dada’. Maklumlah kadang kala benda yang tak pernah terfikir pun anak boleh lakukan.
Percayalah gelagat anak-anak inilah boleh buat kita tersenyum sendiri walaupun terselit sikit perasaan geram. Tapi fasa ini akan berlaku sekali je seumur hidup masa kecil. Bila dah makin besar, makin cerdik, momen begini akan dikenang kembali. Percayalah!
Lagi satu ibu bapa jangan terus marah-marah jika anak buat sesuatu yang diluar jangkaan. Bukan apa risau anak akan jadi penakut dan emosinya terganggu. Boleh cakap elok-elok sebab anak kecil dia belum faham lagi mana yang betul dan salah.
Seperti perkongsian yang mencuit hati dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok atas akaun Ain Darman, dia berkongsi gelagat anak perempuannya yang masuk dan duduk dalam sangkar kucing.
Nampak macam tak munasabah kan tapi hakikatnya memang betul-betul terjadi. Dengan muka tak bersalahnya, anak ini mengeluarkan beberapa ekor anak kucing dan duduk bersila dalam sangkar.
“Mengucap panjang dibu meninaaa..Menina nak jadi cat pulakk..”
Terkejut ibu keluar rumah tengok Menina dah selamat masuk dalam sangkar kucing. Tak tahu dari mana idea yang dia dapat. Nasiblah anak-anak kucing tu semua selamat dan dia tak duduk atasnya.
Dengan muka tak bersalahnya, apabila ibu minta keluar tetap tak mahu hingga terpaksa dipujuk beberapa kali. Alahai bertuah sungguh anak!
Di ruangan komen ramai yang terhibur dengan telatah comelnya. Sehinggakan ada yang teringat satu video yang pernah tular beberapa tahun lalu ini iaitu adik Fattah Annas.
Jadi, masing-masing telah meninggalkan komen di TikTok @aindarman apabila melihat keletah comel kanak-kanak yang dipanggil Menina itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Ramadan! Itu perasaan syukur yang terpancar di wajah pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) ini apabila menerima sebuah kereta Proton Saga BLM daripada Ebit Lew.
Pemberian ini dianggap rezeki tak terjangka setelah orang awam merakamkan aksi seorang suami yang begitu gigih menolak isteri dan anak menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat di Pulau Pinang.
Video yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian dan simpati orang ramai sehingga Ebit Lew telah tampil memberi sumbangan kereta untuk kemudahan suami isteri ini.
Menerusi perkongsian EBit Lew di facebooknya, beliau bersyukur diberi kesempatan untuk terus membantu insan yang kurang bernasib baik dalam aktiviti dakwahnya. Walaupun bulan Ramadan baru disambut beberapa hari, kebaikan yang dilakukan oleh Ebit Lew membuatkan orang ramai terus bersyukur ada lagi insan yang berjiwa besar.
“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di traffic light Bagan Dalam Penang. Pasangan suami isteri ni ada kad OKU. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka.
“Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ni. Kenal saya.
“Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadan ke-2.
“Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya,” tulis Ebit Lew.
Daripada perkongsian itu, ramai yang mengucapkan syukur dan berterima kasih pada Ebit Lew kerana begitu cepat dan prihatin membantu tanpa mengira latar belakang.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.