Macam tahu je baby ayah tak ada untuk azankan dia, betul-betul azan Maghrib dia keluar. Allahuakbar besarnya rahmat Allah untuk anak kedua kami, luah Nor Azreen Rahim isteri kepada anggota kumpulan UNIC , Wan Najdi Wan Mohd Noh selepas selamat melahirkan anak keduanya, semalam.

Malam sebelum tu(malam final World Cup)teman @najdiunic g tgk bola (tp kita tgk dr dalam kete je,x turun pon).. balek sampai umah dalam kol 2pg, tdo Jap sampai 4.30pg, da kena bgn anta suami g airport( dia ada show kat Thailand).. masa otw hntar g klia Tu, pegang perut rasa macam mengeras setiap 5minit,sakit xde la kuat sgt.. so kite abaikan la, igtkan sakit sbb xckup rehat x ckup tdo… tambah pulak pegang @maisarahnajdi , mgkin penat Tu lah kot.. xnk la gtw kat husband xyah pegi… (nnt kalau baby x klua cakap kite mengada pulak?, cipta alasan la apa la).. hehehe lpas Tu pg Tu (pg smalam 16/7/18) smpat lg bli nasi lemak ayam kukus makan dgn Umi @norlidadaud .. smpai kat umah sakit xde la makin kuat tp tetibe kluar ‘show’.. hati da x sedap.. cakap dgn suami, nk g hosp ke xnk.. sbb takut kena tahan wad plak masa dia xde.. suami cakap pegi je check… kalau da bukak ‘jalan’, abg try cakap dgn unic, kalau bole baru abg bli tiket balek katanya.. masa tu x lunch lg… igt nk pegi singgah ioi dulu lunch.. Umi cakap xpayah, pergi check dulu..dlam jam 3.30pm, pergi check tros masuk labour room sbb katanya da bukak 5cm.. dalam labour room dok teriak sorg nangeh suami xde teman.. doa sesangat waktu Tu dia ada..sepanjang2 kat labour room, Umi yg teman kan reen.. dalam 5.30pm baru pecah kan air ketuban masa Tu baru start contraction kuat.. masa sakit contraction Tu, teringat dalam kepala, setiap kali waktu Solat reen akan doa moga2 baby lahir masa ayah dia ada..jadinya reen cpat2 pk, kena ubah doa ni, reen buat doa lain cakap kluar la baby, xpayah tggu ayah.. hahaha sbb da xtahan sakit sgt, kang makbul pulak doa nk kena ayah ada baru klua, x larat nakkkk…dalam 7.31pm,lahir lah baby boy mama ni.. disebabkan dia tau ayah dia xde untuk azan kan dia, uniknya bila azan mgrb berkumandang ‘allahuakbar allahuakbar’ je (hosp sebelah masjid je), dia kluar.. scr automatik dia denga azan dr masjid Tu.. huhuhu tp ayah dia kol n azan ikut fon lpas Tu(buat loud speaker).. alhamdulillah ya allah.. terima kasih @wannajhan82 n kak Gee jagakan sarah.. terima kasih Umi teman kan reen.. terima kasih @wnajmudinn amekkan Adi kat airport n bookingkan tiket flight..

A post shared by reen jiggly (@norazreenrahim) on

Menurut Najdi, disebabkan tidak dapat mengazankan terus ke telinga anaknya, dia menggunakan aplikasi Facetime sebagai salah satu cara yang boleh dilakukan kerana faktor jarak.

Situasi berlaku ketika dia masih dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada Narathiwat, Thailand kerana memenuhi undangan persembahan bersama UNIC di sana.

“Ketika itu, saya baru tiba di hotel selepas menempuh perjalanan selama hampir 10 jam dari Kota Bharu ke Narathiwat.

IKLAN

“Sampai saja dalam bilik hotel dan mendapat kemudahan wifi, saya menerima pesanan Whatsapp daripada ibu mengatakan isteri mengalami ‘contraction’ dengan bukaan 5 sentimeter,” katanya.

Najdi, 26 berkata, perasaannya gementar dan takut kerana isterinya tidak mengadu sakit atau menunjukkan tanda-tanda bersalin ketika menghantarnya ke lapangan terbang, awal pagi semalam.

Disebabkan situasi itu, Najdi mengambil keputusan pulang segera dari Narathiwat ke Kota Bharu dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

IKLAN

“Macam Tahu Ayah Tak Ada, Tepat Azan Mahgrib Keluar”. Isteri Najdi UNIC Kongsi Momennya Bersalin

Tambahan pula, pihak hospital hanya membenarkan suami atau ibu sahaja masuk ke dalam dewan bersalin.

“Walau pun terkilan tidak sempat berada di sisi isteri di dalam dewan bersalin, istimewanya anak lelaki kami itu dilahirkan tepat ketika azan Maghrib berkumandang,” katanya hanya sampai ke hospital kira-kira jam 12 tengah malam.

IKLAN

“Macam Tahu Ayah Tak Ada, Tepat Azan Mahgrib Keluar”. Isteri Najdi UNIC Kongsi Momennya Bersalin

Hasil perkongsian hidup bersama isteri, Norazreen Rahim, Najdi sebelum ini dikurniakan anak sulung, Wan Nur Maisarah, 1 tahun 10 bulan.

Sumber: ig norazreenrahim/najdiunic & metro

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI