Bermula dari pertengahan August sehingga Oktober 2018 terdapat 4 kes jangkitan Botulisme melibatkan bayi di laporkan. Jangkitan yang menyerang saraf ini JARANG berlaku dan menimbulkan tanda tanya bagi anggota kesihatan.
[ALERT] MADU BUKAN UNTUK BAYI
Siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Texas mendapati ke empat empat mangsa di dapati TIDAK mempunyai sebarang pertalian,mereka tinggal di tempat yang berbeza.
Teka teki terjawab apabila keluarga mangsa mengesahkan telah memberi bayi bayi tersebut puting getah yang mengandungi madu yang di beli di Mexico.
Berikutan insiden ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk TIDAK memberikan puting getah yang mengandungi madu.
Amaran turut dikeluarkan untuk TIDAK memberi madu kepada bayi yang berusia kurang dari 1 tahun.
BOTULISME
✅ Botulisme adalah penyakit serius yang berpunca dari toksin yang di rembeskan oleh bakteria Clostridium botulinum
✅ Madu mungkin tercemar dengan bakteria ini dan mengakibatkan jangkitan apabila spora masuk ke saluran penghadaman, tumbuh dan menghasilkan toksin.
Ads
✅ Toksin botulinum akan MENGHALANG saraf daripada melepaskan bahan kimia ( acetylcholine ) dan seterusnya mengakibatkan gangguan saraf termasuk lumpuh.
Selain dari madu, Botulisme juga boleh berpunca dari sumber lain termasuk makanan dalam tin dengan kandungan asid yang rendah dan jangkitan luka yang cemari dengan tanah.
Apakah gejala Botulisme?
✅ Gejala biasanya bermula dengan kelemahan otot yang mengawal mata, mata akan kelihatan kuyu dan tidak bermaya.
✅ Sekiranya saraf di muka, mulut dan tekak terjejas, bayi akan mengalami kesukaran untuk menghisap susu dan menelan..
Ads
✅ Apabila ia merebak ke tengkuk dan tubuh badan, bayi akan mengalami kesukaran untuk mengawal pergerakan kepala dan tengkuk . Seluruh tubuh badan akan menjadi lemah seperti pesakit lumpuh.
✅Keadaan akan menjadi kritikal sekiranya Botulisme melemahkan otot-otot yang membantu dalam pernafasan.
✅ Situasi ini yang menjadikan penyakit ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan KEMATIAN.
Bilakan Madu boleh di berikan?
Madu boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia LEBIH setahun.
Ads
Pada ketika itu, kanak-kanak telah memiliki bakteria lain dalam saluran pencernaan mereka untuk mencegah bakteria botulisme tumbuh dan menghasilkan toksin.
Peringatan untuk masyarakat
✅ Peringatan ini di sampaikan agar ibu bapa berwaspada kerana produk puting getah bermadu ini mungkin boleh di dapati secara jualan di dalam talian.
✅ Infomasi ini juga penting sebagai pesanan kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk mengelakkan pemberian madu kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Kuman Pneumococcal (baca ‘neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae. Kuman ni merupakan ‘kuman peliharaan’ di dalam hidung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun).
Menurut Dr Salehuddin Sulaiman dalam perkongsiannya di Facebook, satu dalam lima kanak-kanak di Malaysia (dan juga di negara lain) ‘pembawa’ kuman ni.
Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di
1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak
2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU
3. Dalam darah (bacteremia).
4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.
Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru-paru. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.
Semua penyakit-penyakit bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak bawah dua tahun. Kenapa? Sebab yang saya sebut di atas (kuman ni ada dalam hidung kanak-kanak) dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tak sematang orang dewasa/ kanak-kanak besar.
Disyorkan suntik awal
Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan dah boleh start cucuk).
Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (dan selaput otak) ni banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.
Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia. Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2 je.
Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai tu lah), kes yang disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa?
Pneumococcal lah!
Saya pernah ditanya
‘Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.’
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yang menyebabkan pneumonia. Banyyyaaakkk lagi kuman lain menjadi punca pneumonia.
Kalau nak mudah faham, macam ni lah. Saya bagi satu analogi mudah.
Di KL, disebabkan jem sangat teruk, walaupun dah ada MRT, highway baru bla bla bla, maka kerajaan memperkenalkan satu rule baru.
Semua kereta Myvi tidak dibenarkan masuk area KL. Sebabnya, jumlah kereta paling banyak di area KL ni ialah Myvi.
(Contoh je ni. Kau jangan dok bagi statistik kereta apa paling banyak di KL pulak!)
Adakah ini bermakna, kita boleh tidur atas jalan raya di KL? Sebab kereta myvi dah takde di atas jalan di KL? Of course takleh.
Sebab kereta orang di KL ni, bukan myvi je. Ada kereta jenama lain lagi. Toyota, Honda, BMW, jaguar, audi dan apa2 je lah.
Tapi kalau nak tengok myvi, susahlah. Sebab kena block awal2 lagi. Maybe ada la seekor dua myvi yg terlepas (maybe yang dah diubahsuai nampak macam Iris kot).
So macam tu la juga konsep vaksin Pneumococcal ni. Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tak tau bila..), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor dan juga pegawai kesihatan yang terlibat merawat pesakit akan nampak trend ni.
Inisiatif Sendiri
Buat masa ni, memang kena keluarkan duit sendiri, cari di klinik atau hospital swasta. Sekitar RM250 untuk satu suntikan. Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.
Mahal? Kalau anak anda cacat, pekak, masuk ICU sebab tak dapat bernafas, atau meninggal, duit banyak manapun tak boleh kembalikan anak anda kepada keadaan asal sebelum dia sakit.
Ada pesakit saya mendapat paru-paru bernanah kerana Pneumococcal (siap kena tebuk paru-paru, dan kena makan antibiotik selama sebulan, pastu tiap bulan dapat serangan paru-paru sempit macam asthma).
Satu je soalan dia.
Kenapa dia tak tahu pun pasal vaksin tambahan ini. Biar berapa harga pun, dia pasti sanggup bayar. (Nasib baik dia first time jumpa saya waktu tu)
So, ini hanyalah usaha kecil saya untuk memberi kesedaran kepada anda semua. Kalau anda decide tak nak ambil, jangan kata abang tak payung.
Bab makanan yang boleh tambah susu ibu adalah tajuk yang paling kerap dibualkan oleh ibu-ibu menyusu. Majoriti ibu menyusu sentiasa bersemangat dan gigih berusaha untuk memastikan pengeluaran susu mereka terus ‘meriah’.
Jadi bila orang kongsi resipi ‘milkbooster’, confirm ibu menyusu akan cuba buat walaupun tak semestinya setiap orang akan mendapat hasil yang sama.
Perkongsian resipi tambah susu ibu daripada seorang ibu menyusu, Puan Linn Amalina ini wajib dicuba oleh semua ibu-ibu menyusu ya. Mana tahu serasi dengan anda.
Linn sangat faham yang ramai mummies ada masalah dari segi penyusuan, susu tak semeriah dan pekat macam mummies yang lain tapi pada masa yang sama nak berusaha juga sedaya upaya untuk bagi susu ibu sepenuhnya kepada bayi masing-masing CUMA tak tahu cara terbaik untuk rancakkan pengeluaran susu, kan?
Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, haa eloklah amalkan petua yang bakal Linn ceritakan satlagi ni ??.
Mudah atau tidak bergantung pada kerajinan mummies la ya. Kalau rajin dan ada masa, kejap je dah siap tau.
Jangan lupa #SHARE dan #TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive bf pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni.
TAKE NOTE : Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN:
2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air
CARA-CARANYA
Halba dan longan kering tu kita basuh dulu ye untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Dah basuh, toskan jap.
2. Ambik satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air tau. Dah menggelegak tu kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.
3. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Dah larut je gula tu, kita tutup api.
4. Siap pun milkbooster kita ni. Sebelum minum, tapis dulu halba tau. Kalau longan tu kita boleh masukkan je dalam gelas kita. Sambil minum sambil kunyah longan. Air ni siyes rasa macam air laici kang.
Minum 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam panas atau sejuk bergantung pada citarasa masing masing.
Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.
Kes bayi tersedak susu sama ada di bawah jagaan ibu bapa, pengasuh atau pihak taska sering kali dilaporkan. Kadang kejadian yang tak disangka ini boleh membawa maut jika tidak diatasi dengan cara yang betul.
Seperti yang dikongsikan oleh pengguna FB Nur Zaind, kes tersedak susu yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa lain.
Gambar Hiasan
Selalu kita dengar atau baca kes bayi tersedak susu sampai meninggal. Kes ini adalah kematian yang tidak disengajakan. Dan kebanyakannya berlaku di rumah asuhan ataupun taska. Kalau di ingat kembali. Sampai sekarang Nur boleh terbayang kejadian tersedak susu ni berlaku pada anak pertama Nur & Aidil, iaitu Haifaa. Dan benda ni berlaku di rumah.
Kisahnya kami suami isteri nekad nak susukan Haifaa susu badan sahaja tanpa campur susu formula. Tapi ada sesetengah mak abah kita dulu dah dimomokkan yang susu ibu tak cukup. Anak tak kenyang.. Dan macam-macam lagi. Maklumlah dulu tak terdedah dengan ilmu-ilmu sepatutnya..
Jadi di awal kelahiran Haifaa, 5 hari di hospital, dan dua hari di rumah selepas “discharged”, mak abah pun cakap hal yang sama. Takut anak tak kenyang. Jadi beli jugalah susu formula dengan hati yang berat. (masa ni mak abah tak terima lagi apa yangNur bagitahu tentang susu-selepas disokong oleh sepupu-sepupu lain, Alhamdulillah Allah lembutkan hati dan bukakan minda mak abah dapat faham). Jadi Nur yang baru menjadi ibu ni dalam pantang taknak stress-stress. Malam tu tidur dalam bilik sendiri (biasanya dekat ruang tamu untuk mudah mak abah pantau), bagi jugalah susu formula dalam botol dekat Haifaa (untuk pertama kalinya).
Masa tengah susukan tu ada dengar macam Haifaa terbatuk sekali. Sekali ja. Tak nampak macam tersedak. Dan Nur tak tahu pon itu tersedak. Lepas tu Haifaa macam taknak lagi dah susu. Tengok dia poopoo. Nur ingat dia tak boleh susu tu sebab minum ja terus poopoo. Lepastu Nur perasan Haifaa macam diam. Mata tak bergerak. Setempat ja dia pandang depan atas masa baring tu. Lepastu perlahan-perlahan dia pejam mata. Nur macam hairan. Tidur kah? Hati Nur tergerak untuk gerakkan badan Haifaa. Panggil nama dia. Tapi takda respon. Tak bergerak. Mata tak buka. Macam lembik terus. Eh takkan tidur sampai macamni?? Ulang buat yang sama pon tak da respon. Terus cuak gila jantung macam nak pecah. Ya Allah Haifaa macam dah tak bernyawa!
Gambar Hiasan
Badan lembik, tak bergerak langsung
Terus lari ke mak abah. Cakap Haifaa lembik. Tak bergerak langsung. Nur cakap takut dia poopoo tu macam cair takut cirit sebab susu tu ka apa. Terus ke kecemasan. Dalam kereta tak berhenti-henti tanya mak. Haifaa bernafas tak? Mak tak berhenti-henti gerakkan badan Haifaa juga sambil panggil-panggil nama sebab mak yang pegang Haifaa kat depan.
“Celik mata cucu tok.. Celik cik…” Mak tak henti ulang-ulang ayat ni. Nur & Aidil kat belakang.
Masa ni takyah cakap otak “blur” fikir macam-bukan. Mulut dok Ya Allah sayang takut b. Takut. Aidil masih boleh cuba bertenang cakap InsyaAllah Allah jaga Haifaa. Abah tanya buat apa tadi? Cakap bagi susu botol. Pastu abah sambung lagi. Ampa bagi tersedak kot? Bagitahu mak tadi ada dengar bunyi macam terbatuk. Tapi sekali ja. Abah terus cakap tersedak dah lah tu kot. Pusing tepuk belakang.!
Mak terus pusing dan tepuk-tepuk. Mak tepuk perlahan sebab bayi kan. Abah cakap tepuk kuat sikit! Lepastu barulah perlahan-lahan Haifaa buka mata. Nafas pon dapat rasa macam biasa dah. Masa ni masih dalam kereta. Sampai kecemasan Haifaa dah macam ok. Doktor minta “stay” untuk pantau tapi Nur minta balik ja.
Allahu Akhbar.. Pengalaman betul. Sekarang anak kedua, Haasya mula-mula kerap juga lah tersedak juga sebab susu laju bila dia mula menyusu tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah dapat dikawal. Jadi di bawah ni Nur kongsi sedikit info dengan ibu-ibu ya.
Chocking baby First Aid
Sebab-sebab bayi tersedak susu;
1. Apabila bayi tertidur, ketika menghisap botol susu, susu tu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru.
2. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
Beli puting mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.
3. Tabiat ibu bapa yang gemar meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
Jangan beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.
4 posisi asas menyusu
Cara yang BETUL memberi susu kepada bayi
1. Ketika menyusu, tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
Tinggikan kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.
2. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan antara 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
3. Pastikan juga lubang puting pada botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (belilah mengikut kesesuaian umur anak).Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
5. Kerap sendawakan bayi.
Tujuannya untuk memastikan angin berlebihan dalam badan bayi dapat dikeluarkan.
Adakala bayi akan sedut angin (udara) ketika menyusu. Sendawakan, bayi pun akan lebih selesa.
Baring dan sandar
“Extra Tips”
1. Posisi penyusuan secara besandar.
Ada 4 posisi asas yang perlu tahu. Kalau ada masalah susu laju, perlu “upgrade” skil dengan bersandar ke belakang. Kalau nyusu sambil duduk, memang aliran akan laju sebab ikut tarikan graviti. Kalau bersandar, aliran susu akan perlahan kerana lawan graviti.
Bagaimana cara memegang bayi??
Terserah . Dukung/dakap, asalkan bersandar pada bantal yang selesa di belakang. Selain itu, boleh juga cuba baring dengan sandar dan bayi mengadap kita.
2. Susukan bayi ketika bayi dalam keadaan tenang, iaitu ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar.
Boleh juga susukan ketika bayi dalam keadaan mengantuk. Sebab bila bayi tenang dan tak terlalu lapar, dia akan hisap dengan perlahan dan sabar. Kalau terlalu lapar, nanti dia tak sabar nak “makan”, dia hisap laju.
Cara sendawakan bayi
Cara rawatan jika bayi tersedak susu
1. Tiarapkan bayi, kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Sekiranya tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke hadapan, tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
3. Selain menekan bahagian perut, bayi juga boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.