Madu sangat banyak khasiatnya yang kita tak ketahui. Madu disenaraikan antara 7 makanan terbaik di dunia dengan ciri-cirinya yang anti bakteria dan anti fungi.
Madu digunakan di dalam makanan sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Pengambilan madu lebih sihat berbanding gula. Madu juga merupakan ubat yang mujarab untuk merawat beberapa penyakit.
Sekiranya anda mengalami batuk, sakit tekak atau selsema , ANTIBIOTIK merupakan perkara terakhir yang perlu anda fikirkan.
☑️Kebiasaannya gejala batuk, sakit tekak berpunca dari jangkitan virus ☑️ Jangkitan virus TIDAK boleh di rawat dengan antibiotik
Ads
☑️ Tubuh badan anda mempunyai mekanisma untuk menentang jangkitan virus
Apakah rawatan yang sesuai untuk masalah ini?
Ads
Saranan terbaru dari NICE guidelines mencadangkan penggunaan rawatan untuk membantu melegakan gejala.
☑️ Gunakan Madu untuk melegakan batuk dan sakit tekak ☑️ Gunakan ubat batuk yang boleh di beli dari farmasi ☑️ Minum air lebih kerap ☑️ Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan makanan yang berkhasiat
Ads
Sekiranya gejala batuk berpanjangan lebih dari 2 minggu, dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan.
Owh ya, bayi dan pesakit diabetes tidak sesuai mengambil madu sebagai rawatan
Sekejap masa berlalu, dah setahun usia Isaac Raees. Perwatakannya juga dah nampak macam abang sangat. Bagi pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza kehadiran Isaac dianggap pelengkap hidup mereka.
Zahirah menerusi laman Instagramnya telah mengimbau semula proses kelahiran sehingga anak lelakinya itu membesar dengan sihat melalui satu video yang dimuat naik. Gelagat Isaac yang dilahirkan di Perth, Australia itu juga sentiasa menjadi perhatian peminat mummy dan daddynya.
Tambah Zahirah lagi, sebagai ibu, dia rasa begitu cepat sekali Isaac membesar.
Sementara itu, menurut Aiman Hakim, tarikh 5 Januari akan menjadi tarikh keramat dalam hidupnya dan isteri.
“Sejak Isaac Raees dilahirkan tidak ada perkara lain yang penting atau lebih penting daripada mu sayang. Daddy mencintaimu dengan sepenuh hati.
“Daddy akan melakukan apa sahaja untukmu. Awak adalah segala-galanya.Terima kasih kerana memilih daddy menjadi ayah awak okay..” kongsi Aiman.
Netizen rata-rata turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Isaac Raees.
Sebelum ini, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Kredit: IG Zahirah Macwilson & Isaac Raees
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang kata bila bayi sudah meningkat usia mereka sudah kenal siapa orang di sekelilingnya. Jika orang yang tidak dikenali bayi pasti akan mudah menangis bila didekati kerana takut.
Bahkan lebih ekstrim ada sesetengah bayi hanya mahu ibu sahaja yang memegang dan mendukungnya dan menangis bila dipegang oleh si ayah.
Kenapa agaknya bayi takut dengan orang lain? Ia sudah pasti merisaukan ibu tentang perkembangan sosial anaknya.
Penjelasan daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar,Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) mungkin boleh memberi penjelasan kepada para ibu bapa terutama yang baru menimang cahaya mata untuk lebih mengenali dan memahami tahap perkembangan bayi.
Kenapa Bayi Takut Dengan Orang Lain?
Seorang ibu menghubungi saya kerana risaukan perkembangan sosial anaknya. Anak yang berusia 9 bulan ‘takut’ kepada orang lain selain dirinya dan suami. Malah dengan datuk dan nenek pun anak ‘tidak suka’ sehinggakan mengecilkan hati orang tua. Menurut ibu tersebut sebelum ini anaknya tidak begitu.
Adakah anda juga melalui situasi begini?
Situasi ini dikenali sebagai ‘STRANGER ANXIETY’ dan ia bukanlah berlaku secara rawak tanpa ada penjelasannya ataupun kerana anak anti-sosial. Ini adalah perkembangan normal bagi bayi berusia lingkungan 8 bulan.
Apakah yang berlaku ketika ini?
Otak bayi masih ‘work in progress’. Walaupun otak bayi secara fizikalnya sudah ada, namun proses perkembangan otak melalui pautan-pautan neuron (sel-sel otak) masih berlaku.
‘Stranger anxiety’ berkait rapat dengan proses perkembangan berfikir seorang bayi.
Pada usia 8 bulan, bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal pemikiran manusia, iaitu pre-frontal cortex, sedang berkembang dengan pesat.
Perkembangan inilah yang menjana memori bayi dan membolehkan bayi menganalisa wajah yang dikenali dan tidak dikenali. Wajah yang tidak dikenali setelah dianalisa mewujudkan ‘anxiety’ atau kegusaran kepada bayi tersebut.
Proses ini tidak berlaku dengan pesat sebelum ini, oleh sebab itulah ‘stranger anxiety’ ini tidak berlaku sebelum usia tersebut.
Oleh itu jika ada datuk atau nenek yang berkecil hati, jelaskanlah bahawa pemikiran cucu sedang berkembang dengan pesat. Cucu sudah mula belajar untuk menganalisa dan mengenalpasti persekitarannya.
Ia adalah satu fasa penting dalam proses awal berfikir yang akan menjadikan cucu seorang yang pintar akalnya satu hari nanti. Insya Allah.
Fasa ‘stranger anxiety’ ini akan berlalu.
Perkembangan sosial bayi juga sedang berkembang. Bayi akan memberi respon kepada interaksi penuh belaian dan kasih sayang oleh datuk dan nenek.
Ingat lagi proses ‘serve and return’ yang pernah saya tulis?
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan otak kanak-kanak, saya sarankan agar anda membaca ‘Your Child’s Growing Mind – Brain Development and Learning’ oleh Jane M. Healy PhD.
Jom ramai-ramai join event ni. Ibu yang menyusukan anak pun boleh join. Boleh bawa sekali encik suami atau kawan kalau nak. Yang paling best sekali sekarang ada tawaran istimewa pendaftaran PERCUMA. Hanya perlu masukkan kod kupon PAMANUMOM semasa proses pembelian/pendaftaran di toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak kadangkala anak kecil anda sihat waktu siang, bila masuk maghrib badan mula panas, kaki tangan pula sejuk.
Bila tidur malam, asyik menangis tanpa henti dan asyik pandang ke atas. Orang tua-tua kata kalau anak mengalami keadaan tersebut dia mungkin kena ‘gangguan’.
Kalau anak anda ada mengalaminya segeralah buat rawatan Islam dengan segera sebelum jadi makin melarat.
Perkongsian daripada seorang perawat di Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang ada anak kecil.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang datang bawa anak kecil demam, demam seminggu tak baik-baik. Siang nampak sihat bila masuk waktu Maghrib badan jadi panas kaki tangan sejuk.
Bila masuk pukul 10 malam berpeluh malam awal pagi panas balik. Bila malam tidur meracau, bila nangis tunjuk-tunjuk atas, mata tengok atas. Jika berlaku begini pada anak anda, demam dah pergi hospital tak juga kebah-kebah, dah ditahan di ward keluar ward tak juga sembuh, nasihat saya dapatkan rawatan Islam berhampiran.
Bila pergi rawatan Islam pula jangan rawat anak kecil itu je, bila rawat anak tu rawat jugalah diri ibu ayah budak itu.
Ramai ingat hanya anak kecil je masalah pergi perawat hanya rawat anak. Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu anak kena tegur kena sampuk berpunca dari ayah ibu anak itu sendiri.
Banyak kes saya rawat bila anak kena ganggu semua berpunca dari ibu ayah tersebut kena gangguan tambah-tambah lagi baby kecil yang menyusu badan. Jika ibu kena gangguan bagi anak kecil menyusu badan mudah sangat kena tempias pada baby.
Cara-cara mudah jika anak kecil anda menjadi seperti di atas, tiba-tiba badan jadi panas kaki jadi sejuk itu tanda anak kecil anda kena gangguan, tidur tersentak-sentak, bila menangis menepis-nepis di muka jika Jadi begitu pada Anak anda :
Ambil sebotol air kolah masjid mineral 1500ml masukkan ke dalam baldi air kolah tersebut. Campurkan dengan limau nipis 3 biji dipotong dan diperah dalam baldi tersebut. Selepas itu baca: Al Fatihah 7x Al Ikhlas 7x Ayat Qursi 7x Dan Selawat 7x kemudian mandikan dari kaki hingga ke kepala. Mandikan seluruh tubuh anak kecil itu.
Jika tak sembuh juga dapatkan rawatan Islam berhampiran. Jangan dibiarkan anak kecil anda terus menangis kerana boleh mengakibatkan anak kecil mudah terkena sawan.
Moga info ini berguna pada yang memerlukan dan dijauhkan agar ia berlaku pada diri kita dan family kita. Aamiin…
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.